CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

Ilmu Malaikat 44

  [Copy link]
Post time 9-6-2010 11:40 AM | Show all posts
Apa perasaan kita bila dapat tahu kita bukan dari golongan manusia??? Padahal kita dah berpenat lelah tunggang tonggik sembahyang tak tinggal dah bergadai tanah kebun jual buat pergi haji yang ke 15 kali.....tiba2 dapat tahu perkara yang menyayat hati. Kita bukan manusia.
Fieza-mira Post at 8-6-2010 23:29



   ye la.. aku pon nak tau pasal stetmen kontrobersi nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 11:48 AM | Show all posts
menarik plak diskusi2 kat sini....
lg curious nak tahu..uhuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:52 AM | Show all posts
Kenapa kamu beria2 nak kenal manusia? Kalau kamu tu terbukti manusia bolehlah kamu mendabik dada ...
Fieza-mira Post at 8-6-2010 23:29


Fieza,
maknanya kita dah boleh congak lah kalau kita ni manusia ke bukan?..err..agak ngerilah part ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 12:32 PM | Show all posts
wah wah wah
edy leh scan org ek


aku dedulu ade sorg kenalan lelaki
dlm tepon dia kata aku pakai baju apa tudung apa
pastu dia kata ayah aku pakai keta wane apa
memula aku ingat kebetulan
tp bila da sume nye sama.....aku terus takut nk kawan ngan dia

ehhh...sorry...ter off topik plak
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:05 PM | Show all posts
nampaknya TT pun dah xtau nak jawab apa skrg..sy sendiri tgk kamu xhabis2 duk canang citer pasal atuk kamu, pasal guru kamu.bila forumer suh explain kamu sendiri pun xtau nak bagi fakta bukti yg tepat pada ktorg.sbb kamu sendiri pun xpaham sebenarnya apa ilmu yg kamu tau itu.sbb yg lebih tau of cozlah arwah atuk kamu dan guru kamu kan.

btw kamu tu begginner lgi dlm forum ni.jadik hormatlah pada senior2 dlm forum ni.ntah2 dorg pun lagi tua dari kamu.so terimalah pandangan mereka...jgn cpt melenting.mereka pun bercakap pakai bukti bukan omongan kosong je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:09 PM | Show all posts
Wah..rajinnya Ea carik....
Tapi seronok nak folo thread ni..
yenil95 Post at 9-6-2010 11:26


mula2 cari sbb nak dapat pengesahan pasal penggunaan phrase 'selisih malaikat 44' ...tapi nmpknya tred ni isunya lagi berat ...

so nak dduk tepi dan baca shj ... tapi

ilmu malaikat 44 arwah atuk TT ni satu aliran ke dgn Aliran Asma Malaikat Sunan Muria Salah satu wali songo jawa



ada pulak  ajaran islam kejawean ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2010 01:31 PM | Show all posts
menarik..byk ilmu bleh dpt dr thread ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 01:36 PM | Show all posts
Baiklah semua,

Mungkin ini boleh memuaskan hati kamu. Saya tak pernah ceritakan pengalaman sendiri setiap kali berforum sebab ia akan menimbulkan implikasi yang sangat besar. Tetapi oleh kerana saya yang memulakan maka patutlah saya bertanggungjawab.

Saya memang ada pengalaman sendiri berdepan atau bersama malaikat. Tiada amalan khusus pengalaman datang bersama pengajian.

Biarlah saya mulakan dengan bismillah dan pengahirannya dengan waqulja sebagai menguatkan pengalaman saya bukan cerita rekaan.

Bismillahirahmannirrahim

Pengalaman pertama:

Saya berjalan kaki dari rumah ke ofis setiap hari sebab jarak hanya 15 minit perjalanan. Suatu hari sambil berjalan saya berangan, macam2 yang saya fikirkan. Otak kita memang jadikan untuk berfirkir jadi macam2 masuk dalam fikiran saya. Tiba2 saya tersentak! Satu suara asing dari dalam berkata "Jaga beg!". Itu saja dia cakap tapi saya terus menangkap maksud dia. Saya mula cemas dan balas balik: "Janganlah, susah aku nanti". Rasa macam nak patah balik tak mahu pergi kerja hari tu.

Dalam pada tu saya terus berjalan. Tak semena2 sebuah motor dari belakang lalu dan pembonceng dia cuba ragut beg saya. Dia dapat tapi cepat2 lepaskan dan terus pergi. Saya tergamam hanya mampu perhati motor tu pergi dan dapat lihat pembonceng tu mengilas2 pergelangan tangannya seperti kesakitan.

Beg saya selamat...dan saya bersyukur tak terhingga!

Itulah suara malaikat. Bersuara dari dalam tapi bukan suara hati saya. Saya kenal suara hati sendiri.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 01:37 PM | Show all posts
Reply 126# ea208964

tulah kan ea, doa yg dibacakan dicampur bahasa jawa ngn sedikit arab...camne tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:43 PM | Show all posts
Reply 128# Fieza-mira


    konfem suara malaikat ke??cmne nk bezakan suara malaikat ngan bkan malaikat??
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:44 PM | Show all posts
Reply 129# pinktriangle


    doa takpe dalam bahasa ap pun...
asal maksud nya x myimpang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:49 PM | Show all posts
Reply 128# Fieza-mira


yakin benar saudari itu adalah malaikat
bagaimana klu dikatakan yg membantu itu adalah pdamping yg ditugaskan untuk menjaga kturunan...
klu itu dijadikan hujah "malaikat" yg mbantu saudari kirenya seumur hidup saya ni banyak diselamatkan malaikat...

bagaimana saudari mengenal antara malaikat dengan pdamping dari bangsa jin?
boley kita berkongsi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 01:53 PM | Show all posts
Pengalaman kedua:

Suatu malam saya baru nak lelap berada di alam bawah sedar datang satu suara.

