CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
Post time 29-6-2010 02:53 PM | Show all posts
Salam.. best cite nie... sambung lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2010 04:20 PM | Show all posts
Rasa ingin di hati, tapi sakitnya tidak terperi.

Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dia cuba mengangkat tangannya, ingin memicit-micit dahinya seperti selalu, namun dia tidak dapat merasakan apa-apa. Suraya cuba sekali lagi. Masih tiada apa-apa perubahan. Tiada tindak balas. Perlahan-lahan dia membuka matanya, kelat dan kelam. Berbalam-balam kelihatan cahaya memasukki kornea matanya.

'Argh... di manakah aku?' bisik hatinya.

Suraya cuba memalingkan mukanya ke sisi, hanya perasaan sahaja yang bertindak balas, pergerakannya masih kaku. Sayup-sayup dia terdengar sesuatu. Aneh, seperti pernah didengarinya. Bacaan yang syahdu dan sangat tenang. Tidak berapa lama kemudian dia terlelap lagi. Suraya terasa gelap dan sejuk. Sunyi dan sepi. Tiada sesiapa di situ. Dia cuba menjerit, tetapi tiada suara yang keluar dari kerongkonnya. Dia terasa dahaga yang teramat, tetapi dia tidak mampu bergerak. Semuanya dalam kegelapan, dan akhirnya dia hilang dalam kegelapan itu.

Dr Firdaus berlari-lari anak ke unit ICU. Sebentar tadi, jururawat yang bertugas telah menghubunginya lewat telefon bimbit dan memberitahunya tentang pesakit bernama Suraya yang secara tiba-tiba tidak stabil. Setibanya di bilik rawatan kecemasan, beberapa jururawat senior sedang kelam-kabut cuba menstablikan Suraya.

Dr Firdaus mengambil alat penyentak jantung, dan dengan tenang dia mengenakan pada dada Suraya. Sekali. Diam. Masih tiada perubahan pada monitor yang menunjukkan gerakbalas jantung. Dua Kali. Diam seketika. Sebentar kemudian, timbul nada yang menunjukkan pergerakan jantung.

'Alhamdulillah...' bisik Dr Firdaus.

Dr Firdaus menganggukkan kepalanya pada jururawat yang bertugas. Perlahan-lahan dia bergerak keluar dari bilik rawatan ICU.

'Macam mana Doktor? macam mana dengan Suraya?'

'Alhamdulillah, dia stabil.'
'Doktor, dah hampir 3 hari dia masih dalam keadaan koma, berapa lama selalunya orang kemalangan koma doktor? adakah ini biasa? atau luar biasa?' soal En Zainal Arief cemas.
'En Zainal, usah lah bimbang, kita doakan semoga Allah menyembuhkan dan menyedarkan dia dari koma. Semua yang terjadi atas kehendak Allah swt. KepadaNya lah kita berserah dan kepadaNya lah kita mohon Perlindungan' Dr Firdaus lembut menasihati En Zainal Arief.

Dr Firdaus, walaupun belum mencecah 30an, namun dia sudah dianggap pakar dalam bidang kardio. Dia merupakan pelajar terbaik untuk bidang kedoktoran bagi batch yang sama dengannya. Sekarang dia merupakan ketua di jabatan kardio. Ramai juga jururawat yang cuba-cuba untuk memikat, tetapi Dr Firdaus masih belum terbuka hatinya pada sesiapa. Wajahnya mirip Fizz Fairus dalam drama terkenal suatu ketika dulu Nur. Bezanya dia berkaca mata.

En Zainal Arief terduduk seketika bila mendengar nasihat dari Dr Firdaus. Ya, memang sudah lama dia gagal mendidik Suraya. Puan Farah pun sibuk dengan butik kecantikkan nya hingga mengabaikan satu-satu anak mereka. Suraya menjadi terlalu liar dan tidak boleh dikawal lagi. Dia cuba menegur Suraya beberapa minggu lepas ketika Suraya hendak keluar dari rumah dan waktu itu jam sudah berdenting 12 malam. Apa yang di dapat hanyalah tempelak dari anaknya sendiri. Puan Farah pula menyokong Suraya. Sengaja dia mengata En Zainal Arief kolot, tidak mengikut arus zaman moden.

'Mungkin ini pembalasan Allah swt. pada aku yang lalai ini' bisik hati En Zainal Arief. Dia bingkas bangun meninggalkan Puan Farah yang kelihatan sugul disebelahnya. Dia mahu mencari surau, mahu bertaubat dan memohon keampunan dari Allah swt. Mohon agar Allah beri peluang buat anaknya yang seorang itu.

Usai solat dzohor, dia terus bangun menunaikan solat hajat. Walaupun telah terlalu lama dia meninggalkan sejadah, namun ingatannya ketika mengaji di kampung dahulu masih kuat lagi. Tentang cara-cara mendirikan solat hajat dan bacaan di dalamnya. Cuma sejak dia menjadi orang korporat dia semakin jauh dari tuntutan nurani itu. Zainal Arief, nama yang gah di persada korporat, cuma masih belum mendapat pangkat Dato' sahaja lagi.

