CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1760|Reply: 2

100 wanita terhebat

[Copy link]
Post time 26-9-2023 11:17 PM | Show all posts |Read mode
100 wanita terhebat





USIA bukan halangan, wanita kita harus terinsprasi dengan kejayaan golongan berkenaan.


TIDAK dinafikan masih wujud pandangan sinis terhadap wanita yang menganggap mereka sebagai golongan lemah, tidak berdikari dan tidak boleh menjadi pemimpin sama ada dalam dunia politik atau korporat.

Pandangan seperti ini sering ditujukan terhadap wanita berstatus isteri dan ibu.

Hakikatnya, persepi itu salah kerana sudah terbukti golongan ini mampu berdiri di atas kaki sendiri, mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya dalam kehidupan.

Lebih-lebih lagi, kejayaan yang ditonjolkan adalah golongan wanita berusia.

Menerusi kehebatan dan kepakaran dimiliki dalam bidang masing-masing, sebuah syarikat media global terkenal dunia menyenaraikan 100 wanita paling berkuasa di dunia pada 2022.

Meskipun mereka wanita dari Barat, tetapi kehebatan lapan daripada 100 wanita hebat ini boleh memberi inspirasi kepada wanita di Malaysia untuk mencipta kejayaan seperti mereka, sama ada dalam kehidupan atau kerjaya.

Ursula Von Der Leyen

Presiden, Suruhanjaya Eropah, Kesatuan Eropah.

Berada pada kedudukan pertama sebagai wanita paling berkuasa di dunia

Berusia 64 tahun

Warganegara Jerman

Dilantik sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah, eksekutif cawangan Kesatuan Eropah pada Julai 2019.

Beliau adalah wanita pertama yang berkhidmat dalam jawatan itu yang bertanggungjawab untuk undang-undang yang menjejaskan lebih daripada 450 juta rakyat Eropah.

Von Der Leyen paling lama berkhidmat dalam kabinet Angela Merkel dari tahun 2005 hingga 2019.

Enam tahun terakhir berkhidmat dalam kabinet adalah sebagai Menteri Pertahanan Jerman.

Mengetuai rang undang-undang bantuan Covid-19 bernilai 750 bilion Euro pada 2020.

Christine Lagarde

Presiden Bank Pusat Eropah

Berusia 67 tahun

Warganegera Perancis

Menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Bank Pusat Eropah pada 1 November 2019.

Sebagai Ketua Dasar Kewangan Eropah, beliau menghadapi ujian kritikal untuk memastikan pandemik Covid-19 tidak berlanjutan di benua Eropah.

Menggerakkan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk memastikan kestabilan sistem kewangan global dari tahun 2011 hingga 2019.

Dalam menganalisis krisis kewangan global tahun 2008, Christine Lagarde menonjolkan 'pemikiran kumpulan' dalam industri yang didominasi lelaki.

Kamala Harris

Naib Presiden Amerika Syarikat

Berusia 58 tahun

Warganegara Amerika Syarikat

Menjadi wanita pertama dan wanita orang kulit hitam pertama dilantik menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat.

Turu menjadi wanita pertama Amerika Syarikat dipilih ke Senat Amerika Syarikat.

Wanita kulit hitam pertama berkhidmat sebagai Peguam Negara California.

Marry Barra

Ketua Pegawai Eksekutif Genaral Motor iaitu syarikat pembuatan automotif berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berusia 61 tahun

Warganegara Amerika Syarikat

Wanita pertama mengetuai tiga syarikat pembuat kereta terbesar di Amerika Syarikat.

Turut membuat pelaburan berbilion dolar untuk pembangunan kenderaan elektrik, kereta tanpa pemandu dan perkhidmatan perkongsian perjalanan

Abigail Johnson

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pelaburan Fidelity

Berusia 61 tahun

Warganegara Amerika Syarikat

Dilantik menjadi CEO syarikat pelaburan Fidelity pada 2014.

Memiliki kira-kira 24.5 peratus pemilikan saham syarikat itu dan menguruskan AS$3.7 trilion aset.

Menerima mata wang kripto dan melancarkan platform yang membolehkan pelabur institusi menjalankan perdagangan bitcoin dan ether iaitu blok rantai yang boleh diprogramkan dengan mata wang kripto atau duit syilingnya sendiri

Melinda French Gates

Ahli perniagaan dan dermawan

Berusia -59 tahun

Warganegara Amerika Syarikat

Salah seorang wanita paling hebat dalam dunia kebajikan dan sangat pemurah memberikan sumbangan.

Bercerai dengan Bill Gates (pengasas perisian Microsoft) pada Mei 2021 tetapi masih kekal sebagai pengerusi bersama Yayasan Bill&Melinda Gates.

Menjadi jutawan apabila Bill Gates memindahkan saham bernilai AS$2.4bilion kepada Melinda.

Sebahagian misi yayasan itu ialah membantu semua orang menjalani kehidupan secara produktif dan sihat.

Melinda banyak mendedikasikan kerjanya untuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak.

Giorgia Meloni

Perdana Menteri Itali

Berusia 46 tahun

Warganegara Itali

Melakar sejarah di Itali apabila dilantik menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Itali pada Oktober 2022.

Beliau juga presiden sayap kanan Parti Brother of Italy

Pada usia 15 tahun, menyertai sayap belia Parti Pergerakan Sosial Itali

Karen Lynch

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CVS Health (syarikat perkhidmatan kesihatan)

Berusia 59 tahun

Warganegara Amerika Syarikat

Dilantik sebagai CEO dalam syarikat CVS Health pada 2021.

Menyertai CVS Health sebagai naib presiden eksekutif apabila berjaya menyelesaikan pengambilalihan Aetna (syarikat insurans kesihatan)

Bertanggungjawab terhadap maklum balas Covid CVS, Syarikat ini menguruskan banyak ujian Covid-19 yang dikendalikan secara bebas di Amerika Syarikat.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2023/09/1013082/100-wanita-terhebat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Not inspired to ge great pun..

Janji aku content dengan apa yang aku ada.... tak perlu compare dgn org lain pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hebatnya mereka2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.343088 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list