Tangkap layar aksi wanita Rohingya yang bertindak mengetuk pintu rumah orang awam untuk meminta sedekah.
PETALING JAYA – Kisah kanak-kanak dipercayai keturunan Rohingya yang bertindak kasar ke atas pengguna jalan raya semasa meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat baru-baru ini telah mengundang kemarahan orang ramai.
Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan dua orang wanita yang juga warga Rohingya bertindak melampau dengan memasuki kawasan rumah awam sesuka hati dan mengetuk pintu rumah untuk meminta sedekah.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, @idaleesa, dia yang berjaya merakam aksi wanita itu yang menunggu di depan pintu rumahnya telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan golongan tersebut.
“Ada dua orang yang datang, seorang terlindung di sebalik baju yang tergantung.
“Kejadian berlaku di Batu Buruk, Terengganu. Rumah tiada pagar dan hanya tepi jalan, pintu rumah orang luar tidak nampak kita di dalam,” katanya.
Sementara itu, pelbagai reaksi turut diberikan di ruangan komen oleh pengguna yang lain.
“Semakin berani mereka, ini disebabkan kita beri sangat muka kepada mereka tinggal di Malaysia,” kata Wan Hamizah.
“Kalau saya, terus hubungi pihak polis dan ikut jejak mereka kemana, geram betul saya dengan golongan ini,” kata Miss Aen.
“Sebelum ini pun berlaku di rumah saya, nasib pintu pagar tutup, tiba-tiba saya jumpa dekat simpang naik van ramai-ramai,” kata Miss Zorra Torra. – K! ONLINE
Ini yang dikatakan strategic thinking... improve, improve, improve... jangan tunggu orang bagi, kena pergi mintak. Kalaulah menteri2 berfikiran forward thinking macamni.. tapi apakan daya, pengemis rohingya lagi pandai...
Post time 7-1-2022 06:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni ot sket cuma nak citer ada tahun iols pegi open house umah sedara, terjumpah ngan achik rohingya ada sekali makan kat meja
Dengan tak semena2 menjadi gosip weols anak beranak pasal tetiber muncul makan pastu blah camtu jeh
Post time 10-1-2022 09:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by nw111 at 10-1-2022 09:02 AM
Kwn aku ada duduk kt area batu buruk ni..rmh banglo besar2 semua kt situ...dia cerita dulu masa awal thn 2000, time raya je penuh org susah dtg kat area tu nk mintak sedekah duit raya...mmg setiap rumah depa pegi beramai2...ni bkn bdk2 kecik yg jln nk kutip duit raya ye ...semua dewasa...skrg ni rohingya pulak dh take over tak kira masa...