CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1723|Reply: 17

ADUN dapat AP import kete luar

[Copy link]
Post time 28-2-2010 12:58 AM | Show all posts |Read mode
dalam dok tunggu keta aku siap repai ekon ptg tadi dok sembang ngan ah pai tokay kedai ekon tu gitau ADUN dapat peruntukan AP untuk import keta.... cari2 internet dapat sumber ni... berdesup laa ADUN nanti pakai keta besar.... rakyat marhain ntah bila leh dapat speciality nih......
http://malaysiakini.com/news/125288


Feb 27, 10 9:18pm       
Semua ADUN kini masing-masing boleh memohon untuk mendapatkan satu permit AP untuk mengimport kereta ke negara ini.

Dengan itu, mereka kini menyertai ahli parlimen serta peniaga dan pengimport kereta, diplomat dan individu lain yang menikmati kemudahan tersebut untuk memohon AP daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).

Surat dari bahagian import dan eksport Miti itu, dikeluarkan pada bulan Februari dan dialamatkan kepada setiausaha dewan undangan negeri (DUN) Selangor, Mohd Yasin Bidin, menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan keputusan tersebut pada 25 Oktober 2009.

Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan para 'yang berhormat' kepada rakyat dan negara, kata surat tersebut.

Menurutnya lagi, kereta yang diimport itu - mesti berusia lima tahun atau kurang - tidak boleh dipindahkan hakmilik kepada pihak lain.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada pemberian AP kepada ADUN itu juga memerlukan mereka membayar yuran RM10,000 untuk permit yang diperolehi itu.

Pembayaran yuran tersebut diumumkan oleh Miti pada bulan Oktober ekoran aduan bahawa AP telah disalahgunakan dengan dijual pada pihak ketiga, daripada digunakan untuk memajukan usahawan kereta bumiputera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 01:45 AM | Show all posts
yg kaye bertambah kaye raye.. yg miskin makin sesak papa kedana.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:48 AM | Show all posts
hehehee jual AP.Masyukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:48 AM | Show all posts
hehehee jual AP.Masyukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:49 AM | Show all posts
Rakyat didahulukan konon, shitla
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:50 AM | Show all posts
nak bawak balik keta porche jamaluddin najis yg gomen malaysia baru beli laa tuh untuk dia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2010 02:07 AM | Show all posts
nak bawak balik keta porche jamaluddin najis yg gomen malaysia baru beli laa tuh untuk dia....
totokreturn Post at 28-2-2010 01:50


What?? hanya kerana JJ sorang je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2010 11:23 AM | Show all posts
nak bawak balik keta porche jamaluddin najis yg gomen malaysia baru beli laa tuh untuk dia....
totokreturn Post at 28-2-2010 01:50


mcm tu ke....?
ah pai gitau aku...ini gula-gula tak bagi ADUN lompat parti... nah betul ke tidak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 12:00 PM | Show all posts
satu ap dlm 40k ribu,, atau lebih, no wonderlah rafidah aziz n naza kaya,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 12:31 PM | Show all posts
ala satu permit saja apa nak kisah. fuh merasa la aku naik ferari hahhahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 12:36 PM | Show all posts
bukan 1 rakyat malaysia entitle utk 1 AP ka seumur hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 12:38 PM | Show all posts
sorg adun 1 Ap, ok la tu

semua adun dpt, x kira bn or pakatan hapraqq....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 12:39 PM | Show all posts
ni apa kerja ni.........meluluskan peraturan yang mengenyangkan perut diaorang je. Minyak nak naik bulan May ni, kan ke menyusahkan orang ramai je...............
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 12:42 PM | Show all posts
What?? hanya kerana JJ sorang je
gay_boyz Post at 28-2-2010 02:07
siyes gomen belikannnnnn????
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:00 PM | Show all posts
buat apa nak beikan..depa semua banyak duit.....terutama yg UMNO...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:03 PM | Show all posts
nanti ramai la ADUN PAS naik kereta hebat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 01:04 PM | Show all posts
Ada tread buka kata menantu TGNA tu banyak duit..........sy rasa kalau nak dibandingkan dengan cucu ahli MT, masih jauh lagi harta kekayaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:05 PM | Show all posts
satu je...mana cukup.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.084101 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list