CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

Ilmu Malaikat 44

  [Copy link]
Post time 8-6-2010 03:19 PM | Show all posts
Saya tahu pasal orang yang guna jin sebagai pendinding tapi malaikat pun boleh jadi pendinding j ...
Fieza-mira Post at 8-6-2010 15:13

Aku bukan niat mengejek kamu! tak terniat langsung! cuma bila kamu timbulkan satu isu yg dicurigai, semestinya ada persoalan! maaf jika kamu tersinggung... ya mungkin kamu lebih mengenali malaikat tu.. sebab aku bodoh sombong.hehe hantu le kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 03:22 PM | Show all posts
ence hantukiller....
3 soklan hang tu jawapan tadek kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:24 PM | Show all posts
ence hantukiller....
3 soklan hang tu jawapan tadek kah?
afja Post at 8-6-2010 15:22

Entah..hehehe aku pun tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:28 PM | Show all posts
Reply 43# hantukiller


    gitu la pulak yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 03:32 PM | Show all posts
So, kat mana relevannya dengan kata kamu nabi yg gunakan malaikat tuh?
hantukiller Post at 8-6-2010 15:14


Memang dia tak cerita dia arahkan malaikat untuk menolong dia dia cuma cerita minta pertolongan Allah sebab part tu RAHSIA. Janganlah samakan IQ Nabi dengan IQ kita. Kalau kita pikir begitu memang takkan dapat jawapan.

Sebab tulah saya cakap dari awal lagi kena tahu rahsia kejadian manusia tapi macamana nak tahu kalau dah namanya RAHSIA!

Rahsia antara Allah, manusia, malaikat & iblis. Kalau kita dah tahu 'rahsia' ini baru kita boleh pakai malaikat....

Jadi sebenarnya ilmu malaikat 44 bukan untuk orang biasa......sorrylah tak tersilap buka thread ni.

Rupanya thread ni tak boleh membantu......jadi kontraversi adalah!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:38 PM | Show all posts
jadi kontroversinya bila tuan tanah mcm x nak terima pendapat n persoalan org lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2010 03:47 PM | Show all posts
Ilmu Empat sahabat : Jibril, mikail, israfil dan izroel yg selalu disebut oleh pengamalnya untuk men ...
hantukiller Post at 8-6-2010 15:10



mcm mana tu?
pengamalnya tu sebut 4 malaikat tu bila da abih baca Al Ikhlas ke??
makna nye dihujung ayat baru disebut??

oooo...baru tau ada org yg buat jadik amalan??
utk apa ek motifnye?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:52 PM | Show all posts
Reply 37# hantukiller


salam saudara sekalian
bes ni bicara pasal ilmu
hamba biarkan dulu abg edy ngn hantu killer berbicara hehehe...
depa lebey arif....

ilmu empat sahabat pernah la kita dengar...
yang sebetulnya yg dikatakan 4 sahabat itu adalah pecahan diri
betulkan kita klu silap ye abg edy...
4 dari pecahan diri yg tperi..wallahualam
klu diri yg satu pun belom kenal spenuhnya mcm mn nak jd 4..
dan seterusnya

di situ la klisenya...
tak mengenal..so camne nak mengenal sapa yg mdamping?

maafkan kita jugak...
rasanya disebut je malaikat tapi yg mjaganya bukan malaikat
cam kate abg edy..tanpa ilmu tu pun memang ditugaskan malaikat untuk menjaga kita
sebenar klu tak silap kita, ada term untuk para malaikat yg ditugaskan untuk mjaga kitaran perjalanan kehidupan ni
tapi yg wajib kita tau hanya la 10..wallahualam
sekali lg betulkan kita klu tersilap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 03:56 PM | Show all posts
Reply 45# Fieza-mira


rahsia kejadian manusia itu sendiri allah swt dah ceritakan dalam al-quran
tinggal kita nak mengenal diri...sapa diri sebenar diri
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:59 PM | Show all posts
Kalau jin islam saya percaya, kalau malaikat tu agak susah sikit saya nak percaya. Lagi satu kemusykilan saya, ilmu datuk awak tu macam panas semacam, sehinggakan masuk berburu pun binatang lari lintang pukang. Malaikat jika didalam bentuk asal mereka, ianya tidak dapat di detect oleh mana mana makhluk sekalipun. Ini kerana ada perbezaan alam, cara penciptaan dan unsur perciptaan. Cuma segelintir manusia sahaja yang boleh nampak malaikat dalam bentuk asal, salah seorang darinya Nabi kita. Itu pun Nabi kita cuma 2 kali sahaja dapat melihat malaikat Jibril dalam bentuk asal.

