CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3506|Reply: 0

Take Note Ibu Hamil, Berpada-Pada Nak Makan Hati Lembu & Organ Lain, Ini Sebabnya!

[Copy link]
Post time 28-3-2023 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Take Note Ibu Hamil, Berpada-Pada Nak Makan Hati Lembu & Organ Lain, Ini Sebabnya!


Penjagaan makanan dalam kalangan ibu hamil perlulah dilakukan dengan teliti. Tambah pula terdapat pelbagai jenis petua pemakanan dan jenis makanan dilarang semasa hamil menjadikan ramai yang keliru sama ada perkara tersebut boleh dipercayai atau tidak. Ini juga termasuk dengan persoalan sama ada organ dalam haiwan boleh dimakan atau tidak semasa hamil?

Ada debat yang mengatakan boleh dan ada juga tidak. Namun, disebabkan ramai yang mengkaji bahawa organ dalaman haiwan seperti hati lembu mempunyai khasiat yang tinggi untuk ibu hamil, maka ramai pula yang sudah mencuba makan organ dalaman ini tanpa kerisauan. Anda nak makan tak?

BANYAK MAKANAN DILARANG SEMASA HAMIL TAPI ORGAN DALAMAN HAIWAN SELAMAT TAK?


Jenis organ dalaman yang selalu dimakan :

Hati : Dipanggil juga sebagai multivitamin semula jadi, hati mempunyai nutrien yang paling tinggi.

Lidah: Ini merupakan salah satu otot badan yang paling popular untuk dimakan.

Jantung : Organ ini merupakan organ yang mempunyai rasa sedap dan ringan.

Otak : Kaya dengan Omega 3 dan fatty acid, bantu untuk menyokong sistem saraf.

Perut: Ada banyak jenis organ dalam perut selalunya dari lembu muda. Rasa agak kenyal.

Ramai yang tertanya-tanya berapa banyak organ dalaman yang boleh dimakan oleh ibu hamil? Jawapannya adalah ia masih selamat untuk dimakan selagi anda makan dalam jumlah yang sedikit sahaja. Amat disarankan untuk diambil tidak lebih dari sekali dalam tempoh seminggu.

Portion yang disarankan hanya dalam 2-3 ketul sahaja organ dalaman tersebut, seperti hati yang mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi. Namun perlu diingatkan juga bahawa segala jenis organ dalaman ini perlulah dimasak dengan elok dahulu sebelum dimakan bagi mengelakkan jangkitan kuman dalam kandungan.

HATI LEMBU ADA NUTRIEN TERTINGGI


Antara khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dari pengambilan organ dalaman secara berkala adalah:

1. Hati lembu merupakan superfood

Pakar ada mengatakan bahawa hati lembu merupakan organ dalam yang mempunyai nutrien tertinggi berbanding organ lain. Oleh itu, hati lembu merupakan salah satu jenis makanan yang memberi banyak manfaat kepada wanita hamil. Ia mengandungi Vitamin B dan B12.

Pengambilan hati lembu juga dikatakan dapat membantu mengelakkan masalah pada kandungan apabila lahir seperti spina bifida (benjolan pada bahagian tulang belakang bayi). Bukan itu sahaja, hati lembu juga bagus untuk kesihatan otak, sistem imunisasi dan mengelakkan anemia.

2. Menjaga kesihatan jantung

Secara purata, organ dalaman haiwan khususnya lembu mempunyai kandungan khasiat yang tinggi seperti iron, magnesium, zinc dan selenium. Malah, kandungan lemak yang sihat berserta Vitamin A, D, E dan K juga terkandung dalam organ-organ ini.

Pengambilan organ dalam makanan dapat membantu menstabilkan tekanan darah dan mengelakkan hipertensi dalam kalangan ibu hamil. Boleh pengsan tu!

Bukan itu sahaja, bila bercakap tentang jantung pastilah khasiat CoQ10 yang paling popular dan organ dalaman haiwan ini mempunyai khasiat tersebut.

*Kalau risau dan tak yakin, makan saja makanan lain okay!

Sumber: ThePreNatalNutritionist, PregnancyFoodChecker
https://siraplimau.com/makanan-dilarang-semasa-hamil/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052877 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list