Dr Firdaus terpandang ayah Suraya mengerjakan solat hajat, dan dia sengaja menunggu En Zainal Arief selesai. Mujur juga hari ini hari ketiga dia bekerja dalam shift. Boleh lah dia berehat-rehat dirumah sekejap lagi.

'Encik Zainal, tak perlu lah risau, apa kata saya belanja Encik Zainal minum dahulu. Sejak Suraya di wad, saya tidak pernah nampak Encik Zainal pulang. Sentiasa ada di sisi Suraya. Tentu Suraya anak yang paling Encik Zainal sayangi..' tegur Dr Firdaus dari belakang, sambil menyentuh bahu Zainal Arief.

'Err... betul doktor, dialah satu-satu nya anak saya. Sekiranya dia tiada, tiada apa lagi yang penting dalam hidup saya. Bahkan sebagai orang penting dalam bidang korporat tidak akan memberi sebarang makna lagi buat saya...' Zainal Arief meluahkan perasaannya.

'Oh... begitu. InsyaAllah Suraya akan selamat. Dalam banyak kes, Suraya kes yang biasa saya tangani. Saya selalu berdoa semoga semua pesakit saya selamat. Termasuk lah Suraya'

'Thanks Doktor. Boleh saya minta no telefon Doktor?'

'Boleh, apa salahnya...'

-------------------------------------------------

Itulah permulaan dua tahun yang lepas. Suraya yang dulunya pesakit, akhirnya menjadi rakan. Tetapi sejak akhir-akhir ini Suraya semakin menjauhi Dr Firdaus. Tudung yang dipakai selepas kemalangan tempohari, semakin hari semakin terselak. Akhirnya tiada terus, dan pakaian nya pun menyakitkan mata Dr Firdaus. Namun begitu Dr Firdaus masih tetap berusaha memujuk Suraya kembali kepangkal jalan. Tidak di sangka-sangka pula, Suraya satu pejabat dengan rakan baik di Universiti dulu, Intan Syuhada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 04:24 PM | Show all posts
Suraya "mati hidup semula" peluang kedua...
masih x sedar... Bagus klu dpt kawan cam Dr. Firdaus
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 06:26 PM | Show all posts
smbung lagi... best citer ni...
tahniah buat penulis...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 12:58 PM | Show all posts
ada port baru nampaknya.

tahniah tt...keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 03:12 PM | Show all posts
best lah cerita ni sambung lagi ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2010 04:28 PM | Show all posts
kalu free nak lagi n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 06:03 PM | Show all posts
alamak.. sejak jadi wahm ni, makin betambah bz, ingatkan leh la tulis hari hari....

ok for all peminat, enjoy these:


------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 10:33 PM | Show all posts
ala kak liya..
ingat ada n3 baru td
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 04:47 AM | Show all posts
Bayu laut sepoi-sepoi bahasa, hati ini mengapa tidak merasa?
Myvi hitam ku baru dikilatkan sebentar tadi. Setelah seharian bersalut habuk dari perjalanan jauh putrajaya-kuala terengganu. Warna hitam memang nampak lebih cepat berhabuk berbanding dengan warna-warna biasa. Aku sengaja menghantarkan kereta kesayanganku itu ke kedai yang berhampiran dengan Hotel Grand Continental. Betul-betul terletak dipesisir pantai. Hajatku petang nanti hendak bersantai-santai di Pantai Batu Buruk. Sudah lama juga aku tidak ke sana. Biasa nya petang-petang memang ramai kanak-kanak bermain layang-layang.
Malam tadi, selepas makan malam, aku sengaja memberanikan diri menyoal tentang isu bilik aku yang terhias indah, bagaikan mahu menyambut sesuatu. Biasanya bilik sebegitu untuk bakal pengantin sahaja. Aku pernah juga menjadi pengapit rakan baikku dua tahun yang lalu, Sofea. Aleesya Sofea, sudah lama juga tidak menghubungiku. Aku juga tidak berkesempatan menghubunginya. Dua tahun, mungkin Aleesya pun sudah punya baby, atau mungkin sudah mengandung untuk anak kedua. Aku pula, masih seperti dahulu.
'Ma, kenapa bilik Sue? Ada orang nak datang ke?' Sambil mengunyah nasi putih panas, bergaul ayam masak kerutub kegemaranku. Mama memang mahir memasak, terutama sekali kalau masak ayam kerutub dengan rempah ros, keistimewaan negeri Terengganu.

