CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4653|Reply: 84

[Tempatan] Perodua Axia Serba Baharu tampil dengan desain lebih luas, stabil. 4 varian dengan harga bawah RM50,000

  [Copy link]
Post time 15-2-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Axia Serba Baharu tampil dengan desain lebih luas, stabil. 4 varian dengan harga bawah RM50,000

RUANG lebih luas, stabil dan ciri keselamatan pintar dipertingkatkan.

Demikian gambaran terbaik yang boleh SinarPlus kongsikan terhadap model generasi terbaharu, Perodua Axia Serba Baharu yang dilancarkan semalam.

Selain didatangkan dengan empat varian powertrain iaitu G, X, SE dan AV, model kompak tersebut memberikan lebih penjimatan bahan api hingga 27.4 kilometer perliter dengan sistem Eco Idle.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, seramai 2,900 pelanggan dijangka akan menerima kereta yang dinantikan dalam masa terdekat.

“Sudah menjadi fokus kami untuk memaksimumkan penghantaran kepada para pelanggan dan menukar tempahan Axia generasi terdahulu kepada model Axia Serba Baharu.



“Setakat ini, sebanyak 44,000 tempahan direkodkan dan Perodua dapat menyakinkan 13,600 pelanggan untuk menukar kepada model generasi baharu. Jika digabungkan dengan lebih 6,500 tempahan yang diterima sejak 31 Januari lalu, jumlah tempahan mencecah 20,100 unit,” katanya.

Baca juga Myvi, Axia, Bezza – 3 kenderaan Perodua yang terlaris di Malaysia

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Perodua Axia Serba Baharu di M Resort & Hotel Kuala Lumpur semalam.



Serentak dengan itu, Perodua turut menyasarkan jualan sebanyak 5,700 unit sebulan, sekali gus menjadikannya sasaran pengeluaran tahunan model melebihi 82,000 unit.

Berikut disenaraikan ciri-ciri Perodua Axia Serba Baharu:

i) Dilengkapi ciri keselamatan Advanced Safety Assist, antaranya amaran prapelanggaran, pemantauan titik buta, kawalan pedal dan pancaran lampu tinggi secara automatik.



ii) Trasmisi D-CVT dengan keluaran maksimum 50kW pada 6000 rpm dan maksimum tork 91Nm pada 4400 rpm.
iii) Untuk varian SE, dilengkapi butang penghidup enjin (push-start button) dan kunci tanpa wayar.



iv) Varian AV hadir dengan paparan informasi LCD termasuk kemudahan GPS.

v) Menerima pengiktirafan empat bintang Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara.



vi) Pilihan warna kelabu, merah, perak, putih dan biru.
Perodua Axia Serba Baharu Varian G ditawarkan pada harga RM38,600, varian X (RM40,000), varian SE berharga RM44,000 dan varian AV RM49,500. Harga masing-masing tanpa insurans.



Untuk maklumat lanjut, layari https://www.perodua.com.my/ atau kunjungi 192 cawangan jualan Perodua seluruh negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa desain???
nak jd indon ke?
woahh kereta acik2 nak anto anak sek, p market beli sayur ikan makin advance.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermm apsal makin besarkan plak dah tu dah takde la keta kecik comel
Bila nak kuarkan keta kecik comel mcm kelisa tu, kancil yg halus pun dah takde dh jd axia.
Axia plak makin melebor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2023 04:54 PM | Show all posts
Suchi replied at 15-2-2023 04:45 PM
Ermm apsal makin besarkan plak dah tu dah takde la keta kecik comel
Bila nak kuarkan keta kecik come ...

Kereta makin besar,harga pun makin mahal.Axia baru ni bukan lagi kereta murah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2023 04:55 PM | Show all posts
Perodua bukan jual kereta ‘murah’ semata-mata, tapi hasilkan kereta yang lebih bernilai untuk rakyat – CEO

Harga Perodua Axia D74A 2023 yang lebih tinggi dari model generasi pertama masih menjadi bualan hangat di media-media sosial. Ini kerana Axia merupakan model paling mampu milik yang dihasilkan oleh Perodua dan menjadi ‘harapan’ bagi mereka yang memiliki motosikal untuk bertukar ke mod pengangkutan lebih selesa dan selamat seperti Viva dan juga Kancil sebelum ini.

Namun menurut CEO dan Presiden Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, syarikatnya buat masa sekarang bukanlah pengeluar yang menghasilkan model-model yang ‘murah’ semata-mata tanpa memikirkan spesfikasi untuk pelanggan, tetapi model-model Perodua lebih disifatkan sebagai ‘bernilai’ atau ‘berbaloi’ untuk dimiliki.

Menurutnya, terma yang paling sesuai untuk model-model yang dijual oleh Perodua adalah “kereta dengan kos yang dioptimakan”.

“Maknanya kita cuba untuk memberikan lebih nilai, kita cuba untuk memberikan spesifikasi yang terkini, tetapi pada harga yang berpatutan.

“Apa yang kita nak adalah, kita bukan hanya menyediakan mobiliti (semata-mata). Tapi kita menyediakan mobiliti dengan keselesaan, dengan kesenangan, semua perincian yang diberikan, supaya rata-rata rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi terkini dan juga untuk memenuhi keperluan mobiliti,” kata Zainal dalam sidang media ketika majlis prebiu Perodua Axia 2023 Rabu lalu.

Model generasi baharu Axia ini dijual pada harga bermula RM38,600 untuk varian G, RM40,000 untuk Axia X, RM44,000 untuk Axia SE dan RM49,500 bagi Axia AV. Ia jauh dengan julat harga Axia generasi pertama di mana model facelift 2019 Axia GXtra dengan VSC dijual pada harga RM34,990, manakala varian tertinggi Axia AV dijual pada harga RM43,190.

