CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

bahtera nabi nuh dijumpai 4000m lereng gunung ararat!!!

[Copy link]
Post time 29-4-2010 04:21 PM | Show all posts
adehhs.... kalo mana2 yang tak mahuu carik buktii dalam alquran atau hadith tuhh.. tunnguu dan lihat jer lahh yerr...
asal kita tak terpesong akidahh..
cuba kita buka semula al qurah.. atau baca semula cerita2 nabi nuh.. zaman dan tahun nyer..
takot salah jerr... sbb kayuu tuhh baruu berusia 4800 tahun jerr... k... nabi adam pulak wujudnya zaman biler... nabi nuh plakss zaman bilerr... korang nk percaya mana??? al quran yang menyatakan perkara sahih atau yahudi yang nak meremukkan iman kita?

jadi padan2 lah bila kita membaca sesuatu fakta yerrr,.... kalo rajin selidik dulu sebelum percaya... kalo tak rajin bertanya pada yang rajin hehehehe....

salam n mohon maaf andai ada tersila kata taip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 04:35 PM | Show all posts
start dari adam as ke nuh as....bape ramai bani adam yg dianggarkan secara kasar?berapa banyak k ...
C.K Post at 29-4-2010 10:44



    kat mana nak cari berapa manusia yg berjaya naik bahtera ye?  keluarga Nabi Nuh A.s ada berapa orang? dan kemudian para sahabatnya pula? dan lain2?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 04:42 PM | Show all posts
kat mana nak cari berapa manusia yg berjaya naik bahtera ye?  keluarga Nabi Nuh A.s ada be ...
alyana Post at 29-4-2010 04:35 PM


tidaklah dapat ai pastikan lagu mana untuk mendapat anggaran kasar bani adam tika zaman tersebut....sebab itu ai bertanya jua...kalu menurut kitab para anbiya yg ai baca....teda dinyatakan secara terpeinci...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 04:51 PM | Show all posts
adehhs.... kalo mana2 yang tak mahuu carik buktii dalam alquran atau hadith tuhh.. tunnguu dan lihat ...
lynn7676 Post at 29-4-2010 16:21


nabi adam jaman bila?
nabi nuh jaman bila?
KAU TAU KER?

al-quran nyatakan fakta sahih pasal apa yg kau takleh terima benda usia 4800 tahun tu sebahagian bahtera nabi nuh tu?

sikit2 terpesong akidah, sikit2 terpesong akidah...ntah apa yg terpesong ntah...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 04:56 PM | Show all posts
tidaklah dapat ai pastikan lagu mana untuk mendapat anggaran kasar bani adam tika zaman tersebut ...
C.K Post at 29-4-2010 16:42


ada formula populasi manusia dari jaman nabi adam smpi skrg, tapi mcm tak brp logik...sbb billion2 jumlahnya (atas sbb usia manusia jaman2 dulu blh sampai 1000 tahun, umur ratus2 tahun pun bulih beranak-pinak lagi)
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 04:59 PM | Show all posts
ada formula populasi manusia dari jaman nabi adam smpi skrg, tapi mcm tak brp logik...sbb billio ...
hzln Post at 29-4-2010 04:56 PM


itu yg mai teori evolution & theology tu kan?ini yg datangnye sampai berbillion2 umat manusia arini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2010 05:18 PM | Show all posts
itu yg mai teori evolution & theology tu kan?ini yg datangnye sampai berbillion2 umat manusia ar ...
C.K Post at 29-4-2010 16:59


oleh sbb depa (pihak gereja) percaya banjir tu melanda satu dunia, maka dari billion2 terus merudum tinggal 8 org jer (nabi nuh & pengikut/kluarganya) dari dari 8 org tu lah berkembang biak jadi lbh 6 bilion umat la ni.....itu kepercayaan depalah....
masalahnya, bak kata saintis kat atas nun (yg berpandu kpd sains saja dan menolak agama) takde bukti pun bukti banjir yg sebegitu besar yg landa seluruh dunia, jadi dgn sendirinya formula di atas nun dari billion2 tinggal 8 tu org ajer dah tertolak ler...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 05:29 PM | Show all posts
what everlah nkorang.. sesambil tuee bacalahhh artikel nehh yerrr... salamm...

