CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2511|Reply: 22

[Jenayah] Edisi Amanah yg Tak Amanah : Makap harga Waterjet

[Copy link]
Post time 24-12-2021 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Waterjet harga kayangan RM1,000 seunit

PEMUDA parti Amanah yang meminta sumbangan RM1,000 untuk membeli waterjet bagi kegunaan membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir mengundang pandangan yang skeptikal.



Ada dalam kalangan netizen mempersoalkan mengapakah harga waterjet mencecah RM1,000 sedangkan di kedai-kedai, dakwa mereka, harganya tidaklah sampai mencecah angka tersebut.



“Waterjet jenis apa yang dia nak beli ni? Saya pun ada waterjet yang berjenama dan berkualiti di rumah dan harganya hanya RM300-RM400 sahaja. Sudah banyak kali saya guna dan sampai sekarang boleh dipakai,” kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Katanya lagi, “kepada Pemuda Amanah, nak minta sumbangan, boleh. Jika niat itu baik, perlu juga urus supaya tiada ketirisan atau pesepsi ketirisan dalam sumbangan ini.”

Beliau berkata, meskipun niat membantu mangsa banjir adalah langkah terpuji namun ia perlulah dilakukan dengan ikhlas tanpa mempunyai agenda mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain demi kepentingan peribadi.

Terdahulu Pemuda Amanah menerusi poster memaklumkan, hasrat mereka mensasarkan pembelian 65 unit waterjet berharga RM1,000 setiap satu. – SMTerdahulu Pemuda Amanah menerusi poster memaklumkan, hasrat mereka mensasarkan pembelian 65 unit waterjet berharga RM1,000 setiap satu. – SM



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2021 11:32 AM | Show all posts
Pemuda Amanah pertahan water jet RM1,000
NORAFIZA JAAFAR | | 23 Disember 2021


Pembelian water jet RM1,000 seunit dipersoalkan oleh segelintir pihak di media sosial. (Gambar kecil: Mohd Hasbie)
A
A
KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempertahankan usaha mereka mengumpul dana untuk membeli penyembur air atau 'water jet' bernilai RM1,000 seunit.

Ketuanya, Mohd Hasbie Muda berkata, pihaknya terbuka menerima kritikan segelintir pihak yang beranggapan nilai seunit water jet itu dianggap mahal sedangkan peralatan itu boleh didapati dengan harga serendah RM200.


Menurut beliau, pihaknya mengarahkan Jawatankuasa Khas Bantuan Banjir untuk membeli peralatan berkualiti dan tahan lasak bersesuaian dengan kuantiti rumah yang perlu dibersihkan.

"Bagus ramai bincang pasal water jet yang Pemuda Amanah hendak beli. Sekurang-kurangnya ramai mulai sedar dan faham beza antara water jet harga RM200 dengan RM1,000 ke atas.

"Bagi yang biasa dengan dengan kerja-kerja pembersihan pasca banjir, mereka mudah faham. Kalau guna water jet RM200 baru guna sekejap sudah panas, selepas sejam perlu sejukkan dulu. Kita bukan cuci hanya satu rumah sahaja, kita gunakan peralatan itu secara berterusan dari pagi hingga malam," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Isu kutipan sumbangan bagi pembelian water jet bernilai RM1,000 yang dikongsikan Facebook Pemuda Amanah Nasional pada Rabu mula ditularkan di media sosial.

Ia susulan harga tersebut dikatakan mahal dan kutipan tersebut meragukan.

Mohd Hasbie berkata, bagi mereka yang ragu-ragu dengan usaha tersebut dialu-alukan menyumbang terus peralatan untuk kegunaan pembersihan pasca banjir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2021 12:17 PM | Show all posts
mejaputih replied at 24-12-2021 12:05 PM
maybe dia nk beli yg ini kot
https://shopee.com.my/Bosch-Aquatak-140-High-Pressure-Cleaner-AQUATAK14 ...

Tgk kat fb mana ntah dah ada update resit pembelian, dorg beli yg heavy duty petrol punya harga rm750 seunit
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:21 PM | Show all posts
Bagi aku ok je kot.. Memang ada yg lagi murah, tapi utk heavy duty ni consider ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:21 PM | Show all posts
axl_bach replied at 24-12-2021 12:17 PM
Tgk kat fb mana ntah dah ada update resit pembelian, dorg beli yg heavy duty petrol punya harga rm ...

harap dimanafaatkan lah ..duit selebih tu boleh buat beli petrol utk isi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau water bawah 300 ni. Pakai sejam dah panas. Silap haribulan ada yang meletop.diorg mungkin nak beli yang jenis pakai petrol. Lagipun ada tempat bekalan elektrik masih terputus .
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kegunaan jugak. Kalo water jet stock bersihkan rumah, cukup je yg rege 200-300. Kalo utk bersihkan jln raya, pump kawasan yg masih bertakung so kene la yg heavy duty.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Woi bodoh..kau nak pakai water jet rm 200 kau ingat nk cuci kereta alphard menteri ke? Kau ingat tempat banjir tu ada letrik? Kena pakai yg pakai petrol lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kritik pun dari parti bapak segala markup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2021 12:34 PM | Show all posts
Tgk kat medsos bleh tahan rancak ramai membahan isu waterjet RM1000 nih,hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk mark up tiru cara umno..satu waterjet rm10k
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 12:59 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 24-12-2021 12:36 PM
Kalau nk mark up tiru cara umno..satu waterjet rm10k

Ni baru betul.. Baru pakai dah terbakar konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Heavy-duty buh petrol mmg Tu le lebih kurang harga dia..kalau Beli murah elektrik takdak tak guna nak water jet..nak cuci banjir bukan air biasa biasa..ngan selut lagi ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 01:31 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 24-12-2021 12:36 PM
Kalau nk mark up tiru cara umno..satu waterjet rm10k

yer...baru org tak pertikaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli waterjet yg petrol/diesel power lah.. Beli hat murah pakai letrik celah mana nak cucuk kalau letrik pun takdak? Celah jubo ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya Isham Jalil UMNGOK bangang... 200 tu harga low kualiti punya barang la. Nak basuh rumah banjir kena pakai yang heavy duty punya kualiti. Bebal punya UMNGOK...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
agak2 la nak suruh beli rega 200, takat nak basuh bekas ko tercirit boleh la macai  dan walaun hoii. kotoran yg tak degil + guna kejap. letrik lagi tatau nak sambung katne? pemuda amanah pon dah tunjuk total dana terkumpul + resit pembelian. last2 viral dan mungkin dapat lagi cepat dan banyak sumbangan thanks to pitenah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:11 PM | Show all posts
Benda murah ada kenapa nak beli yang mahal?

*Logik ni selalu dipakai oleh pembangkang kalau melibatkan projek mega kerajaan BN dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorg nak beli pump yg pakai injin kan?  Bukan yg pakai letrik tu... Mana nak cari karen kat kawasan banjir... Letrik dah kena cut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.080568 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list