CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7723|Reply: 98

Hotel kantoi takleh wat buffet ramdhan kareem..

[Copy link]
Post time 23-8-2010 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan pemantauan terhadap 34 buah hotel yang menawarkan sajian “Bufet Ramadan” bermula pada 1 hingga 10 Ramadan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri di Malaysia. Kesemua pemeriksaan dan serbuan tersebut telah dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah. Hotel-hotel tersebut meliputi hotel 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang ke bawah.

Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 2 buah hotel telah memperolehi sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Penemuan turut mendapati sebanyak 34 buah hotel telah menggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan premis berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum syarak. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.

Hasil pemantauan tersebut, didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

Walau bagaimanapun, kesemua pihak premis memberikan kerjasama dan maklumbalas yang baik di sepanjang proses pemantauan ini dijalankan. Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan. Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Buffet Ramadhan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Buffet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.

Sementara itu, sepanjang 10 Ramadhan pertama ini, JAKIM telah menerima sebanyak 16 permohonan daripada hotel-hotel seluruh Malaysia. Daripada jumlah hotel tersebut, sebanyak 9 hotel telah memperlengkap dokumen dan sedang diproses dan sebanyak 7 hotel masih belum melengkapkan dokumen mereka. Manakala sebanyak 2 hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadhan ini. Hotel-hotel tersebut adalah JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor.

Suka JAKIM mengingatkan kepada pemohon yang memohon secara on-line agar segera menghantar dokumen sokongan mereka bagi mengelakkan permohonan mereka ditolak secara automatik oleh sistem e-halal sekiranya melebihi 5 hari permohonan.

Seterusnya, JAKIM ingin memaklumkan bahawa mana-mana permohonan (produk/ premis/ rumah sembelih/ logistik) boleh mengemukakan permohonan kepada JAKIM / JAIN.

JAKIM juga amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang telah mewar-warkan senarai hotel yang telah diberikan pensijilan halal oleh pihak berkuasa negeri kepada pihak media untuk makluman orang ramai.

Sehubungan dengan itu, JAKIM menasihatkan pengguna Islam supaya berhati-hati memilih makanan halal dan mengelakkan daripada perkara yang was-was seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang belum jelas hukumnya (syubhat)”.
HR Muslim dan at-Tirmizi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal JAKIM serta senarai pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM, orang ramai bolehlah melayari laman web halal JAKIM di www.halal.gov.my.

Atas jasa baik pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada para pengusaha hotel di Malaysia khususnya dan masyarakat Malaysia amnya amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010

1.
ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

2.
BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

3.
IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

4.
HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur

5.
PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya

6.
HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

7.
SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

8.
PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor

9.
LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)

10
ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

11.
RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
Selangor

12.
EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan

13.
CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur

14.
NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur

15.
BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

16.
CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

17.
KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur

18.
THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur

19..
THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

20.
R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.
THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor

22.
HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur

23.
LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur

24.
THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur


*perhatian kepada yang kisah..yang tak kisah ada aku kisah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 09:18 PM | Show all posts
Mujurlah Kelantan Delights tak termasuk dalam senarai..

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:19 PM | Show all posts
Aku tak rajin makan buffet ramadhon kat hotel besar2 nih. Sbb aku nie cepat kenyang kalau berbuka, jadi ada baiknya makan yg sedang2 jah. Kat hotel nie mcm melampau2 lak selection makanannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 09:24 PM | Show all posts
apa beza rasa makanan dengan tambahan alkohol dgn makanan biasa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:32 PM | Show all posts
Mujurlah Kelantan Delights tak termasuk dalam senarai..
ultra78 Post at 23-8-2010 21:18



    jenuh nanti kena kutuk bagai ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:33 PM | Show all posts
Aku tak rajin makan buffet ramadhon kat hotel besar2 nih. Sbb aku nie cepat kenyang kalau berbuka, j ...
Muntz Post at 23-8-2010 21:19


kan ..aku heran betul kat depa yg leh melahap gile2 time berbukak .. hmy3:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2010 09:40 PM | Show all posts
meaning seblom2 ni may b pihak hotel tu serve makanan yg xde pengesahan halal la kan

  

ntah halal ke x aku makan seblom ni....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by abgboroi at 23-8-2010 22:12