Kaabah Di Kota Mekah...

Kaabah di Kota Mekah tidak sahaja disifatkan sebagai rumah ibadat pertama malah dikatakan binaan pertama dibina di muka bumi ini, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.

Mungkin sesuai dengan antara gelaran lain yang diberikan kepada Kaabah, iaitu Baitul Ateeq yang bermakna paling awal atau paling lama (Kaabah juga digelar Baitul Haram yang bermakna Rumah yang dihormati).

Dikatakan Allah telah memerintahkan Nabi Adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.

Itulah keistimewaan Kaabah yang kekal sehingga ke hari ini apabila mempunyai kedudukan yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari Kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia yang lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan bantuan putera baginda Nabi Ismail.

Nabi Ibrahim dan anaknya itu diperintahkan oleh Allah supaya membina semula Kaabah yang sesetengah riwayat binaan itu dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh as.

Ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau menyekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.” (Surah al-Hajj: 26-27)

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dikatakan menggunakan batu-batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ketika membina Kaabah itu, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia”.

Hajar Aswad

Kemudian Malaikat Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam (Hajar Aswad) untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim.

Persoalan mengenai batu hitam atau Hajar Aswad ini benarkah batu ini dikatakan berasal dari syurga? Benarkah malaikat Jibrail mengambilnya dari syurga dan menyerahkan batu itu kepada Nabi Ismail?

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.

Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.

Sesetengah ada diceritakan bahawa batu tersebut berasal dari syurga yang sama-sama turun ke bumi bersama-sama dengan Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa.

Batu itu kemudiannya hilang ketika berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh dan sehinggalah ditemui semula oleh Nabi Ismail dengan bantuan Malaikat Jibrail.

Walau apa pun mengenai latar belakang dan asal usul batu ini, setelah beroleh batu tersebut Nabi Ibrahim berdiri dan meletakkan batu itu di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), yang tingginya sekitar 150 sentimeter dari permukaan tanah.

Setiap kali bangun, mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Ketika Nabi Ibrahim berdiri di satu sudut, bekas tapak kaki baginda itu yang kini dikenali sebagai Makam Ibrahim.

Sementara Hijir Ismail merupakan suatu kawasan lengkungan yang berbentuk separa bulatan yang terletak di Utara Kaabah.

Pada asalnya kawasan ini merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim sepanjang sesi pembinaan Kaabah dan menunaikan ibadah haji di Baitullah.

Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail. Pada waktu itu juga, kawasan itu tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah.

Namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa Arab Quraisy, ukuran panjangnya telah dikecilkan sebanyak 6 hasta 1 jengkal, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah.

Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat.

Diingatkan bahawa seseorang itu adalah dilarang melakukan tawaf di Hijir Ismail kerana ia merupakan sebahagian daripada Kaabah.

Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.

Kaabah dengan segala macam keistimewaan telah berdiri kukuh selama hampir 2,000 tahun hingga ke saat ini.

Disunting Oleh: Lokman Mohd Hashim
Sumber: islam2u.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 06:06 PM | Show all posts
adehhs.... kalo mana2 yang tak mahuu carik buktii dalam alquran atau hadith tuhh.. tunnguu dan lihat jer lahh yerr...
asal kita tak terpesong akidahh..
cuba kita buka semula al qurah.. atau baca semula cerita2 nabi nuh.. zaman dan tahun nyer..
takot salah jerr... sbb kayuu tuhh baruu berusia 4800 tahun jerr... k... nabi adam pulak wujudnya zaman biler... nabi nuh plakss zaman bilerr... korang nk percaya mana??? al quran yang menyatakan perkara sahih atau yahudi yang nak meremukkan iman kita?

