CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 0

Afizi tekad tebus kecewa di Teluk Intan

[Copy link]
Post time 2-9-2023 02:12 PM | Show all posts |Read mode

AFIZI menyasarkan untuk mengutip mata pada perlumbaan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang akan berlangsung di Teluk Intan esok.

SELEPAS gagal meraih mata di Terengganu, pelumba Tobaki Pink Racing, Afizi Supaat mahu menebus kekecewaan tersebut menjelang perlumbaan pusi­ngan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang berlangsung di Teluk Intan, Perak esok.

Afizi memberi sepenuh kepercayaan kepada pasukannya untuk menyediakan jentera terbaik selepas dimaklumkan akan memperoleh enjin baharu sejurus jentera Yamaha CP150 yang dipacunya sewaktu di Terengganu mengalami kerosakan.

Pelumba kelahiran Selangor itu berharap perubahan besar tersebut akan membolehkannya mengutip mata sekali gus menamatkan saingan tempat ke-10 keseluruhan perlumbaan kategori perdana CP150 musim ini.

“Sewaktu di Terengganu saya mengalami masalah enjin dan terpaksa berpuas hati menamatkan saingan tempat ke-18. Mungkin keadaan cuaca di Terengganu amat panas dan menyebabkan prestasi enjin turun mendadak.

“Pasukan telah mengenalpasti masalah yang saya hadapi dan mereka sedang me­nyiapkan jentera bagi menghadapi sesi kelayakan esok (hari ini).

“Saya meletakkan impian untuk memburu grid lebih baik di Teluk Intan dan kalau boleh mahu layak ke Superpole. Kalau dapat bersaing dengan kelompok hadapan lebih baik,” katanya.

Pada perlumbaan di Litar Terengganu pada Julai lalu, masalah jentera merencatkan peluang Afizi untuk menamatkan saingan pada kedudukan terbaik.

Selepas lima pusingan, Afizi kini menduduki tangga ke-14 keseluruhan menerusi 17 mata dengan catatan terbaiknya adalah sewaktu di Sepang apabila mengakhiri perlumbaan di tempat kelima.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ewa-di-teluk-intan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048503 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list