CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1446|Reply: 1

Hampir racun anak kerana hidup susah dicerai suami

[Copy link]
Post time 8-11-2023 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Hampir racun anak kerana hidup susah dicerai suami


KAMARIAH bangkit menjadi usahawan pandan wangi berjaya selepas melalui episod hitam dalam hidupnya.

DUGAAN dan ujian tidak pernah lekang daripada hidup setiap insan.

Itulah sebenarnya yang menjadi penanda aras bagi menentukan sama ada seseorang itu kuat atau tunduk menyerah.

Setiap insan mempunyai cabaran berbeza dan masing-masing ada cara tersendiri untuk menangani masalah tersebut.

Seorang ibu tunggal dari Tanjong Karang, Selangor, Kamariah Md. Yatim juga ada perjalanan ceritanya yang tersendiri dalam menempuhi hidup, walaupun diuji pelbagai ujian.

Ketiadaan suami yang menjatuhkan talak hampir 20 tahun lalu sukar dilupakan oleh Kamariah.

Lebih malang, wanita kental itu ditinggalkan bersama lapan cahaya mata.

“Ketika bercerai pada tahun 2000, anak saya yang paling tua baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia sementara yang bongsu berusia setahun.

“Selepas suami saya menjatuhkan talak, dia pergi begitu sahaja.

“Ke mana saya hendak bawa kesemua lapan anak saya?” katanya sambil mengenang episod gelap itu dalam sebuah video TikTok yang pernah tular.

Tambah Kamariah, bebanan itu serba sedikit dibantu oleh adik ipar yang menjaga anaknya yang berada di bangku sekolah.

https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... RIAH_TULAR3sss.jpeg

Tangkap layar di TikTok.
Bagaimanapun, kesusahan masih dirasai apabila kesesakan kewangan menyukarkan proses pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk membeli buku dan alat tulis buat anak-anaknya.

Tidak cukup dengan itu, Kamariah bersama anak-anaknya juga pernah menjadikan pondok kecil sebagai tempat teduhan selepas tiada tempat untuk didiami.

“Apabila ayah saya melihat keadaan saya begitu, dia berikan sebidang tanah kosong sebelum abang ipar saya bantu membina sebuah rumah kecil yang boleh diibaratkan seperti reban ayam.

“Lantai pun hanya menggunakan tikar dan kami semua anak-beranak tidur dalam pondok kecil itu,” katanya.

Meskipun hebat diuji, namun kebahagiaan masih dapat dirasakan apabila dia tidak lagi bergantung harap kepada bekas suaminya dalam menguruskan keluarga.

Kamariah memberitahu, ketika itu, hasil-hasil bumi menjadi ‘kawan baik’ dan sumber rezekinya demi kelangsungan hidup.

Dia turut dibantu oleh anak-anak yang tekad meringankan bebannya.

“Anak saya bersekolah tetapi bantu petik pucuk ubi dan cari daun pandan seawal pukul 6 pagi.

“Selepas itu, kami sekeluarga keluar membawa guni untuk mencari kangkung dalam tali air dan parit sekitar kampung, meskipun terpaksa ‘bermandi’ air kotor,” ungkapnya.


KISAH kejayaan Kamariah yang pernah mendapat anugerah daripada AIM tular dalam media sosial.

Lebih menyayat hati, Kamariah juga pernah terfikir dan seolah-olah dihasut syaitan untuk mengambil nyawa sendiri dan anak-anak.

“Saya merasakan tidak dapat lagi menahan beban yang dilihat tidak berpenghujung.

“Pernah saya balik dari mencari pucuk ubi, anak menangis kerana kelaparan dan tidak mendapat susu. Apabila saya melihat baki beras, masih ada sedikit.

“Dalam fikiran saya ketika itu, ‘baik aku bunuh semua lapan anak-anak termasuk diri sendiri dengan meletakkan racun dalam beras’. Biarlah kami mati bersama,” kongsinya dalam nada sebak.

Pun begitu, niat jahat yang terlintas dalam minda itu hilang apabila ibunya tiba-tiba hadir.

Ibunya menasihati Kamariah untuk memikirkan semula tindakan tidak waras yang cuba dilakukan itu.

“Entah bagaimana emak saya datang ketika sedang menuang racun ke dalam beras. Emak terus mengingatkan saya untuk mengucap serta mengenang semula nasib anak-anak,” katanya.

Episod malang yang menimpa Kamariah akhirnya menemui jalan penamat apabila dia diberikan bantuan dan dorongan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Selain diberikan bantuan, pihak tersebut juga memberikan kesempatan buatnya menimba serba sedikit ilmu dalam bidang keusahawanan bagi memulakan lembaran baharu.

“Sejak menyertai NGO itu, saya tamatkan pembelajaran bersama mereka sebelum membuat pinjaman sebanyak RM2,000.

“Apabila saya menerima pinjaman, duit itu saya berikan kepada anak-anak bagi perbelanjaan persekolahan mereka,” katanya.

Kamariah berkata, dia juga membuat pembiayaan pinjaman sebanyak RM50,000 untuk membeli sebidang tanah bagi memulakan penanaman pandan wangi.

Kini, wanita tersebut bergelar usahawan yang mampu menghasilkan tanaman pandan sehingga beratus-ratus kilogram dalam setiap tuaian.

Usahanya itu juga membuahkan hasil apabila dia pernah membawa pulang Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022 yang disampaikan oleh pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... saha-ladang-pandan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 02:52 PM | Show all posts
Tahniah Wanita Hebat!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057017 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list