CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 2

Ingat Boleh Lepas Menyorok Dalam Tangki Air?

[Copy link]
Post time 20-1-2022 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan empat lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah samun bersenjatakan parang dicekup polis, kelmarin.


Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bukit Beruang dan Taman Saujana Seksyen 3, Bukit Katil oleh sepasukan polis dari Cawangan (D9) Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.





Gambar Hiasan




Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan keatas kesemua suspek dilakukan selepas pihaknya menerima tiga laporan membabitkan samun bersenjata parang di kawasan Ayer Keroh dan Batu Berendam.


Beliau berkata, suspek dikatakan menyasarkan lelaki warga asing dan juga wanita sehinggakan mereka kerugian wang tunai, telefon bimbit serta dokumen penting.


"Hasil risikan dilakukan kemudian membawa kepada tangkapan empat suspek berusia 32 hingga 43 tahun.


"Ketika tangkapan dijalankan pihak polis terpaksa meminta bantuan pasukan bomba apabila seorang daripada suspek bertindak bersembunyi di dalam tangki air di tingkat empat rumah pangsa," katanya.


Menurut beliau, siasatan dilakukan juga mendapati mereka aktif melakukan jenayah samun sejak awal tahun.








"Semakan lanjut dijalankan juga mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau selain tiga daripada mereka orang dikehendaki.


"Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan turut mendapati suspek positf Methamphetamine," katanya.


Mengulas lanjut, Christopher berkata, dengan tertangkapnya suspek polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun membabitkan kumpulan itu.


"Selain tangkapan keatas suspek polis turut merampas dua kenderaan, dua parang, telefon bimbit serta pakaian.


"Kesemua mereka kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 395/397 akta sama," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Alibaba penyamun menyorok dalam tong minyak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 20-1-2022 10:13 PM
Macam Alibaba penyamun menyorok dalam tong minyak..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057537 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list