CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5151|Reply: 2

Gambar ‘melekat’ di telefon walau dah padam

[Copy link]
Post time 28-6-2022 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Angkara nombor ekor, operator kilang gila selepas seru pocong! Gambar ‘melekat’ di telefon walau dah padam


Gambar pocong yang berada di dalam telefon Sudin tidak dapat dipadam.

BAGI aku gambar tu!

Begitulah kasarnya suara Sudin ketika meminta gambar pocong yang berjaya dirakam salah seorang operator kilang yang dikenali sebagai pak long.

Menurut Kamal, individu terbabit enggan berkongsikan gambar yang diambilnya kerana mengetahui Sudin akan melakukan perkara kurafat.

Namun akibat diugut, dia akur dengan kehendak Sudin.

"Pak long setuju sebab Sudin nak bocorkan rahsia dia main kayu tiga dengan janda yang bekerja di kantin kilang.

"Bayangkan kalau isteri pak long tahu, boleh kecoh kilang dibuatnya... sebelum ini pernah terjadi, mungkin sebab itu pak long bimbang kalau isterinya tahu," ujar Kamal.

Memulakan cerita tentang Sudin, ujar Kamal, rakan baiknya itu merupakan kaki nombor.

Malah, katanya, ketaksuban Sudin mendapatkan nombor pernah menyebabkan dia ditangkap pihak berkuasa kerana 'bertapa' di jirat Cina.

"Bermalam di lokap selama sehari tidak membuatkannya serik.

"Dia kembali melakukan perkara-perkara lain termasuk berjumpa bomoh nombor demi mencapai hasrat

"Tapi malangnya, dia tidak pernah memenangi hadiah daripada nombor-nombor yang diperoleh tersebut. Itu yang menyebabkan kami hairan dengan ketaksubannya mendapatkan nombor," katanya.

Menurut Kamal, pernah seorang rakan yang alim menasihati Sudin supaya menghentikan kerja kurafat dan bermain nombor, tetapi tidak diendahkannya.

Orang alim itu pula yang ditempelak malah dikatakan berpura-pura dengan pakaian jubah dan serban.

Entah bagaimana, tiba-tiba pak long dapat merakam gambar pocong sedang berdiri di tingkap luar surau kilang.


Sudin sering mendapatkan khidmat bomoh bagi memperoleh nombor ekor.

Kelibatnya jelas kelihatan di samar kegelapan.

"Pada awalnya Sudin tidak mengetahui perkara tersebut, namun apabila ia sering diperkatakan dalam kalangan pekerja kilang... akhirnya berita tersebut sampai ke telinga Sudin.

"Iyalah, orang perempuan cepat berasa takut selepas tahu benda-benda macam tu. Mereka pula bising dan suka menjerit apabila disergah, sebab itu Sudin boleh tahu.

"Sejurus mengetahui perkara tersebut, dia mula mencari pak long. Pada masa itu, pak long ambil cuti yang lama kerana pulang ke kampung, jadi dia tidak berpeluang mendapatkan gambar pocong yang diceritakan," katanya.

Disebabkan rasa tidak sabar, Sudin pernah menghubungi pak long dan meminta gambar yang diimpikan itu.

"Tapi tak pasti apa alasan pak long ketika Sudin minta. Mungkin tidak dapat, wajah Sudin mencuka sepanjang minggu.

"Kegelisahannya itu macam kucing nak beranak, sehinggalah akhirnya bertemu dengan pak long. Walaupun puas dipujuk, pak long tetap berdegil kerana tidak mahu Sudin melakukan perkara kurafat di kilang.

"Berang dengan sikap pak long, Sudin kemudiannya mengugut untuk membocorkan rahsia pak long... disebabkan itu, dia berjaya mendapatkan gambar kelibat pocong berkenaan," ceritanya lanjut.

Tiada siapa dapat menduga tindakan yang akan dilakukan Sudin selepas mendapatkan gambar tersebut.

"Aku sendiri pun tidak tahu dia nak buat.

"Bila ditanya, Sudin hanya sengih dan berlalu pergi," luah Kamal yang kemudiannya mengetahui gerak geri Sudin daripada seorang kenalan di kampungnya.

Menurut Kamal, rakannya itu sering berkunjung ke rumah bomoh di hujung kampung.

Selepas diselidik, rupa-rupanya dia meminta mentera untuk menyeru pocong tersebut bagi mendapatkan nombor.

Kira-kira sebulan selepas ulang-alik bertemu bomoh, Sudin memulakan upacara di surau kilang.


Duit gaji sering dijadikan modal untuk mendapatkan nombor ekor.

"Masa tu aku ternampak dia bawa kain kuning dan bekas kemeyan ke surau. Mungkin sebab pak long sendiri cakap dia nampak kelibat pocong di tingkap surau kilang.

"Sekitar jam 4 pagi, pintu surau dikuncinya... aku cuba mengintai apa yang dilakukan Sudin tapi dia lakukan upacara dalam keadaan gelap sahaja.

"Malas ambil pusing dengan tindakan Sudin, aku terus pulang ke rumah kerana sudah habis syif. Keeseokannya, wajah Sudin kelihatan gembira... mungkin sudah dapat apa yang dihajati tu," jelas Kamal.

Bagaimanapun, dia enggan membuka mulut atau bersembang dengan rakan-rakan lain.

Beberapa hari dia menyepi, malah waktu rehat juga dia bersendirian di kerusi batu berhampiran surau.

"Aku sekali lagi bertanya keadaan dia... tapi hanya menerima senyuman kelat sahaja.

"Jadi, aku biarkan Sudin dengan dunianya beberapa minggu," kata Kamal yang pelik melihat perubahan rakan baiknya itu.

Malah Sudin juga tiba-tiba mengambil cuti kira-kira seminggu.

Padahal dia merupakan anak bujang dan tidak pernah sekali mengambil cuti lebih daripada dua hari walaupun pada hari raya.

Pada suatu hari, Kamal didatangi Sudin yang dalam keadaan tidak terurus.

Wajahnya menjadi gelap seolah-olah sudah beberapa hari tidak mandi dan badannya pula semakin kurus.

Melihatkan keadaan Sudin sedemikian, Kamal mula bertanya apa yang berlaku.

"Tiba-tiba Sudin menangis. Aku cuba tenangkan dia dan minta dia ceritakan dari mula.

"Katanya, gambar pocong yang diambil daripada pak long tidak boleh dipadam daripada telefon bimbitnya.

"Apabila dipadam, gambar itu akan muncul semula. Kata Sudin, ia disebabkan dia menyeru pocong tersebut untuk mendapatkan nombor ekor... memang dapat tapi pocong itu bagaikan tidak mahu melepaskan Sudin pula," cerita Kamal.

Menurut Kamal, keadaan Sudin berterusan beberapa bulan, malah dia juga tidak dapat melakukan kerja dengan baik sehingga diberhentikan.

Pernah juga cuba berubat kampung, namun tiada siapa yang berani membantu Sudin.

Disebabkan peristiwa yang dialami itu, Sudin hidup seperti orang tidak siuman sehingga kini.

Dia juga sering ketakutan dan kadang kala menjerit meminta tolong walaupun di siang hari.

Tambah Kamal, kini rakan baiknya itu dihantar pulang ke utara tanah air dan dijaga oleh ahli keluarganya sendiri.

Sumber:https://www.mstar.com.my/xpose/m ... fon-walau-dah-padam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 04:16 PM | Show all posts
citer best tt, tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 08:16 PM | Show all posts
Sharing citer ok, tapi banyak user fake dah skarang ni kat forum, back to 2100-2102 belum ada mcmni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.325614 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list