Tupai tupai pun kena....melayu ramai makan situ....saloma bistro tu pemilik dia org melayu camner boleh kena yer ehe...tapi ownernya  pemilik planet hollywood dan hard rock cafe..opss lupa satu lagi The Zon....datuk K kena jawap ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 10:19 PM | Show all posts
mek tok caro asal kae tok make babi jah.
hok tuhe mek lare make babi jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:21 PM | Show all posts
Tupai tupai pun kena....melayu ramai makan situ....saloma bistro tu pemilik dia org melayu camner bo ...
abgboroi Post at 23-8-2010 21:09

Kalo  yg  kena  tu  pemilik   org  melayu   ...
bukannya   diorg  check   pun   sumber      bahan  mentah   tu  ...
cuba    Jakim      pegi  serbu  gerai    tepi longkang    nescaya    ramai   yg  kena   gak  ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:29 PM | Show all posts
Kalo  yg  kena  tu  pemilik   org  melayu   ...
bukannya   diorg  check   pun   sumber      bahan ...
mahathirGX Post at 23-8-2010 22:21



    ya, halal dan tak halal bukan setakat arak dan babi jer
    kalo restoren org melayu tapi penyediaannya tak bersih.. tak halal jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:32 PM | Show all posts
Kalo  yg  kena  tu  pemilik   org  melayu   ...
bukannya   diorg  check   pun   sumber      bahan ...
mahathirGX Post at 23-8-2010 22:21


ayam laa biasanya....sebenarnya restoran melayu yang dah ala ala gah tu patut dapatkan pengesahan jakim supaya org x keliru...nanti ada org kata x halal pulak...kekadang ada restoran melayu guna nama omputih....lagi laa mengelirukan..
.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:35 PM | Show all posts
mek tok caro asal kae tok make babi jah.
hok tuhe mek lare make babi jah
Mek_Kelate Post at 23-8-2010 22:19


adeh mek, jangan royak gitu mek... halam haram bukan kakah babi jah huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:42 PM | Show all posts
takde sijil bkn bermakna ianya tidak halal

mungkin ianya halal...tapi tiada pengesahan saja

mcm budak umo 14th yg terer bawak moto..dia reti bawak moto tp dichop

penunggang HARAM sebab takde lesen
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:56 PM | Show all posts
yang bangi golf tu .....takkan nama dia bangi  ..? no.15 tuu/

saloma bistro ohh ok diragui yer tapi well tak sedap pun

royale bintang?? hmm...ok...interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:06 PM | Show all posts
ya, halal dan tak halal bukan setakat arak dan babi jer
    kalo restoren org melayu tapi ...
mysara Post at 23-8-2010 22:29


aku setuju,,kalo ikutkan bazar ramadan pun blh jadi haram..gerai tepi jalan pun blh jadi haram sebab kotor& x tahu penyediaan mcm mana..

aku amik definisi halal dari beberapa petikan artikel.,,

Islam mempunyai piawaian atau standard tersendiri iaitu 'halalan thoyiban' (halal, baik dan selamat) dalam soal makanan dan pemakanan.Perkara ini banyak ditekankan melalui firman-firman Allah SWT serta hadis Rasulullah SAW.
Antara firman Allah SWT ialah dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna 'dibenarkan' atau 'dibolehkan' oleh hukum Syarak.

Konsep Halalan Thoyiban juga bukan hanya terbatas kepada bersih dan suci daripada babi atau najis tetapi juga mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan.

Antaranya halal dalam cara memperolehnya yang tidak melalui cara haram seperti mencuri, merompak atau rasuah dan piawaian ketat Islam ini juga mencakupi cara pemprosesan serta penyimpanan. Bermula dari ladang sampai ke meja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 11:06 PM | Show all posts
yang bangi golf tu .....takkan nama dia bangi  ..? no.15 tuu/

saloma bistro ohh ok diragui yer ta ...
mbhcsf Post at 23-8-2010 22:56



    mmg nama dia camtu nak letak nombor pun x tahu...datang ajer golf resort bangi tu...tu laa dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:08 PM | Show all posts
mamak de mall kuantan di ragui tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:28 PM | Show all posts
kan ..aku heran betul kat depa yg leh melahap gile2 time berbukak ..
transkripsi Post at 23-8-2010 21:33


Kalau orang belanja.. u nak g tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:38 PM | Show all posts
good info..jom pakat2 hebah kat yang belum tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.078263 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list