CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Tempatan] Banjir: 1,879 unit rumah perlu dibaik pulih

  [Copy link]
Post time 10-1-2022 09:09 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan banjir di sekitar daerah Segamat, Johor.

Banjir: 1,879 unit rumah perlu dibaik pulih

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengenal pasti sejumlah 1,879 unit rumah untuk dibaik pulih di kawasan yang dilanda bencana banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sejumlah 165 buah rumah mangsa banjir pula dikenal pasti mengalami kerosakan teruk dan perlu dibina baharu.

“Bagi pembinaan baharu rumah jelas Mahdzir, tempoh masa yang diambil adalah antara tiga hingga empat bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

“KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan sejak Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri sidang akhbar bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di sini.

Pada masa sama, Mahdzir berkata, pembaikan empat buah rumah lagi dilaksanakan di daerah Mentakab dan Temerloh, di Pahang.

Menurut beliau, kerja-kerja baik pulih dan pembinaan baharu kediaman di luar bandar itu melibatkan peruntukan RM50 juta daripada kementeriannya.

Katanya, KPLB telah memperolehi data awal daripada peringkat daerah serta Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi membaik pulih dan bina baharu kediaman mangsa. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... perlu-dibaik-pulih/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060148 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list