View: 24766|Reply: 5
|
[Jenayah]
Dijaga Sementara Di Pusat Kuarantin, Nobita Dan Shizuka Pulang Ke Indon!
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Thailand semalam menghantar pulang tiga Orang Utan Sumatera atau juga dikenali sebagai Pongo abelii yang diselamatkan daripada perdagangan haram hidupan liar, ke Indonesia sebagai negara asal haiwan berkenaan.
Orang Utan terbabit yang dipanggil Nobita dan Shizuka berusia tujuh tahun, berjaya diselamatkan polis Thailand dalam operasi membanteras perdagangan haram hidupan liar di negara itu pada 2016.
Orang Utan jantan yang dipanggil Brian berusia empat tahun pula diselamatkan daripada perdagangan haram hidupan liar dan diserahkan kepada pihak berkuasa hidupan liar Thailand pada 2019.
Ketiga-tiga Orang Utan berkenaan yang sebelum ini diletakkan bawah jagaan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kho Pratubchang di Ratchaburi, diangkut melalui udara dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang.
"Penghantaran pulang tiga Orang Utan itu adalah komitmen bersama Indonesia dengan Thailand dalam usaha memerangi perdagangan haram hidupan liar," kata Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya, dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, tiga haiwan itu adalah kumpulan kelima dibawa pulang dari Thailand, menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 71 Orang Utan dibawa pulang sejak 2006.
Ketiga-tiga Orang Utan itu diterbangkan ke Jambi, Sumatera, awal pagi tadi, untuk dijaga sementara di Pusat Kuarantin Persatuan Zoologi Frankfurt serta dipantau Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Jambi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thailand semalam menghantar pulang Orang Utan yang diselamatkan daripada perdagangan haram hidupan liar, ke Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak letak nama friska |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kesian nya. Semoga sihat dan baik2 saja nobita shizuka. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya syg..take care ok..jht la manusiq skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 24-12-2023 05:49 PM
Alahai kesian nya. Semoga sihat dan baik2 saja nobita shizuka.
friska & nusaraya........ |
|
|
|
|
|
|
| |
|