Post time 9-12-2021 12:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nasib perempuan bila dah kawen mahu tak mahu takleh nak bantah maklumla laki mampu.
Kawen hat semekin tak cukup makai segala kalau kawen hat kaya kena share plak ngan orang lain.
Post time 9-12-2021 01:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wife setuju utk poligami la ni. Dh tua2 xmau kusut ank pn dh besaq2 lantak hg la. My fren bini no2 poligami ikut undang2. Gni la turun nek court seblom dpt kebenaran nikah. Respek kt pakcik makcik nih.
Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Khalid Samad berpoligami selepas beliau bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.
Hakim Abdul Halim Abdullah membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton bagi melakukan penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau.
Peguam dari Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan.
“Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.
“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam, ditukar kepada Zaiton.
“Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan iaitu Proton X70 selain tambahan elaun iaitu kad kredit kepada defendan. Selain itu, dalam perjanjian tersebut turut direkodkan nafkah bakal isteri yang akan diberikan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.
Menurutnya, pertukaran nama terhadap hartanah dan kereta di atas nama Zaiton akan dilakukan sebaik sahaja bayaran sewa beli dan ansuran diselesaikan.
Pada 8 Disember lalu, Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.
Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan menolak hal peribadinya perlu dikaitkan dengan pendiriannya dalam parti.
“Itu isu peribadi, tak perlu hendak diheboh-hebohkan, saya cuma ikut peraturan sahaja. Cadangan saya kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang, ikut peraturan,” katanya.
Post time 21-1-2022 07:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
borne replied at 20-1-2022 11:46 PM
Macam baik je muka makcik ni..
Ni ke isteri pertama khalid samad? Ke calon isteri kedua?
Iols terbayang isteri dia jenis mcm tipikal menteri yg bergaya bagai. Eh lupa khalid tu org pas kan sblm ni mestila isterinya jenis sejuk mata memandang ye dak.
Sapa la agaknya calon bini kedua tu artis kah?