CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 6

[Tempatan] AADK layan klien sebagai pesakit, bukan pesalah

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode
AADK layan klien sebagai pesakit, bukan pesalah


Foto ihsan AGENSI

KUALA LUMPUR: Individu atau klien yang menjalani rawatan pemulihan di fasiliti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak dilayan sebagai pesalah, sebaliknya menerima rawatan menyeluruh sebagai pesakit menerusi Model i-Pulih AADK.

AADK dalam kenyataan hari ini berkata agensi itu komited memperluaskan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dual diagnosis membabitkan penyalahgunaan dadah dan kesihatan mental peringkat awal di semua fasiliti AADK termasuk di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara.

Agensi itu turut menyeru semua pihak yang mempunyai masalah penagihan atau penyalahgunaan dadah dan substan untuk merujuk kepada mereka dengan segera.

"AADK sentiasa memberi peluang kepada semua pihak untuk menerima rawatan dan pemulihan supaya dapat kembali dan berfungsi dalam masyarakat.

"Tidak perlu berasa malu dan menyembunyikan permasalahan dadah dalam kalangan ahli keluarga, malah mereka perlu menjadikan bantuan rawatan dan pemulihan dadah AADK sebagai antara kaedah untuk mengeratkan kasih sayang," katanya.

Pada masa sama, masyarakat juga diseru untuk tidak memandang serong terhadap individu yang sedang menjalani proses rawatan dan pemulihan di AADK.

"Sekiranya anda atau orang dikenali terbabit dalam permasalahan dadah, dapatkan bantuan khidmat nasihat daripada Pegawai Pemulihan AADK melalui talian 03-8911 2233 atau 019-626 2233," menurut kenyataan itu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... sakit-bukan-pesalah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Layan macam taik je patutnya....taik dadah kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau kenapa polis tak bole nk trace pengedar dadah sampai ke tauke...agak2 penagih ni beli dadah dari langit kot???
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 20-1-2022 01:48 PM
Tak tau kenapa polis tak bole nk trace pengedar dadah sampai ke tauke...agak2 penagih ni beli dadah  ...

Aku dengor polis pon terlibat..  Laki kawan aku ke dalam teroih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 20-1-2022 01:48 PM
Tak tau kenapa polis tak bole nk trace pengedar dadah sampai ke tauke...agak2 penagih ni beli dadah  ...

Suma suda kawtim masuk dalam poket ma. Haiya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli aku nak kerja dengan AADK ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-1-2022 10:30 PM
Suma suda kawtim masuk dalam poket ma. Haiya.

Itulah Sistur, haritu bila tentera ambil alih jaga sempadan dalam Op Benteng, elok je dapat rampas dadah berjuta2. Kalau polis, mesti nak buat intipan berbulan2, jadahnya punya lamaaa...

Kadang i terpikir gak, tak mungkin Parti Komunis Malaya (PKM) bole menyerah kalah dengan sikap, mentaliti segelintir anggota polis masa kini yg lebih utamakan wang ringgit. Memang mudahlah PKM menang, hulur betina, hulur duit berkoyan dah cukup rahsia terbocor, bagi perlindungan...

Padan lah pun ada yg terkorban waktu serangan Sulu aritu...anggota sendiri yg cuai / jadi talibarut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.269552 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list