CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 11

[Dunia] Pelancongan dunia jangka pulih tahun 2024

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode

SEKTOR pelancongan dunia dijangka pulih sepenuhnya menjelang tahun 2024. - Shuttershock

Pelancongan dunia jangka pulih tahun 2024

MADRID, Sepanyol – Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) memberitahu jadual pelancongan dunia dijangka tidak akan kembali seperti sebelum ketibaan panemik Covid-19 sehingga tahun 2024.

Sebahagian besar situasi itu dipengaruhi oleh penularan varian Omicron yang dianggap bergejala ringan namun mengganggu fasa pemulihan awal 2022.

Menurut Barometer Pelancongan Dunia kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Madrid,berlaku pertumbuhan sebanyak empat peratus pada tahun lalu berbanding 2020

Hasil pelancongan pada 2020 turun sehingga 72 peratus berbanding tahun sebelumnya selepas pintu sempadan dunia akibat Covid-19.

“Kadar pemulihan kekal perlahan dan tidak sekata di seluruh wilayah dunia disebabkan oleh pelbagai peringkat sekatan mobiliti, kadar vaksinasi dan keyakinan pengembara,” kata UNWTO dalam satu kenyataan akhbar.

Negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan ketibaan pelancong asing masing-masing melonjak sebanyak 19 peratus dan 17 peratus pada tahun lepas berbanding 2020.

Bagaimanapun, situasi di Timur Tengah menunjukkan ketibaan merosot sebanyak 24 peratus pada 2021 manakala di rantau Asia-Pasifik merudum 65 peratus di bawah paras 2020 dan 94 peratus turun pada tahap pra-pandemi.

Tambah kenyataan itu, pakar sektor pelancongan melihat prospek yang lebih baik untuk tahun ini selepas pergolakan pada bulan-bulan awal kerana gelombang Omicron.

UNWTO meramalkan peningkatan 30 hingga 78 peratus dalam ketibaan antarabangsa tahun ini berbanding 2021.

Kebanyakan pakar mengatakan mereka tidak meletakkan harapan bahawa situasi akan kembali ke tahap pra-pandemik sehingga sekurang-kurangnya 2024. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... a-pulih-tahun-2024/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 02:39 PM | Show all posts
so lambat lg la nak repeat redang
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:24 PM | Show all posts
ye ye masa tu semua org melancong xde arah tuju...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:29 PM | Show all posts
Untunglah sape2 yg dpt bercuti time pandemik ni...iols hold dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah?  2 tahun lagi baik usah cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dlm malaysiaaa rancak jer diorg bercuti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 21-1-2022 01:24 AM

Yeayyyyyyyy.... nak bercuti nak bercuti nak bercuti nak bercuti

Zaman pandemic weols takde mood pun fly oversea... rasa cam lemas nak bernapas dalam aeroplane... sepanjang masa pakai mask bila kami naik flight tu...  for now iols tak berani bawak anak jenjalan oversea... dalam negara ok lagi

Even kena buat pcr banyak2 kali ... tetaplah weols pack salixium self test  kit berkotak2 masuk dlm luggage... well at least peace of mind la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 21-1-2022 12:33 AM
Tapi dlm malaysiaaa rancak jer diorg bercuti

Sometimes i rasa cam berpeluh2 and sesak dada bila nampak crowd... so terus skipped gi tpt lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Puiiii masa 2020 ckp 2022. Udah2 la tu. Anggap je la endemik hidup terbang mcm biasa. Nk tggu 2024 tu berapa kali naik harga brg agknya kena hadap
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercuti di rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lemas nk kuarantin bagai. Iols klu xde kuarantin tu ok. Bazir cuti je. Tgu xde kuarantin tu bru nk travel
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:55 AM | Show all posts
selagi ada kuarantin ni, tak payah ler.

masa nak balik, sekali sangkut positif kat airport,
hangus duit beribu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071693 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list