Tujuh maut, serpihan batu besar timpa bot pelancong di Brazil
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 09 Januari 2022
Detik cemas ketika runtuhan batu besar itu menimpa tiga bot pelancong di Tasik Furnas, Minas Gerais di Brazil pada Sabtu. - Foto: Agensi
BRASILIA - [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya tujuh terkorban manakala tiga dilaporkan hilang selepas runtuhan cenuram menimpa tiga buah bot yang membawa pelancong di sebuah tasik di Brazil, menurut pihak berkuasa pada Sabtu.
Susulan insiden itu, pasukan penyelamat termasuk skuad penyelam dan anggota tentera laut telah dikerahkan ke Tasik Furnas di negeri Minas Gerais untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Jurucakap bomba, Pedro Aihara memaklumkan kira-kira 32 mangsa turut cedera termasuk sembilan yang perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Rakaman video yang kini menjadi tular di media sosial menunjukkan detik cemas ketika serpihan batu besar itu runtuh secara tiba-tiba di tasik yang terbentuk daripada empangan hidroelektrik dan menjadi antara lokasi popular pelancongan di Brazil kerana keindahan air terjun di kawasan tersebut.
Presiden Jair Bolsonaro turut menghantar ciapan semula beberapa rakaman video tersebut menerusi akaun miliknya di Twitter dan mengesahkan tentera laut bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu operasi SAR dan memindahkan mangsa yang cedera. - AFP
Post time 9-1-2022 07:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ruhanizza at 9-1-2022 07:32 PM
Ada nampak komen kat youtube. Ada orang dah bagi warning suruh bot tu beredar sbb nampak batu 2 kecil dah jatuh tp kapten bot buat bodoh jah.
https://youtu.be/2hc5NpkeDfc
Post time 9-1-2022 08:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seram tengok bideo nya antara sebab iols takut nak naik bot lalu kat gua batu gini seram
Memikirkan kat bawah tu ade makhluk apa pastu mikirkan batu tu jatuh hempak ke apa.
Post time 10-1-2022 07:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
BartholomewKuma replied at 10-1-2022 07:08 AM
Tuuuu dia baq hang. Awatla buleh runtoh tiba2 ? Skeri weiihhh
Tanah batu tu jadi lembut sebab hujan turun beberapa hari sebelum tu x silap yg depa sebut...ada video awal kejadian kat situ penuh bot pelancong, ada beberapa runtuhan kecil di bahagian bawah sebelum batu besar tu runtuh...