CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1146|Reply: 8

[Tempatan] Pembunuh Imam Fadi berjaya ditangkap, identiti sebenar belum pasti

  [Copy link]
Post time 9-1-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Nadir memaklumkan perkembangan terkini mengenai suspek utama kes pembunuhan Imam Fadi berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza menerusi hantaran di Facebooknya pagi tadi.

Pembunuh Imam Fadi berjaya ditangkap, identiti sebenar belum pasti

PETALING JAYA – Lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 dikatakan telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook pagi ini.

“Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan.

“Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap,” katanya.

Tambah Nadir, suspek tersebut memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki yang lain di Kuala Lumpur ketika itu.

Terdahulu, Allahyarham Fadi maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan di badan dan kepala mangsa pada 21 April 2018 sekitar pukul 6 pagi.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh dan pembunuhan pensyarah warga Palestin itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... ebenar-belum-pasti/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Fadhli fadhlo, Fadhli makan telur
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:08 PM | Show all posts
macam mana boleh lepas sampai ke Gaza. Pembunuhan di Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:51 AM | Show all posts
Alhamdulillah...mintak2 depa tgk pembunuh sebenar....klu pembunuh tu perisik mossad x kn die sng2mengaku....perisik sanggup mati drp dedahkan siapa dalangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:07 AM | Show all posts
nampaknya, mesti sek-sek sana gak tapi perisik mossad.

dah complete mission, balik semula ke palestin dgn misi terbaru. Tapi dalam duk undercover, pi contact handler terkantoi dgn hamas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadi tgk kt fb Nadir, ayah Imam Fadi tuntut qisas..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 12:17 PM | Show all posts
kalau di malaysia, agen mossad adalah bangsa melayu...lelaki dan wanita..so hati2 dgn agen2 mossad ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 10-1-2022 12:17 PM
kalau di malaysia, agen mossad adalah bangsa melayu...lelaki dan wanita..so hati2 dgn agen2 mossad n ...

melayu dh lama rancang
agen mossad je yg lalai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.084747 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list