CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1293|Reply: 0

Klinik kesihatan pertama buat atlet wanita

[Copy link]
Post time 8-11-2023 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Klinik kesihatan pertama buat atlet wanita

HANNAH (dua dari kanan) sewaktu melawat Klinik Kesihatan Wanita di ISN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
DALAM usaha menangani masalah kesihatan membabitkan atlet wanita di negara ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah mengambil langkah proaktif mewujudkan Klinik Kesihatan Wanita baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, langkah proaktif tersebut susulan daripada sesi libat urus yang diadakan bersama atlet wanita negara pada Ogos lalu.

“Dalam sesi libat urus itu, atlet wanita menimbulkan satu isu yang saya lihat agak penting untuk diselesaikan dalam apa-apa masalah dihadapi mereka.

“Jika setiap bulan mereka rasa sakit, mereka tiada doktor wanita atau ginekologi yang boleh beri nasihat dan rawatan susulan kepada mereka.

“Tambahan pula, mereka kena beratur di hospital luar dan perlu tunggu temu janji. Ini bermaksud, latihan mereka akan tergendala dan mereka kena tahan sakit,” katanya.


ATLET wanita negara kini boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah di Klinik Kesihatan Wanita. – Gambar hiasan

Menurutnya, susulan daripada sesi libat urus yang diadakan, pihaknya meminta ISN untuk mewujudkan khidmat pakar wanita di sini (ISN) yang boleh membantu atlet wanita kita untuk terus kekal sihat.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas pelancaran Klinik Kesihatan Wanita di ISN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Hannah, klinik berkenaan akan beroperasi setiap Rabu bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari dan dikendalikan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pelawat yang dilantik ISN daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Mereka ialah Dr. Jerilee Azhary dan seorang doktor wanita secara tetap iaitu Dr. Wan Nadiah Zainab Wan Azman.

“Antara perkhidmatan diberikan adalah seperti khidmat perundingan dan konsultasi, pemeriksaan kesihatan wanita, rujukan luar dan sesi pendidikan kesihatan wanita.

“Diharapkan perkhidmatan terbaharu ISN ini dapat dimanfaatkan oleh semua atlet wanita,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -buat-atlet-wanita/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058355 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list