CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1425|Reply: 24

[Politik] PAS sambut baik penjelasan Azam Baki isu saham

[Copy link]
Post time 7-1-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode
PAS sambut baik penjelasan Azam Baki isu saham
Diterbitkan:  Jan 7, 2022 9:00 AM



PAS menyambut baik penjelasan terbuka Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengenai dakwaan pemilikan sahamnya dalam beberapa syarikat.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegaskan tuduhan terhadap Azam merupakan cubaan "untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob."

"Kenyataan terbuka ketua pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan di kalangan rakyat...

"Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu.

"PAS yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang," katanya pada kenyataan lewat malam tadi.

Ini selepas Pemuda PAS menyarankan agar Azam direhatkan ekoran dakwaan pemilikan sahamnya itu, sehingga siasatan selesai.



Semalam, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata meskipun dia menghormati Azam, namun pegawai tertinggi SPRM itu wajar memberi laluan kepada siasatan untuk membersihkan namanya.

Fadhli turut menyarankan semua pihak yang terlibat, termasuk pegawai tertinggi SPRM direhatkan sehingga siasatan selesai bagi “memastikan ketelusan dalam siasatan, serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang”.

Azam dilanda kontroversi hebat berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015. Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam adalah pengarah bahagian siasatan SPRM.

Ia mengundang gesaan agar siasatan dilakukan berhubung hal itu dan Azam direhatkan daripada jawatan ketua tertinggi agensi pencegahan rasuah negara.

Ekoran itu, Azam dalam satu sidang media kelmarin berkata yang dia memaklumkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun perdagangan miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham tersebut.

Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir Baki.

Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang yang turut hadir, berkata LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memaklumkan pihaknya akan menghubungi Azam selepas dia mengaku adiknya telah menggunakan nama akaun dagangannya untuk membeli saham.

Azam berkata dia akan memberi kerjasama penuh kepada SC.

Ketua pesuruhjaya SPRM juga telah memulakan tindakan undang-undang atas fitnah terhadap pemberi maklumat yang mendedahkan pegangan sahamnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas, pis, pus.. what to expect.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ehh babinye, yg rasuah korup2 semue dia nak ptahankan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 dah duduk sekandang,semua jadi suci.kalau dulu...abis semua minta siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS ni tak usah la masuk campur. Biar je la siasatan dibuat. Alasan adik pinjam nama tu tak logic langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 01:54 PM | Show all posts
Kan dh cakap. sapa sokong PAS otak lembu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2022 02:22 PM | Show all posts
pass dalil mana nak gak dengar dalil,, boleh ride sampai hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul gila la pas nih, ini soal integriti bkn mcm diorg sblm jd gomen ruu 355 bagai nk rak, dh jd gomen sapa tnya 355 dituduh bisikan syaitooon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah terpalit skandal..klu ikut jepun..terus letak jawatan walaupun blm tentu bersalah...yg ni xde ke rasa malu dlm diri..dah lah kau tu muslim....buat malu agama je..klu ada sekelumit rasa amanah sila letak jawatan dan bg perbicaraan yg telus  klu terbukti x bersalah..nama baik akan dibersihkan unless ada unsur2 khianat dan tutup pula vvip yg lebih atas knowing msia yg sgt corrupt ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 02:33 PM | Show all posts
aku harap pelingkup la PASPISPUS ni kat Kelantan nanti. tak taulah kawe nak cakap gapo kalau sek sek kito pakat pangkoh PAS lagi ... nate beruk
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 02:33 PM | Show all posts
isle...isleeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 03:20 PM | Show all posts
tak biiirrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 03:43 PM | Show all posts
mangkuk tak boleh diberi mulut untuk berbicara
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 04:00 PM | Show all posts
perasuah meti la geng dgn perasuah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 04:03 PM | Show all posts
pas ni mmg bodo ek
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Redhoooo!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 05:09 PM | Show all posts
Bak kata perpatah omputih birds of a feather flock together
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya ko pas...betul la kata ketua pemuda tu, tp yg atas2 ni punyalag nk jaga jawatan masing2 dlm gomen trus jadi munafik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 05:20 PM | Show all posts
jangan la angkat PAS jadi kerajaan, mcm parti DAP juga...dua2 bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt sek2 pas ni x reti nak tadbir negara. Igt tadbir negara ni serupa tadbir negeri ke. Malaysia dah jadi negara pariah .pasal rasuah dan integriti ni sekmung buat main2 jah. Baso Gilo..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.072982 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list