Walau bagaimanapun ia sesuai dengan spessifikasi yang diberikan kerana Axia D74A diasaskan dari platform terkini Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama seperti tiga dua model terkini Perodua iaitu Ativa dan Alza, malah Toyota Vios generasi baharu juga menggunakan platform modular tesebut.

Platform berkenaan bukan sahaja membolehkan Axia 2023 ini dihasilkan lebih besar dari model generasi sebelumnya, malah turut memberikan pemanduan dan keselesaan lebih baik.

Kesemua varian Axia generasi baharu ini juga menerima kotak gear D-CVT yang sama seperti Ativa, Alza dan Myvi facelift bagi menggantikan kotak gear automatik konvensional 4AT pada model sebelum ini.

engan kotak gear D-CVT dan juga sistem Eco Idle, Axia 2023 kini mencapai penggunaan bahan api serendah 25.3 km/l berbanding 27.4 km/l pada model generasi sebelumnya. Bacaan berkenaan adalah berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC) yang lebih relevan dengan situasi pemanduan tempatan.

Pada Myvi facelift, kotak gear D-CVT ini bukan sahaja memberikan penjimatan bahan api 5% lebih baik berbanding model yang meggunakan kotak gear 4AT, malah pecutan 0-100 km/j adalah 20% lebih pantas. Jadi boleh dijangka Axia 2023 ini juga bakal memberikan prestasi pecutan lebih baik.

https://paultan.org/2023/02/10/perodua-bukan-jual-kereta-murah-semata-mata-tapi-hasilkan-kereta-yang-lebih-bernilai-untuk-rakyat-ceo/

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau jual kat amerika, aku bajet RM5000 jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 05:01 PM | Show all posts
viva axia ni dulu sasaran pada orang kurang mampu nak berkereta bau chemical..
la ni memang hanya yang mampu saja la yang berkereta bau chemical..
eh.. jap.. saga masih lagi mampu milik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dah rupa mcm myvi baru jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dh booking xthu bila dapat
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Keta my husband navara too big for running errands dekat2 and nak parking dlm mall pun leceh.  Myi i lak auto dia tak suka so dia dah booking axia E (MT) in Dec tapi now ckp kuar berita kata lepas raya.  My husband tak tau lagi ni kalau tau mesti meroyan.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 07:15 PM | Show all posts
vespa_oren replied at 15-2-2023 07:05 PM
aku dh booking xthu bila dapat

Skrg ni, yg booking bulan 8 tahun lepas baru giliran dpt kereta. Bulan 8 tu, waktu model lama. Rm35k. Pastu now jadi 40k sbb model baru. Kena tambah hutang lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib rakyat Malaysia. Kereta yang patut jadi kereta mampu milik lama2 jadi makin mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 15-2-2023 07:18 PM
Nasib rakyat Malaysia. Kereta yang patut jadi kereta mampu milik lama2 jadi makin mahal.

My first car kanchil  950, rasanya dalam rm44k for new juga tapi tak de air bag tak de autolock auto window.  Radio je la boleh harap, brand Blaupunkt
  Eh jab ada auto window tapi belah driver je kut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 15-2-2023 07:13 PM
Keta my husband navara too big for running errands dekat2 and nak parking dlm mall pun leceh.  Myi i ...

Axia yang baru ni semua auto dah xde manual lagi dijual. Kalau tgk brochure lah. Xtau lah kalau salah paham. Tapi memang brochure baru tu, semua model Perodua auto je, dah tak ada manual kecuali Bezza.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:46 AM | Show all posts
bestnya kalau ada kereta kecil mcm kancil and kelisa kan
iols suka kete2 kecik mcm tu nk p kerja
senang nk cilok n parking
viva pon best tp sedap lagi kancil

btw lawa la axia ni to bukan kategori mampu bilik dah
skrng nk tunggu kereta especially perodua kemain lama kan
lebih dari 6 bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tggu formula lapiji sotong Axia blh dpt 15k je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 11:50 AM | Show all posts
haih.comel axia... bibah pun asik majuk je skg...

nak ulang alik keje pakai keta somi... besar gabak... debar2 sentiasa..

tapi... bibah da abis byr... hutang takde...

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa aku nak jual axia aku neh.... nak amek porsche
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:54 AM | Show all posts
Atata replied at 16-2-2023 11:42 AM
Axia yang baru ni semua auto dah xde manual lagi dijual. Kalau tgk brochure lah. Xtau lah kalau sa ...

Betul tu, tapi axia E ni akan keluar juga sebab market driving school kata perodua salesman tu. Very basic radio pun tarak.  Dia cakap kalau tak dapat yg lama punya dia kena tunggu 2023 punya.  Haritu tu keluar kat NST cakap akan keluar lepas raya.  Loan dah approved and 10% depo pun kitarang dah letak.  
Manual Perodua 2023 Axia on the way after Raya


PERODUA'S new 2023 Axia is now open for booking and you've probably realised a standard variant is missing from the available line-up.

For those unaware, the Manual transmission (MT) model will only be introduced after Hari Raya sometime at the end April or in May.

Perodua president and chief executive officer Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad said the car will come fitted with some decent features but will only reveal more details during its official unveiling.

He also assures everyone, not only driving schools, can order it if they are interested.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-2-2023 11:54 AM
Betul tu, tapi axia E ni akan keluar juga sebab market driving school kata perodua salesman tu. Ve ...

Oooo ok k ada jugak lah masih manual tu. Tula rasa pelik kenapa langsung takda manual. Ingatkan trend car manufacturer ke apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.219805 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list