So persoalan yang amat kejam, apa specialnya datuk awak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:02 PM | Show all posts
fieza kata ilmu tu atok tak turunkan. tapi ikut post2 tu seolah-olah u faham sangat tentang ilmu tu. share2 lah apa proses ilmu seperti ni. biasanya ilmu kebatinan yang diamalkan oleh orang2 tua dulu2... asasnya adalah kata2 yang berupa seperti pantun... dipanggil juga jampi-serapah. Contoh:

Pemanis sireh

Hei sireh kau daun nan lembut,
Daun cerah batang bersinar,
Makanan malaikat empat puluh empat,
Bukan kelatmu sebarang kelat,
Airmu pahit penyeri muka,
Kau penyeri wajah,
Berseri muka anak adam.

Notis... ayat ketiga ada sebut malaikat 44

Ilmu2 sebegini dah tak ekskusif lagi... kalau rajin tanya Mr Google... sure dapat jawapan

p/s: u tau ker rahsia antara Allah, Manusia, Malaikat & Iblis? Apa-apa yang saya tau dah jadi public domain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:03 PM | Show all posts
tuan rumah...
ap amalannya untuk ilmu nie?
pantangye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 04:14 PM | Show all posts
Kalau jin islam saya percaya, kalau malaikat tu agak susah sikit saya nak percaya. Lagi satu kemusyk ...
St.Yeepi Post at 8-6-2010 15:59



Saya tak dapat nak pastikan tentang ilmu datuk saya tu sebab saya tak rapat dengan dia lagi dia meninggal masa saya kecik lagi jadi sikit sangat kenangan saya dengan dia. Arwah atuk saya takde apa2 kelebihan dia manusia biasa.

Cerita ilmu malaikat 44 ni saya dapat dari arwah emak saya. Yang saya nak utarakan disini ialah ilmu malaikat 44 ini bukan pasal datuk saya. Mungkin ada forumer yang tahu.

Perbuatan lebih kejam ialah mempertikai sesuatu yang diluar ilmu pengetahuan kita dan kemudian menghakiminya padahal kita tidak ada apa2 pengetahuan pun mengenainya.

Bila kita tidak tahu atau tidak pasti tentang sesuatu perkara ucapkanlah waulahualam kerana itu lebih sopan dan kita mengaku pengetahuan kita tidak dapat menandingi pengetahuan Allah yang bersifat maha mengetahui........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply  Fieza-mira


rahsia kejadian manusia itu sendiri allah swt dah ceritakan dalam al-quran
...
shiri Post at 8-6-2010 15:56


Sebenarnya sikit sangat cerita tentang kejadian manusia tu dalam Alquran. Ada banyak lagi yang tak didedahkan. Lebih kurang general knowledge jer. Jangan ingat bila dah khatam Alquran makanya dah tahu segala2nya.

Bila kita merasa dah tahu banyak sebenarnya kita tak tahu apa2 pun!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:34 PM | Show all posts
mungkin thread nih better duduk di bod MM....

sini byk siri momokan ajek
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:38 PM | Show all posts
Reply 54# Fieza-mira


saudari,
quran itu sendiri bersifat balaghah
dalam qalamullah itu banyak ilmunya..tapi biar ada caranye...
klu la segala isi ilmu dalam tu boley diambil dengan sekali baca..mudahla..
tiada lagi rahsia allah klu gitu ye..

jika diceduk hanya sepangkal lengan,  se-lengan la kita dapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 04:43 PM | Show all posts
Nak berdamping dengan mana mana entiti, bukan process mudah, tak kisah lah sama ada nak berdamping dengan pontianak, toyol, jin kafiq, jin islam dan termasuk malaikat itu sendiri. Takder nyer pontianak tu nak datang pintu rumah kita, dan ajak kita berdamping mcm tu jer...

Kalau hantukiller datang rumah aku dok ngaku malaikat dan ajak aku nak berdamping, caner aku nak verified dia tu betul betul malaikat? Dengan mengetahui rahsia alam mereka dan kita dapat menembusi alam mereka. Tapi manusia mana yang mampu nak menembus alam malaikat, sedangkan alam dunia dan alam malaikat sendiri ada barrier, iaitu langit bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:43 PM | Show all posts
tiada sapa kat sini kata dirinya serba tau
itu la gunanya forum
bertukar pandangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 04:46 PM | Show all posts
Reply  Fieza-mira


saudari,
quran itu sendiri bersifat balaghah
dalam qalamullah itu banyak i ...
shiri Post at 8-6-2010 16:38


Ya....saya nak ingatkan macamana pandaipun kita mengaji dan mengkaji Alquran tu ilmu kita takkan sama tinggi dengan ilmu Nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:50 PM | Show all posts
Menurut  buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakbah,2007:196), Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin.

Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.

Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.

Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib.
Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.


http://cheq-sue.com/blog/2010/05/30/rahsia-44-hari-berpantang/

agaknya berkaitan ke dgn isu  bagaimana timbul  panggilan malaikat 44...?

* tapi ni sumber dari buku perbidanan Menurut  buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakbah,2007:196)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077725 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list