CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27249|Reply: 284

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditangkap, disyaki bersekedudukan

  [Copy link]
Post time 9-12-2010 06:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 15-12-2010 07:33

Hakim syariah bersekedudukan      
Oleh Idris Musa

               
KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.


   Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

   “Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

   “Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

   Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

   Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

   Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

   Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.  
  
   Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

   “Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.
  
   “Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 06:55 AM | Show all posts
Astaghfirullahalazimmm.... Itu saja yang mampu dikatakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 06:57 AM | Show all posts
Reply 2# KakFie


Bukan calang-calang orang tuh..
ilmu pung tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by kodoklawa at 9-12-2010 07:05

Reply 3# Syd

Ilmu tinggi tapi NAFSU lagi tinggi  dari segala2nya .Jahanam manusia begini:@ memang wajar hukum hudud diwujudkan di msia ..orang yg berpengetahuan tinggi ilmu agama pun berani mempermain-mainkan hukum Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:03 AM | Show all posts
neh laa maksiat x mengenal roper da darjat....kasik hajar neh worang cukop2x...buat malu ajer:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:04 AM | Show all posts
Reply  KakFie


Bukan calang-calang orang tu
ilmu pung tinggi
Syd Post at 9-12-2010 06:57


Itula syd.  Habis tu camno nak menghakimi orang kalau diri sendiri menyimpang dari lunas-lunas syarie.  Selalunya orang-orang beginilah yang diletak di atas.  Pelik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2010 07:20 AM | Show all posts
dari segi denda dan hukuman mungkin dia terlepas...level dia ni KABEL dah besar 'gila babi'.

harap2 ada paper tunjuk gambar dan nama...biar dia dihukum dengan 'kemaluan' seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:24 AM | Show all posts
Ayyokkk...wut hepen?
Bini muda yg undeclare kut??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 07:35 AM | Show all posts
mengingatkan ioulz pada segerombolan lelaki dan perempuan
cakap berdegar degar ngajar orang
tapi pangai sendiri bertentangan
ngan apa yang coba disampaikan
benar juga kata orang
benda busuk lelama akan terbongkar
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:40 AM | Show all posts

Life begins at 40 kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:41 AM | Show all posts
woah...dah kena tangkap berani pulak nak ugut org yg tangkap dia...mentang2 ada kabel kuat..lepas ni org pun dah pandang rendah dgn hakim2 syariah ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 07:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 9-12-2010 07:47

Reply 10# cmf_houdini

so, apa barang sangat laaa kes jiran bang dini, yakni kekasih gelap si penyanyi aman shah yang ditangkap basah bersama,
ketika berhari raya bersama-sama di malam hati tu kan??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:45 AM | Show all posts
Reply 10# cmf_houdini

      so true, i loike
      from 25 - 40 fokus ngan kerjaya, kluarga, anak anak sedang membesar
      by 40 something kedudukan kewangan sudah stabil
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:48 AM | Show all posts
ish..ish..ish apalah nak jadi...tak tau dah nak komen apa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:49 AM | Show all posts
kalo "bekas banduan ditangkap bersekedudukan" adalah jauh lbh molia drp hakim nih...

dlm dunia hri nih memang ramai yg perangai mcm tuh

imej malaikat,tapi perangai mcm setan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:51 AM | Show all posts
kalau si hakim ni ada posting kat CI sebelum nih

dah pastinya posting dia "ala2 jantan suci" camtuh

kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 07:57 AM | Show all posts
Reply 16# TanSriJess


    biasalah tuh
    neway itu adalah sebahagian dari perjalanan kehidupan
    hakim nih memilih jalan menjelekkan di lewat usianya
    semoga heoulz insaf
    kerna terlalu menuruti keinsafan
    itu adalah sebahagian dari cobaan hidup tapi memakan diri sendiri
    no one is perfect
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 08:01 AM | Show all posts
Reply 17# simply_me

umo 40an x dikira lewat usia lah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 08:03 AM | Show all posts
pic please..nak ler kenal gak si abe hakim nih..macho tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 08:03 AM | Show all posts
ishh..ishh..ishh...hanya leh nak geleng kepala jer.....
ni la jd bila nafsu menguasai minda....
tak kira pangkat darjat.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.468424 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list