CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 3

Tak Pernah Dapatkan Rawatan Di Taiping, Tiba-tiba Tular Resit RM6,170.64

[Copy link]
Post time 21-1-2022 05:46 AM | Show all posts |Read mode
Hospital Taiping menafikan pihaknya mengeluarkan resit bayaran berjumlah RM6,170.64 untuk kos rawatan kanak-kanak yang mengalami ketumbuhan pada otak di hospital itu seperti yang tular di laman sosial.


Pengarah Hospital Taiping, Dr Narimah Yusof berkata, siasatan mendapati resit bayaran dalam hantaran di media sosial itu adalah palsu.




Kredit foto: Al-Hijrah




Menurutnya, resit bayaran itu tidak dikeluarkan daripada mana-mana pihak di Hospital Taiping.


“Siasatan juga mendapati penama dan maklumat pada nombor resit yang tertera dalam resit itu tidak sahih.


“Malah pesakit berkenaan tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di mana-mana jabatan atau klinik di bawah Hospital Taiping.


“Sehubungan itu, pihak hospital menafikan kesahihan resit tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.




Kredit foto: Utusan




Menurutnya, pihak hospital mengecam tindakan individu atau pihak yang mengguna pakai nama institusi kesihatan dan maklumat palsu untuk kepentingan peribadi.


“Pihak pengurusan Hospital Taiping mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dalam tempoh pandemik,” katanya.








Terdahulu, tular dalam media sosial satu hantaran yang memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk menjelaskan kos rawatan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa mengalami ketumbuhan otak yang mendapat rawatan di Hospital Taiping.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 07:25 AM | Show all posts
Aiyoooo...scammer ke ni? macam2 taktik ek?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:17 AM | Show all posts
nampak lain beno bil hospital ni pun. setakat iols berurusan di hospital kerajaan, tak pernah lagi dapat bil with layout begitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:19 AM | Show all posts

Ai Senangnye Nafi

Lenkali kalo dok sepital jangan lupe wat live video sebagai bukti..  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058211 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list