MELBOURNE: Pemain tenis perseorangan wanita China, Li Na, mencatat sejarah selepas menundukkan Caroline Wozniacki pada perlawanan separuh akhir Terbuka Australia, sebentar tadi, seterusnya muncul pemain Asia pertama yang berjaya mara ke perlawanan akhir Grand Slam.
Beliau menundukkan Wozniacki dengan keputusan 3-6, 7-5, 6-3. - AFP