CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 4

Pemandu Mabuk Didenda Cuci Rumah Mayat

[Copy link]
Post time 21-1-2022 05:36 AM | Show all posts |Read mode
Pihak berkuasa bandar Kaohsiung, Taiwan dilaporkan mengenakan denda terhadap pemandu mabuk dengan mengarahkan pesalah untuk membersihkan rumah-rumah mayat, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Hukuman tersebut dikenakan bagi membiarkan pesalah mengalami sendiri situasi dekat dengan kematian.




Kredit foto: Oddity Central




Bulan lalu, bandar itu digemparkan dengan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang mengakibatkan seorang lelaki maut dan tiga yang lain cedera.


Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Qimai memaklumkan bahawa mereka yang disabitkan kesalahan sedemikian atau berdepan  penangguhan pendakwaan, perlu didenda melakukan kerja kemasyarakatan di rumah-rumah pengebumian tempatan.




Kredit foto: Oddity Central




Beberapa hari lalu, kumpulan pertama seramai 11 pemandu mabuk diarahkan menjalani hukuman tersebut di Pejabat Pengurusan Pengebumian Bandar Kaohsiung.


Mereka diarahkan membersihkan bilik mayat, peti penyejuk mayat dan tempat pembakaran mayat.


Setiausaha Hal Ehwal Awam, Yan Qingzhi berkata, pihaknya dengan tegas melaksanakan inisiatif sifar pemandu mabuk.




Kredit foto: Oddity Central




Pihak berkuasa berharap agar denda sedemikian dapat membantu pesalah untuk berwaspada dengan keselamatan diri sendiri, menghormati nyawa orang lain, tidak  memandu semasa mabuk, meningkatkan keselamatan jalan raya serta menghormati hak serta kepentingan pengguna jalan raya lain.


Selepas empat jam menerima hukuman, pesalah tersebut menyatakan kekesalan atas kesalahan yang dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 07:28 AM | Show all posts
Lagi bagus klu depa bantu uruskan org mati yg kene langgar pemandu mabuk sampai ditanam atau dibakar. Klu tak insaf lg tak taulah. Smlm staf iols motor die melambung kene langgar dengan pemandu mabuk di siang hari. nasiblah die ms tu tgh berteduh kat perhentian bas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:31 AM | Show all posts
kalau kat Malaysia sesuai denda bantu pengurus jenazah mandikan jenazah mangsa kemalangan jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok dilaksanakan hukuman sebegini kat.malaysia...
Jail tak.cukup...
Kasi.khidmat masyarakat.sebegini..
Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:41 AM | Show all posts

Esok2 Nanti

Ade yang menentang kata takot terkene badi mayat le hape..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.134802 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list