CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1835|Reply: 6

Psikologi Bini Orang

[Copy link]
Post time 18-12-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam,  nak tanya pendapat sesiapa yg pernah alami hal ni. Sbb aku sdg confuse, aku ke yg gila atau  ada sorang ppuan ni, dia yg gila haha.

Aku bini org,  kami laki-bini ok je selama ni,  sampailah satu hari ada sorang perempuan whatsapp, cari laki aku. Walau aku pelik,  aku layan je,  dia minta no phone yg boleh hubungi laki aku sbb dah 2 minggu lebih, tak boleh hubungi laki aku.

Aku tanya laki aku sapa ni,  kenapa ada perempuan cari,  laki aku kata kawan je. Aku dah mula syak.

Since ppuan tu whatsapp malam, msg dia dok kat atas sekali,   sebelum tido aku ternampak status whatsapp dia,   mencurah isi hati kpd seseorang, yg description tu  jelas-jelas  mcm tuju kat laki aku,  tapi dok maki-maki.

Maka bermula lah sifat Israel aku nak keluar.

Dgn laki aku,  mmg sedang perang dingin nak tukar ke perang nuklear jugak dah skrg ni.

Tp aku pun nak tau jugalah sapa parempuan tu. Dia selalu update status whatsapp,  waktu siang dia selalu update  hal family,  bermakna dia ada laki ada family, tapi bila malam nak masuk midnight, dia nnt update diri sdg dlm kesedihan,  dalam kekecewaan ditinggalkan seseorang, tayang diri dengan lagu-lagu jiwang kecewa merindui seseorang, tiap-tiap malam macam tu,  macam org kurang kash syang,  sedangkan di waktu siang bukan main lagi tunjuk keluarga bahagia.

Laki aku tu tak yah cerita lah,  buat stone je bila di tanya,  dia hanya bagi phone dia selepas dah delete semua conversation. Yg hal dgn laki aku ni tak pa,  aku tahu mcmana nak handle dia.

Yg ppuan ni aku rasa pelik,  betul ke ada bini orang yg boleh ada kekasih lain,  tak kisahlah kekasih dia tu org bujang ke laki org ke, yg dia boleh openly show off rasa hatinya, tanpa risau laki dia akan terasa atau apa.  Nampak mcm diorang loving couple tp bini ada kekasih lain,  dan laki dia tak kisah. Sah-sah di waktu malam,  dok menarik perhatian lelaki lain melalui hantaran status rindu,  setia cinta jark jauh ????

Aku cofuse sama ada perempuan ini gila/bipolar dan laki dia tal kisah,  atau aku yg akan jadi gila sbb laki aku bertukar jadi batu tak mau jelaskan kenapa perempaun ini dok cari dia dgn kata-kata rindu.

Aku pun tahu nak tanya apa,  atau aku nak meluah perasaan je skrg ni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Status siang tu sekadar cover up. Malam2 tu yg duk gila teringt laki org sbb nak dibelai. Aku rasa lah. Berapa lama dh jadi ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:04 AM | Show all posts
bila dia minta no telefon husband u. u bagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 10:29 AM | Show all posts
Aku rasa perempuan tu Bipolar.

Maybe status siang hari tu open for public and every one boleh nampak dia ni ok and bahagia orang dia.

Tapi status malam tu dia hanya select for few peoples. Maybe hanya dia open for orang yg di sasar kan saja mcm you husband.

Lawa ke perempuan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kimoree replied at 26-12-2023 10:29 AM
Aku rasa perempuan tu Bipolar.

Maybe status siang hari tu open for public and every one boleh nampa ...

Interesting.... mmg cenggitu ke org bipolar?? Sejenis meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 09:08 AM | Show all posts
green~tea replied at 26-12-2023 07:15 PM
Interesting.... mmg cenggitu ke org bipolar?? Sejenis meroyan

I pernah post kat thread mana tah about My cousin yg ada issue Bipolar and mood dia boleh switch 2-3 watak dalam masa satu jam.
The best is dia tahu dia Bipolar and cuba untuk berubah.

Sekejap dia cuba nak tarik perhatian orang and sekejap dia moody tak nak sembang dengan sesiapa.

Tapi maybe Im wrong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2024 04:27 AM | Show all posts
bipolar ke kalau macam tu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058998 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list