'Tak ada apa-apa Su, makan lah lagi' Mama sengaja berselindung. Nampak seperti serba salah lagaknya.
Lega rasanya, satu bebanan terangkat. Tetapi wajah serba-salahnya itu membuat aku tidak percaya seratus-peratus akan  perkataan yang diluahkan oleh mama tadi.
Aku terhenyak di sofa empuk dihadapan tv, setelah kekenyangan menikmati masakan kegemaranku tadi. Ruang tamu yang terhias indah itu memang sengaja aku pilih rona hijau lembut. Kalau diikutkan mama, warna merah terang yang diminatinya. Tetapi dia mengalah demi anaknya yang seorang ini. Langsir Hijau Lumut menyebabkan ruang tamu nampak redup jika di waktu siang, dengan hanya dua tingkap sliding, pencahayaannya terlalu terhad. Tetapi jika waktu malam memang indah dan nyaman bersantai di ruang tamu.
'Pa nak bagi tahu ni' Sambil berjalan menuju ke sofa di hadapanku. Mama menyusul dari belakang dengan tangannya membawa dulang berisi teko kopi. Aroma kopi yang sangat menusuk hidungku.
'Mu tak usah gi mana-mana la dua tiga hari ni, ada kawan Pa nak mari' tersusun ayat dari mulut Papa.
'Siapa Pa?, ada apa kena mengena dengan Sue pulak?'
‘Tak de apa-apa, kawan papa semasa kerja dulu nak mari'
‘Kawan semasa polis dulu ka Pa? Yang mana satu? Su kan kadang-kadang tahu juga, pak cik Nasir ka, Pak cik Mat drebar ke atau Pakcik Hassan?’ Habis semua nama aku senaraikan. Nama-nama yang masih segar di ingatan. Nama ayah teman sepermainan ku dulu. Tidak diketahui di mana mereka sekarang. Entahkan masih ada lagi atau sudah menerima jemputan illahi. Setahu aku hanya seorang sahaja teman papa yang sudah pergi, Pakcik Ramli. Sakit jantung dengar kata Makcik Pah.
‘Bukan, bukan, hak lain, kawan masa gi latihan untuk pencen dulu, kawan pernah sebilik dengan papa semasa umrah tahun lepas.’ Papa tersenyum meleret.
‘Oooh... kawan umrah rupanya. Papa ni buat suspen je. Habis tu kenapa pula bilik Sue jadi mangsa? Macam bilik pengantin je, mama, papa?’
‘Mereka datang ada hajat tu. Bulan lepas dia ada telefon ke rumah ni, tanya bila boleh datang, nak merisik; Akhirnya keluar juga kata-kata dari mulut papa.
‘Merisik? Sue? Mama tak cakap pun dalam telefon hari tu?’ aku menjeling pada mama.
‘Mama tak cakap la, nanti kamu tak mahu balik pula, malu biar bertempat Sue, umur dah makan naik tiap tahun, bukan makin kurang.. apa salahnya kalau kawan papa nak tengok anak papa kan?’ Papa cuba memujuk.
‘Ataupun Sue dah ada calon sendiri ke?, kalau ada, bawa la kemari boleh papa berkenalan, atau pun minta keluarga dia mari sini, buat cara elok, berkenal-kenalan dulu?’
‘Mmmm tak ada la papa, tak sesiapa pun..’ Dalam hatiku sudah terdetik nama Luqman. Tetapi Luqman tidak pernah menyebut ingin berjumpa keluargaku, sungguhpun perkenalan kami sudah agak lama. Hampir 3 tahun berkenalan. Tetapi yang ada Cuma hadiah-hadiah dari Luqman, dan gambar-gambar posing istimewanya di Tasmania. Adakah aku yang berangan-angan dan perasan, dan harus setia menunggu buah yang tak mungkin gugur atau masak?.
‘Bila hari dia nak mari tu mama?’
‘Hari Rabu, dia nak tidur semalaman di sini katanya, nak berjalan-jalan tengok negeri kita. Jadi Rabu, Khamis dia ada di sini lah’
‘Tak payah risau lah, kawan papa tu dah confirmkan dan booking bilik dah kat Grand Continental seberang rumah kita ni’ Bagai tau-tau kebimbangan aku, mungkin melihat wajah ku yang berkerut-kerut tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 07:58 AM | Show all posts
ntah2 yang nak datang tuh bos dia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 08:27 AM | Show all posts
cite yang menarik.....BMW + Myvi

bapa suraya "Zainal Arief" hero idaman dalam novel Sehangat Asmara....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 08:36 AM | Show all posts
Reply 152# Ju'a


    assalamualaikum Jua
saya ingat Zainal Arief ini bapa kepada Misya suami kepada Kay, karya ............ lupa nama penulis tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:36 AM | Show all posts
Reply  Ju'a


    assalamualaikum Jua
saya ingat Zainal Arief ini bapa kepada Misya suami kepad ...
mertua Post at 2-7-2010 08:36



    mertua....novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea....berulang kali ju'a baca...suka ngan watak zainal arief.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 10:44 AM | Show all posts
memang, nama Zainal Arief tu macam dah sebati dalam hati ini hehehehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 11:37 AM | Show all posts
Reply 155# liya71a


  saya suka dengan nama Zainal Arief, dan saya dia hero novel melayu yang paling top
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2010 11:59 AM | Show all posts
ala............... dah taip taip pas tu tak tekan new reply.................
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 11:59 AM | Show all posts
hi sukanya ada entry
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 01:22 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 02:07 PM | Show all posts
ala............... dah taip taip pas tu tak tekan new reply.................
liya71a Post at 2-7-2010 11:59




kot tak mesti ada n3 baru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.074851 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list