Suara malaikat: "Kita akan pergi ketempat yang sangat jauh. Sudah bersedia??"

Saya jawab: Ya! (Saya tahu itulah malaikat maut dan ajal saya sudah sampai).
Tiba2 saya rasa sesak nafas, dada sakit, jantung bagai nak pecah! Sakit sakratulmaut.

Saya mengeluh: Kenapa sakit sangat nih??
Saya boleh lihat jantung saya berdegup kencang seolah2 dada saya transparent.

Suara tu tanya: Nak ikut tak??

Saya jawab: Tapi aku sakit nih!!

Tiba-tiba ada satu suara lain: "Nak hilangkan sakit bukak mata."

Saya terpinga2 sebab saya rasa dah buka mata. Tapi saya cuba buka mata lalu tersedar dan terus beristigfar.

Suara pertama ialah suara malaikat maut dan suara kedua ialah suara iblis.

Satu pengalaman paling berharga dalam hidup saya. Saya harap dengan pengalaman ini saya lebih bersedia untuk berhadapan dengan tipudaya iblis disakratulmaut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:53 PM | Show all posts
Baiklah semua,

Mungkin ini boleh memuaskan hati kamu. Saya tak pernah ceritakan pengalaman sendir ...


Itulah suara malaikat. Bersuara dari dalam tapi bukan suara hati saya. Saya kenal suara hati sendiri.....


Fieza-mira Post at 9-6-2010 13:36
Assalamualaikum, Maaf ye dik, saya mencelah lagi.

Macamana adik tau yg suara itu sebenarnya suara malaikat? Apa tandanya yg suara itu suara malaikat?

Pada pendapat saya yg bodoh ini, itu hanya suara pendamping adik dari kalangan jin! pendamping tu pula bukan setakat 44 ekor, malah jauh lebih ramainya, dan ada yg menetap dibadan tu!!!... kira saka la juga

Apa kata kalau saya hapuskan pendamping adik tu? sebab adik juga yg kata, pendamping dari kalangan jin adalah batal!!!
jangan takut, kalau dia tu malaikat, tak matinya dia tu...


Ini aku bagi cadangan je, jangan ambil hati
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 133# Fieza-mira


    maaf ye tapi tgh mencube nak memahami cerita ni
so means saudari mengikut bisikan iblis pada malam tu
so..camne leh kata itu suara iblis?
sedangkan die mbantu saudari dari kesakitan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 02:00 PM | Show all posts
Pengalaman ketiga:

Saya selalu balik lewat malam kerana OT dan terpaksa lalu dikawasan yang agak sunyi dan gelap.

Sedang saya berjalan saya rasa seperti ada orang dibelakang mengekori rapat. Saya toleh tapi tiada sesiapa. Takde rasa seram @ seriau seperti diganggu entiti. Rasa releks seperti jalan berkawan.

Saya tak berapa risau sebab guru saya pernah berpesan kalau situasi tu bermakna malaikat yang temankan. Saya percaya itu ialah malaikat. Jangan fitnah saya mengatakan saya berdamping dengan jin sebab pengajian saya tak pernah mengajar ilmu jin atau kerabat dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 02:01 PM | Show all posts
huh... sesenang begitu kah kita claim suara malaikat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:02 PM | Show all posts
Pengalaman kedua:

Suatu malam saya baru nak lelap berada di alam bawah sedar datang satu suara.





...Suara pertama ialah suara malaikat maut dan suara kedua ialah suara iblis.




Fieza-mira Post at 9-6-2010 13:53

Kalaulah adik benar ada didampingi malaikat, tak mungkin iblis tu mampu berbisik pada adik.. depa dah tibai iblis tu dulu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:10 PM | Show all posts
Pengalaman ketiga:

Saya selalu balik lewat malam kerana OT dan terpaksa lalu dikawasan yang agak  ...

Saya tak berapa risau sebab guru saya pernah berpesan kalau situasi tu bermakna malaikat yang temankan. Saya percaya itu ialah malaikat. Jangan fitnah saya mengatakan saya berdamping dengan jin sebab pengajian saya tak pernah mengajar ilmu jin atau kerabat dia.
Fieza-mira Post at 9-6-2010 14:00

Kami bukan membuat fitnah, tapi hanya cuba menyedarkan adik, bahawa yang adik sangkakan malaikat itu sebenarnya bukan....

Cara termudah, apa kata ikut saranan saya, kita hapuskan aje dampingan adik tu? kalaulah mereka tu malaikat yg diutus oleh Allah untuk mendampingi adik, tak matinya mereka tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:10 PM | Show all posts
Reply  pinktriangle


    doa takpe dalam bahasa ap pun...
asal maksud nya x myimpang...
shiri Post at 9-6-2010 13:44


tapi kompem suspen gak klu dengar kan yang bercampur2 kan ...kalau dlm satu bahasa shj ok ... tapi klu yg dengar mcm baca quran tetiba tngh2  kluar ayat jawa tu macamana yea...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.076766 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list