CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5180|Reply: 21

IG Kena Gantung Langgar ‘Community Guidelines’, Che Ta Buntu Fikir Cara Dapat Kembali Akaun

[Copy link]
Post time 21-9-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewa apabila akaun Instagram miliknya digantung atas alasan terdapat pelanggaran garis panduan komuniti (community guidelines) ditetapkan sejak 15 September lalu.


Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata dia juga menerima emel daripada pihak Instagram yang memintanya agar segera melakukan rayuan.


Katanya, dia diberi tempoh sehingga 13 Mac tahun depan untuk mengemukan rayuan sebelum akaun tersebut dihapuskan.






“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.


“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.


Pelakon berusia 49 tahun ini juga mengakui dirinya buntu memikirkan tempat mencari rezekinya hilang buat sementara waktu.


Bagaimanapun itu tidak menjadikan alasan untuk dia berhenti berniaga sebaliknya menggunakan platform lain untuk mencari rezeki.


“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.


“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementara waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.






Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia masih meletak harapan yang tinggi untuk mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya itu.


Malah dia juga berharap sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuknya mendapatkan kembali akaun tersebut.


“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.


“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.


“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
5.2juta followers. Tp yg like n komen 4 sajo. Tu pon 1 iklan lucah. 2 iklan forex. 1 iklan mntk sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 11:53 AM | Show all posts
MULUT HANG CAPOI SGT.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 12:38 PM | Show all posts
muka dia sepesen jer... dulu, kini dan selamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dia post sampai kena banned..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 04:06 PM | Show all posts
Buat je rayuan byk kali, kat apps dan juga kat laptop buat byk2 rayuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2023 04:11 PM | Show all posts
apa yg dia celupar nau smp kena banned banned plak ni?
ramai kot 5.2 juta followers tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 04:11 PM | Show all posts
Facing any issue about Roomba login and setup or any other issues, then we are happy to assist you. Roombasmarti provides information about setting up a Roomba. You can contact our team of experts for help with Roomba-related issues. For more information visit our site: Roomba login
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 10:38 AM | Show all posts
kenapa erk ramai retis/influenza kena baru ni

cheta, pastu bini imran aqil dahlia tu

dua-dua verified pastu ramai follower
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 22-9-2023 10:38 AM
kenapa erk ramai retis/influenza kena baru ni

cheta, pastu bini imran aqil dahlia tu

Aku pun perasan ig Dahlia dah yg baru,,, selalu follow yg lama.. Alih alih ilekk
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:28 AM | Show all posts
apa kau dah buat nek ta?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa dia buat ek smpai kena gantung. Berlarutan kes gaduh ngn diva ke? Mcm x kot. Stakat diva report acc, xkn la smpai kena gantung. Yg aneh2 la IG skrg pun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkataan pondan kot? Almaklum 100% sosmed ni adalah supporter LGBT.. takkan psl selipar kot, nasibla nekta oiitt????????????
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:48 AM | Show all posts
Che ta paham ke tu email dari ig?
Tu buat rayuan tulis bi ke tulis bahasa kokdiang…
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau benar2 femes apa nak risau kalau benar2 tu adalah followers benar mestilah diorang follow akaun baru.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 11:44 AM | Show all posts
"Pelakon berusia 49 tahun ini juga mengakui dirinya buntu memikirkan tempat mencari rezekinya hilang buat sementara waktu."

Apo kemain flex hidup kaya sampai anak takleh pakai selipar tapi bergantung income dgn IG.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2023 03:35 PM | Show all posts
IG sekarang senang kene hack...
ada tu gambar2 video2 yg dah archieve tetiba semua keluar balik...
something to do dgn apps apk yg kita install dlm hp tanpa sedar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 03:36 PM | Show all posts
tapi apa bidang kuasa MCMC boleh buat kalau platform tu sendiri yang suspend....
buat rayuan direct ke Meta je la khen
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Acc yang kena banned ni tak verified
Sebab sebelum ni macik ada nengok
Dan pelik kenapa takde tag biru
Sedangkan tololwer ramai

Dia kena banned sebab promot anak ke?
Takkan sebab gaduh dengan dibah AA lak
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ko panggil orang pondan kot. Ni bukan zaman dulu2 nekta oi. Ni zaman budak2 sekarang semua equal rights gitu. Mana boleh guna bahasa kokdiang panggil2 orang suka hati macam zaman 70an dulu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.441299 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list