View: 848|Reply: 8
|
[Tempatan]
Padah potong barisan, 45 pemandu disaman
[Copy link]
|
|
Anggota polis trafik mengeluarkan saman ke atas pemandu yang memotong barisan dalam operasi di Kilometer 0.1 Lebuh Raya EDL-Susur Jalan Stulang Darat, Johor Bahru hari ini.
Padah potong barisan, 45 pemandu disaman
JOHOR BAHRU – Seramai 45 pemandu terima pengajaran apabila dikenakan tindakan saman setelah melakukan kesalahan memotong secara bahaya di Kilomater 0.1 Lebuh Raya EDL – Susur Jalan Stulang Darat, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, operasi yang dijalankan bermula pukul 7.30 hingga 9 pagi, sebanyak 45 saman POL.257 telah dikeluarkan di bawah Kaedah 6(1) LN 166/59.
Katanya, operasi dijalankan susulan aduan awam berkaitan sikap sesetengah pemandu yang tidak sabar dan terlalu mementingkan diri apabila melakukan kesalahan memotong barisan terutamanya pada waktu puncak.
“Operasi yang dijalankan awal pagi tadi untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya dalam memastikan kesalahan ini dapat dibendung dan dikawal supaya tidak berlarutan.
“Dalam operasi yang dijalankan itu, seramai 45 pemandu dikesan memandu secara berbahaya dan menjejaskan aliran trafik serta menyusahkan orang lain. Kesemua mereka dikenakan tindakan saman,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... 45-pemandu-disaman/
|
|
|
|
|
|
|
|
jenis mcm diorg la yg menyebabkan org yg ikut lorong kebenaran akan jadi lebih lambat, |
|
|
|
|
|
|
|
diharapakan ramai lagi yg menyumbang kpd dana pdrm |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali sakau 45 ekor teroih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni nak tiru Fast & Furious la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka..deme ingt kita beratur kt susur tu selama setengah jam sebab hobi ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi buat operasi kat bulatan batu caves dari arah selayang. Sebab bangang2 yg nak potong Q, habis kereta yg nak terus ke jalan kuching jadi jem. |
|
|
|
|
|
|
| |
|