CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Dunia] Kes Omicron naik sekali ganda di Singapura

[Copy link]
Post time 21-1-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Kes Omicron naik sekali ganda di Singapura


Gambar hiasan. - Foto REUTERS

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan mencecah 2.17 semalam berbanding 1.96 kelmarin termasuk 1,001 kes baru varian Omicron.

Ini adalah kali pertama kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Singapura meningkat melepasi angka 2 sejak 19 September 2021.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan itu merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Angka melebihi 1 menunjukkan jumlah kes COVID-19 baru secara mingguan kian meningkat.

Terdapat 1,001 kes baru membabitkan varian Omicron semalam, berkurangan daripada 1,185 kes sehari sebelumnya, jelas MOH.
Dalam kalangan kes itu, 952 kes adalah jangkitan tempatan manakala 49 lagi kes import.

secara keseluruhan, terdapat 1,472 kes baru dilaporkan dengan 1,133 kes tempatan dan 339 kes import, berkurangan daripada 1,615 kes pada Rabu lalu dan terdapat satu kes kematian berpunca daripada komplikasi COVID-19.

Terdapat 306 pesakit di hospital dengan 16 daripadanya memerlukan sokongan oksigen dan 14 pula dalam Unit Jagaan Rapi (ICU).

Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah menjalani vaksinasi lengkap manakala 54 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan dos penggalak.

Sehingga semalam, Singapura melaporkan sejumlah 297,549 kes coronavirus dengan 845 kematian. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... -ganda-di-singapura


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list