CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28072|Reply: 37

[Jenayah] Daim disiasat berhubung dakwaan rasuah, pengubahan wang haram

  [Copy link]
Post time 23-12-2023 10:09 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menyiasat tokoh konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki Beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia yang membuat pengesahan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut perincian kes siasatan terhadap bekas menteri kewangan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan sitaan bangunan Menara Ilham yang dikeluarkan menerusi notis di akhbar ini Jumaat lalu, tidak menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.

“Apabila kami menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dan melibatkan harta tak alih, kami dibenarkan di bawah Akta SPRM menghantar permohonan sitaan kepada timbalan pendakwa raya.

“Itulah apa yang berlaku. Kami menggunakan kuasa diperuntuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mengarahkan pejabat tanah meletakkan kaveat terhadap tanah berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Azam berkata, proses sama telah dilakukan SPRM sejak sekian lama ketika proses siasatan dilaksanakan, sambil menekankan sitaan Menara Ilham itu bukan satu-satunya kes.

Utusan Malaysia dalam laporan semalam mendedahkan, sitaan bangunan Menara Ilham oleh SPRM adalah untuk menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.

Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.
Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group.

Dedah Utusan Malaysia, SPRM telah pun dijalankan bermula pada awal tahun sehingga kini.

Sitaan dilakukan selepas siasatan SPRM mendapati pemilik kepada Menara Ilham adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh isteri dan anak kepada seorang bekas menteri kewangan.

Projek pembinaan Menara Ilham itu adalah lebih kurang RM580 juta.

Apa-apa aktiviti operasi harian dalam bangunan tersebut berjalan seperti biasa dan tidak dihalang oleh SPRM. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 11:11 PM | Show all posts
Gang @Orix
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh.. so mmg ada pandora papers? Lepaih ni atuk tercyduk?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn cerah ke dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-12-2023 11:25 PM
Ohh.. so mmg ada pandora papers? Lepaih ni atuk tercyduk?

Atok dah berkali2 suruh bangnon buktikan claim kekayaan atok yg bangnon duk canang. Habukk pun tarakkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2023 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 24-12-2023 12:17 AM
Bkn cerah ke dia ni

Sejak bila pakdaim cerah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 24-12-2023 12:42 AM
Atok dah berkali2 suruh bangnon buktikan claim kekayaan atok yg bangnon duk canang. Habukk pun tar ...

Tatau la.. now sapa dok kat ataih, bleh jahh deme pusing2 cerita.. iols tak heran kalau deme tunggu atuk kiok baru nak tunjuk bukti.. dead men don't tell tales giteww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2023 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang demi sorang dimakan sumpah laknat Najib.

Nuar tu pun jangan happy sangat. Ko juga di antara yg banyak memfitnah Najib
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun daim cakap bring it on ......
Setakat bapok tua tu, tun D bagi je.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Siasat salah, tak siasat salah… memang acik2 porum suka org politik lahap duit rasuah ke ape? Asking for a friend in Jerusalem
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 06:21 AM | Show all posts
manopBKK replied at 24-12-2023 05:38 AM
Siasat salah, tak siasat salah… memang acik2 porum suka org politik lahap duit rasuah ke ape? Askin ...

depa pon tumpang makan duet resuah n sakau tu

upah jadik cybertrooper
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 06:22 AM | Show all posts
Orix replied at 24-12-2023 12:42 AM
Atok dah berkali2 suruh bangnon buktikan claim kekayaan atok yg bangnon duk canang. Habukk pun tar ...

apa perkembangan terkini kes saman Atok kat DSAI..

ker mintak Atok mintak settle luar

itu hari DSAI da bgtau..

pulang duit resuah n sakau ke gomen..

so, kes tutup

btol ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 08:02 AM | Show all posts
tahniah sprm..taksabar sultan ibrahim naik

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 10:41 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 24-12-2023 06:22 AM
apa perkembangan terkini kes saman Atok kat DSAI..

ker mintak Atok mintak settle luar

hahahaha delusional sgat kau dekkk.... bangnon yg kecut telor duk mintak court buang kes sementelah dia x dot nk bg bukti apa yg dia fitnah atok... ko x payah nak delusional feeling2 itu ini atok mintak settle luar... org cakap based on fakta... aku bukan level2 ko nak acah2 buat cerita itu ini semata2 nk menjilat papagay kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 11:17 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 24-12-2023 01:37 PM
Perwira2022 replied at 24-12-2023 12:56 AM
Sorang demi sorang dimakan sumpah laknat Najib.

Nuar tu pun jangan happy sangat. Ko juga di antara  ...

Apakah hingga kini masih X ada aturan hukum atau standar etika di antara  para pemimpin  melayu yang pernah ataupun sedang berkuasa di Malaysia bahwa:

Sesama maling atau pelaku perbuatan rasuah di larang saling mengganggu satu sama lainnya atau juga di selidiki perbuatan rasuahnya oleh pihak lainnya yang juga melakukan rasuah ....



Bukankah jika aturan dan etika itu ada ..SPRM X akan ada atau diperlukan +  pasti akan banyak orang melayu yang kaya raya melebihi bangsa bukan melayu di Malaysia ini ...  




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2023 12:46 PM | Show all posts
Orix replied at 24-12-2023 10:41 AM
hahahaha delusional sgat kau dekkk.... bangnon yg kecut telor duk mintak court buang kes sementela ...

so, atok x saman laks


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu dan lihat je nanti siapa yang terciduk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko sita je semua harta2 diorg until further notice
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanye kali ni dia in trouble. Selama ni dia buat kerja senyap2. Tapi kali ni Anwar adalah PM dan ramai yg tampil pecah lubang mcm Halim Saad n Tajudin Ramli. Dan partner in crime Daim ofcourse lah Madhir Kerala
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069009 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list