jadi padan2 lah bila kita membaca sesuatu fakta yerrr,.... kalo rajin selidik dulu sebelum percaya... kalo tak rajin bertanya pada yang rajin hehehehe....

salam n mohon maaf andai ada tersila kata taip
lynn7676 Post at 29-4-2010 16:21



quran pom mana sebot tahun n jaman nabi2 nih.....suka suki tepesong akidah bagai utk research worang layen.ang boat apa utk tuh?org isele lagu ni lah dok itu ini rosak akidah jah kerjanya.cina pi buat kajian dok ngata rosak akidah pulok....kunun nk nasihat worg baca quran.dr gaya ang soh rujuk jaman n tahun para nabi dlm qoran tuh pom nampak sgt dh jenih tak penah baca qoran samapi abes...tah tang mana allah pi habaq nabi adam tahun skeian2, nabi nuh tahon skian2...ni tak abes bc pom lagi ni...maksod haku bohkan takat khatam berlagu n boat majlis pulot kuning tuh.tp paham n beramal ngn maksod n tafsir nuhhh :re:
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 06:07 PM | Show all posts
off-topic:
kwn aku ni baca quran terjemahan omputeh, tapi dia ditegur mak mentua dia...jgnlah baca yg omputeh punya, bacalah yg melayu punya, kita kena hati2 dgn depa ni....mana tau kot dah diseleweng ke
susah kalu islam = melayu...melayu = islam
apa saja ilmu pengetahuan yg dtg dari luar lingkungan melayu, kena hati2....
sbb ilmu yg dlm bahsa melayu saja yg paling betul, paling tepat faktanya...waima jika ditulis usia kaabah baru 2000 tahun, tapi sbb ianya ditulis dlm bahsa melayu kita iyakan sajalah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 06:14 PM | Show all posts
Dari Adam ke Nuh berapa ribu tahun?
Mcm mana dgn penemuan rangka manusia zaman pra sejarah yg berus ...
penyo. Post at 28-4-2010 10:37


isu hal adam sebelum adam ni lama dah oang bincang sampai laa ni..but pendapat aku adam MANUSIA pertama

so sebelum adam tadak adam apa pun

kalo amik pengertian tanah, di jadikan dari tanah, haiwan cam dinosor mammoth seme tu ada laa..dari tanah kembali ke tanah but specimen yang dikatakan MANUSIA tu hanya bermula dari adam

tu pandangan aku laa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:22 PM | Show all posts
quran pom mana sebot tahun n jaman nabi2 nih.....suka suki tepesong akidah bagai utk research  ...
nanat87 Post at 29-4-2010 06:06 PM


konpem koran baca tak habis?tah2 koran pom tak penah dia nak bukak aku cakap apa yg betul jah...besepah membe aku kat luar jenis alim luaran + dimulut dihati tidak...kalu dah tahap solat pon dia tak paham apa maksud bacaan...lagu mana laa tahap dia nak berdialog dengan tuhan ketika solat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:59 PM | Show all posts
bukan bergaduh pasal kapal. dlm alquran tekankan ambik iktibar dan tauladan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:04 PM | Show all posts
quran pom mana sebot tahun n jaman nabi2 nih.....suka suki tepesong akidah bagai utk research  ...
nanat87 Post at 29-4-2010 18:06



    aku bila baca posting yg tak sealiran dgn aku sama ada aku menyirap atau aku gelak tak hengat...
yg kat atas nun termasuk dlm posting yg buat aku menyirap...
patutlah umat melayu islam mundur, jauh terkebelakang dlm kajian bidang ilmu
sebabnya....kalu malas nak cari ilmu, kaji quran/hadis...tunggu dan lihat jelah (biarlah kapir ajer yg buat)....ASAL KITA TAK TERPESONG AKIDAH....
suruh bukak quran baca kisah nabi adam, nabi nuh, psl zaman dan tahunnya? dia expect dlm quran ada catat nabi adam turun ke bumi tahun berapa, nabi nuh lahir tahun berapa ka?
kalu 4800 tahun tu tak betul (dan ini dakyah yahudi utk pesongkan umat islam)....dlm quran ckp apa...yg kata "quran nyatakan hal yg sahih" (dlm konteks banjir zaman nabi nuh ni lah) tu?
cakap main hembus jah....   


