CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 554|Reply: 6

Lee Chong Wei Sanjung Tinggi Ismail Sabri

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Muat naik terkini bekas jaguh sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di Instagramnya menarik perhatian orang ramai terutama peminat atlet itu sendiri.


Chong Wei berkongsi momen kekalahannya di Olimpik Beijing pada tahun 2008 di tangan pemain dari China, Lin Dan membuatkan bekas jaguh sukan negara pada waktu itu mempersoalkan kebolehan dirinya sendiri kerana mengalami kekalahan yang teruk.


Foto: IG




Bekas atlet ini juga mendedahkan waktu itu, dirinya menerima panggilan dari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang waktu itu adalah Menteri Sukan Negara. Menurut Chong Wei pesanan serta dorongan diucapkan Ismail waktu itu menaikkan semangat dirinya.


“Ramai tanya bagaimana Chong Wei dapat tahan menghadapi bertubi-tubi kekalahan di pentas akhir temasya dunia. Jawapan mutlak Chong Wei, “Dorongan segala lapisan masyarakat.”


Di Olimpik 2008 Beijing, di tanah Lin Dan.. Final. Saya kalah teruk 21-8, 21-12. Pernah masa tu disoal sendiri. “Mungkinlah ini nasib gua.” “Mampukah Chong Wei terus berbakti kepada Malaysia?”


  



“Namun apabila panji dinaikkan semasa sesi pemberian pingat, Chong Wei merenung Jalur Gemilang yang sekadar menemani bendera China. “Biar saya cuba. Selagi mampu, Chong Wei akan terus cuba.. Cuba untuk menaikkan bendera Malaysia satu tahap atas lagi” ulasan dalaman Chong Wei saat tu.


Sekembali ke dressing room, selepas berbual ngan keluarga tersayang. Coach menghulurkan handsetnya “Chong Wei, ambil call ni.”


“Thank you Chong Wei. Jangan putus asa. Seluruh Malaysia berterima kasih atas pengorbananmu dan don’t give up”. Ia panggilan dan pesanan daripada Menteri Sukan masa tu, Datuk Seri Ismail Sabri. Dorongan sebegitu amatlah penting kepada atlet-atlet Malaysia," tulisnya


Dalam perkongsian itu, Chong Wei juga menitipkan ucapan istimewa buat Perdana Menteri yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62 semalam dengan pesanan yang bermakna.


  



“Hari ini, Chong Wei ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Datuk Seri @ismailsabri60 . Happy Birthday, Datuk Seri Ismail Sabri.


Anda merupakan seorang leader yang amat disanjungi Chong Wei. Semoga Malaysia akan kembali maju, padu dan masyuk atas kepimpinan anda,” tulisnya lagi


Melihat ucapan bekas atlet negara itu, Perdana Menteri dan menantunya Datuk Jovian Mandagie memberi ucapan di ruangan komen posting tersebut.


“Thank you very much brother,” komen Perdana Menteri.


“Very good brother Chong Wei,” komen Jovian. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 02:14 PM | Show all posts
Jadi kami kene buat apa skrg nih?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 20-1-2022 02:14 PM
Jadi kami kene buat apa skrg nih?

Puja semail
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasai kalo sapot mulayu manyak huntong woo...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sekali derma pun RM100k..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:03 AM | Show all posts
Si Apek ni da comfort zone...
Network dia da lain maa..
Takkan nak hentam orang besor tu semua kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 07:52 AM | Show all posts
Massyyuuukk.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059039 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list