CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 2

[Tempatan] Kumpulan 'Tok Dan' tumpas

[Copy link]
Post time 20-1-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan 'Tok Dan' tumpas


Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat (kiri) menunjukkan barang yang dirampas dalam operasi 'Ops Pintu' selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, hari ini. - Foto NSTP


BALING: Polis menumpaskan kumpulan 'Tok Dan' yang aktif mencuri dan pecah rumah di sekitar daerah ini selepas operasi khas 'Ops Pintu' dijalankan sejak 14 sehingga 17 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata kumpulan yang dianggotai sembilan lelaki tempatan berusia 19 hingga 35 tahun itu, berjaya diberkas ketika anggota polis membuat serbuan berkaitan kes berkenaan di beberapa lokasi.

Beliau berkata, semua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methapethamine.

"Semua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau serta aktif melakukan pecah rumah dan bangunan kedai sekitar Kupang dan Baling," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, hari ini.

Shamsudin berkata, pihak polis merampas dua kereta jenis Perodua Viva, sebuah kereta Waja dan motosikal Modenas Kriss yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah.

"Selain itu, beberapa barangan lain turut dirampas, termasuk jam berjenama, telefon bimbit yang dipercayai hasil kegiatan jenayah ," katanya.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya kumpulan 'Tok Dan' polis menyelesaikan 10 kes pecah rumah di daerah ini.

Suspek di reman sehingga 22 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan boleh dipenjara sehingga enam bulan dan tidak lebih lima tahun.

"Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh rumah untuk mencuri," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ulan-tok-dan-tumpas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Dan tok dan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada banyak lagi yang belum tangkap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.115575 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list