CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

bahtera nabi nuh dijumpai 4000m lereng gunung ararat!!!

[Copy link]
Post time 28-4-2010 10:25 PM | Show all posts
melayu = the savior of human race.

bangsa hebat lagi molia , gagah perkasa, penakluk donia, bangsa palingagung dalam sejarah donia, lebih molia dari malekat, hampir semoliatuhan yg maha esa. bangsa yg dikurniakan kepintaran yg maha dahsyat,boleh meramalkan pelbahagi kejadian yg bakal berlaku, boleh dicariramalan2 bangsa yg maha mulia sekaliam alam ni dalam emel2 berantaidsbnya...
ChildrenOfBodom Post at 28-4-2010 15:27



Giler la ko nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 11:04 PM | Show all posts

~ ol story ma......$%# !!!!  < * V * >
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 12:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by Acong at 29-4-2010 00:28
gambar ni sama dengan gambar yg dipamerkan di muzium kat mecca sana...ai google jah ambek kat blog i ...


C.K Post at 28-4-2010 20:41

pergh.......... bentuk cam semenanjung mesia laa..........

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 12:28 AM | Show all posts
hg jgn sindir2 tau. aruah limgotong yg bina mesjid kat genting tu supaya senang org islam yg kej ...
tobby Post at 28-4-2010 21:42
kan org muslim hanya kerja kat bhgn hotel & theme park je?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 12:30 AM | Show all posts
kat peta malaysia ada lopak2 air
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 02:25 AM | Show all posts
besaq sungguh saiz bahtera tu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2010 07:09 AM | Show all posts
Saintis Britain minta bukti kukuh


GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu menunjukkan
seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu yang dipercayai kandang
haiwan di dalam bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.





LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.

"Kami belum dapat mengesahkan 100 peratus ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami 99.9 peratus yakin bahawa kami telah menemuinya (bahtera Nabi Nuh)," kata seorang pembikin filem yang menyertai ekspedisi itu, Yeung Wing-cheun berhubung penemuan sisa tinggalan kayu pada Oktober tahun lalu di gunung berkenaan.

Menurutnya, sisa tinggalan dan struktur kayu itu bukan peninggalan penempatan manusia dahulu kala kerana tiada tempat tinggal manusia pernah ditemui pada ketinggian melebihi 3,500 meter di lokasi berkenaan.

Kumpulan penjelajah itu enggan mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan itu sehingga pemerintah Turki bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai tapak arkeologi.

"Saya melihat struktur diperbuat daripada papan kayu balak. Setiap papan selebar kira-kira 20 sentimeter," kata seorang ahli kumpulan ekspedisi itu, Panda Lee pada sidang akhbar di Hong Kong Isnin lepas.

"Saya turut melihat pasak-pasak kayu, bukti struktur itu adalah binaan dahulu kala sebelum penggunaan paku besi.

"Kami kemudian berjalan ke satu lagi tapak. Saya dapat melihat beberapa serpihan papan dilitupi glasier, sesetengahnya memiliki panjang sehingga 20 meter," tambah Lee.

Menurutnya, dinding kayu sebuah kandang adalah rata dan melengkung seperti dinding bahtera manakala klip video yang ditunjukkan kumpulan itu mendedahkan struktur kandang itu mempunyai beberapa pintu, tangga dan pasak kayu.

Pasukan penjelajah itu memberitahu, papan yang mereka temui berasal daripada kayu pokok pain Cypress walaupun kitab Injil sebelum ini menyatakan, bahtera Nabi Nuh dibina daripada kayu kokka.

Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.

Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis.

Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun.

Bagaimanapun, seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh.

"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.

Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.
Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.

Ekspedisi penemuan serpihan kayu itu turut boleh dilihat di laman perkongsian video YouTube di Internet. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 07:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by hzln at 29-4-2010 07:47
"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.

Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.
Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.


islam percaya bahawa nuh hanya diperintahkan untuk menyebarkan ajaran tauhid kepada KAUMNYA sahaja, begitu juga dgn nabi2 yg lain selain nabi muhammad. mereka diperintahkan spesifik kpd kaum mereka sahaja, bukan kepada seluruh umat yg ada di dunia ini waktu itu.

bahkan dlm contoh nabi2 lain juga, sebarang bencana dan laknat dari allah akibat pengingkaran mereka kpd ajaran nabi2 hanya menimpa kaum itu sahaja bukannya kaum2 yg lain, meskipun mereka tinggal di sekitaran geografi yg sama apatah lagi yg melangkau benua dan lautan.

justeru itu, bencana banjir itu, mengikut kepercayaan islam adalah bersifat setempat bukannya global. di mana tempat itu secara pasti? konsensus majoriti pengkaji berpendapat di mesopotamia, pusat peradaban tertua, yg sememangnya terdapat byk dlm pelbagai dokumen purba yg menunjukkan banjir besar pernah berlaku di sekitarnya. mesopotamia , mengikut peta politik hari ini mencakupi keseluruhan iraq, sebahagian syria, sebahagian turki, dan sebahagian dari iran.

dan konsensus cerdik pandai islam juga berpendapat BUKAN semua haiwan diangkut masuk ke dalam bahtera nabi nuh, hanya haiwan2 yg perlu utk meneruskan peradaban (utk sumber makanan, sebagai pengangkutan dsbnya) saja yg diselamatkan, bukannya segala zirafah, beruang koala, penguin tu semua, yg tak wujud pun di sekitaran mesopotamia itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 07:51 AM | Show all posts
islam percaya bahawa nuh hanya diperintahkan untuk menyebarkan ajaran tauhid kepada KAUMNYA saha ...
hzln Post at 29-4-2010 07:45


Aku baru nak sampaikan tentang nie mek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 07:57 AM | Show all posts
Aku baru nak sampaikan tentang nie mek...
highcastle Post at 29-4-2010 07:51



    malangnya ramai org islam sendiri (yg malas utk membaca dan mencari pengetahuan mengikut perspektif islam) percaya bahwa banjir nabi nuh itu bersifat global.
pengaruh yahudi dan nasroni melalui filem, televisyen, penulisan sememangnya sudah berjaya mengelirukan ummah yg asal2nya mmg sudah jahil dan pemalas menimba ilmu  :re:
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:14 AM | Show all posts
Org putih cuba memutar belitkan fakta, cuba tgk saintis yg gie sana, org turki dan china, kalau saintis orang putih entah apa yg dibelitkan...org Cina lebih mempercayai fakta dari teori.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:24 AM | Show all posts
nak tau banyak lagi tentang ini...maner maklumat nak cari...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:55 AM | Show all posts
saintis british tu jeles sebenarnya..tak dpt ngikut...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:08 AM | Show all posts
you tube pun dah ada video original...search ajalah...) atau googlekan aja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:21 AM | Show all posts
bangang jugak yer saintis mat salleh ni. yg cerdiknya saintis china dan turki. ada plak banjir seluruh dunia. ada plak nabi nuh kena angkut 1.5 juta species..secerdik-cerdik yahudi ni ada baghalnya jugak yer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:33 AM | Show all posts
Hati2 dgn dakyah species omputih bodoh, sebab itu saintis turki bawak saintis cina, kalau bawak saintis omputih entah apa dibelitkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 10:00 AM | Show all posts
masa Press Conference - http://www.noahsarksearch.net/eng/
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:32 AM | Show all posts
Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.

Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by C.K at 29-4-2010 10:46
islam percaya bahawa nuh hanya diperintahkan untuk menyebarkan ajaran tauhid kepada KAUMNYA saha ...
hzln Post at 29-4-2010 07:45 AM


start dari adam as ke nuh as....bape ramai bani adam yg dianggarkan secara kasar?berapa banyak kaum yg hidup atas muka bumi ni sewaktu zaman tersebut?

kalu kita teliti sikap yahudi...mereka ni sukakan perincian....sebab tu kita buleh jumpa banyak dakyah2 israiliyat yg sangat terpeinci dari sudut pengceritaan mahupon tofsiran dari kitab perjanjian lama sehingga menimbulkan unsur2 tokok tambah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 11:29 AM | Show all posts
you tube pun dah ada video original...search ajalah...) atau googlekan aja...
crossfire Post at 29-4-2010 09:08


apa yutiub dia nk tgkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069087 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list