huk alohhhhhhhh....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:11 PM | Show all posts
aku rasa bleh kalau nak agak zaman nabi2 dulu
-kalau mcm cthnya nabi musa, dia zaman firaun ramses 2 kan? itu 4000 tahun dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:18 PM | Show all posts
aku bila baca posting yg tak sealiran dgn aku sama ada aku menyirap atau aku gelak tak hen ...
hzln Post at 29-4-2010 21:04



... sesunguhnya ilmu pengetahuan manusia hanyalah ibarat setitis air dari seluruh lautan di alam ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 09:22 PM | Show all posts
... sesunguhnya ilmu pengetahuan manusia hanyalah ibarat setitis air dari seluruh lautan di al ...
sherliza_sc Post at 29-4-2010 21:18



    SO?
takyah kaji apa2 lah kan...kaji camana pun tetap ibarat setitis air saja...justeru itu kita tunggu dan lihat sajalah
kang terlebih2 kaji kang terpesong akidah pulak...kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:22 PM | Show all posts
aku bila baca posting yg tak sealiran dgn aku sama ada aku menyirap atau aku gelak tak hen ...
hzln Post at 29-4-2010 09:04 PM


orang melayu igt al-quran tu macam buku sejarah sekolah kerajaan siap dengan tahun tarikh lengkap etc....jadi tak eran depa sikit2 beboih2 soh kita rojok quran hadith bla bla bla...walhal dia sniri pom tak penah baca tofsir quran berani2 dia nak ajaq org len kan?aku igt ado sembang rowyat usia khatijah dan aisyah...ada si bengap mano tuduh ai cakap membabi buto takdop dalil takdop nas berkiblatkan tesis budak u?jadah sungguh....dia yg ignorant dituduh kita pulok yg sesat...gilo tol umat melayu neh...dah kalu depa tu jenis jahil malas membaca menelaah...hape ke bimbo depa nak nyalahkan org?kita kalu dha dengaq menda hat tak selari dgn pengetahuan kita..teringin jugok rasa dihati nak selidik sniri...ni depa tak disemburnya kita balik beboih2
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:26 PM | Show all posts
aku cukup heran bila kawan2 aku selalu balas hujah aku dgn hujah : "dlm quran semua dah diterangkan, dah dicakap dlm quran, semua ada!"
-bila aku buka kisah pasal ilmu sains, sejarah dan kajian2 terbaru
-kawan2 aku pula bodo2, mereka ckp mat saleh selalau nak lawan quran bila buat kapal titanic, kapal selam kurtsk, hantar ekspedisi ke bulan, semua tu nak lawan kuasa tuhan
-habis tu, jadi bodo barulah tak lawan kuasa tuhan ye?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:31 PM | Show all posts
aku cukup heran bila kawan2 aku selalu balas hujah aku dgn hujah : "dlm quran semua dah diterangkan, ...
sekngucing Post at 29-4-2010 09:26 PM


mentaliti masih berkisarkan reban ayam...kau tak buleh letakkan harapan tinggi sgt...payah nak ubah..sebab apa?sebab org gini jenis taqlid bodo2...dengar cerita dari mulut kemulut...nak harapkan dia sniri menyelak kitab?jgn kau mimpi laa...dah kat umah pom takdop kitab lagu mana dia nak selak?kalu ada pom ramei hat tak paham bahasa arab...kitab bahasa len tamau beli takot pesong akidah katanya.. bestu camno?terpaksa laa dia taqlid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 1.024331 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list