CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12924|Reply: 29

[Jenayah] "Sampai Bila Hidup Nak Backup Kawan-Kawan Ni?" Pensyarah Herlok Geram, Marah Dengan Pelajar Yang Baik Sangat, Suka Tolong Orang!

[Copy link]
Post time 25-12-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode


ZAMAN belajar di kampus pastinya dipenuhi dengan memori menggamit nostalgia bersama rakan-rakan seperjuagan.

Namun dalam kemanisan itu, ada juga pahitnya apatah lagi ketika berjumpa dengan golongan yang liat untuk memberi kerjasama dalam tugasan berkumpulan.

Tindakan lepas tangan sedemikian akan memaksa ahli kumpulan lain untuk menanggung bebanan tambahan bagi menyempurnakan tugasan.

Begitulah kisahnya melalui satu video tular di TikTok, apabila seorang pensyarah mesra dikenali sebagai Sir Ladang memberikan peringatan tegas mengenai golongan yang digelar free rider ini.

"Jangan baik hati sangat nak tolong rakan sekumpulan yang tak buat kerja, nanti apabila kau susah, kau rasa dia nak tolong kau ke?

"Kerja berkumpulan buat secara satu kumpulan, ingat satu benda je, nanti kau konvokesyen, naik satu pentas dengan dia (free rider) juga.

"Waktu tu baru kau akan terfikir, eh tak tolong pun buat kerja, aku yang buatkan assignment, boleh juga ke graduate?

"Sampai bila nak hidup backup kawan-kawan ni? Hidup ni jangan nak tolong orang sangat," ujar Sir Ladang memberikan nasihat.

Pada ruangan kapsyen, Sir Ladang menulis dia sudah 15 tahun berkhidmat sebagai pensyarah dan sudah lali dengan isu terbabit.

"Nak tolong kawan pun tengok situasi dan keperluan, hidup ni keras ya adik sekalian! Kalau esok nak present, baru hari ni mengadu kumpulan tak bagi komitmen memang 'meletup' la pensyarah.

"Report je awal-awal kawan tu, tak kisah la dia pengajian jarak jauh (PJJ) sekalipun, kalau dia dah bekerja dan nak juga sambung belajar, itu atas pilihan dia, Biar dia hadap.

    Kepada yang suka free rider dalam assignment, peliharalah adab dalam menimba ilmu.
    SIR LADANG
    PENSYARAH

"Diri tu dah dewasa, beragak la juga nak pasrah je, akhirnya stres menanggung kerja orang.

"Kepada yang suka free rider dalam assignment, peliharalah adab dalam menimba ilmu. Jangan mengkhianati amanah, mengabaikan tanggungjawab dan menzalimi orang lain," kata Sir Ladang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sependapat dengan hujah yang diketengahkan Sir Ladang.

“Saya bekas student, sebelum pilih member untuk grup assignment, saya akan terus maklum awal-awal no free rider. Kalau ada, saya akan terus report dekat pensyarah.

"Itu belum kira lagi kerja yang ala kadar, benda nak cepat siap je bahagian dia sampai cincai jadinya, habis terjejas markah satu kumpulan.

"Kumpulan yang ada free rider ni, kadang tu malas nak konflik sebab renyah jadinya, kami terus je tolong cover bahagian dia, asalkan assignment siap," kata sebahagian warga maya.

Untuk rekod istilah free rider biasa kita dengar dalam kalangan mahasiswa di universiti.

Gelaran ini timbul apabila ada antara ahli kumpulan yang tidak menjalankan tugasan yang diberikan tetapi masih mengambil manfaat dan faedah daripada menjadi ahli kumpulan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2023 04:48 PM | Show all posts

Gambar pensyarah herlok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2023 04:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2023 04:50 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2023 04:52 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2023 04:53 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-12-2023 04:57 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2023 04:58 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Once a parasit, forever a parasit.

Dari sekolah menengah dah jadik parasit asyik tiru kerja orang atau suruh orang lain buat kerja dia, sampai ke tempat kerja la perangai babi tu kau bawa. Sampai dah nikoh beranak pinah tak reti berubah. Macam cikgu2 jantan bodoh lagik lembam yang tak reti cuci pinggan mangkuk sudu gelas sundri lepas makan or at least letak la dalam tempat kumpul pinggan kotor ka or letak dalam plastik sampah ka jika guna disposable punya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
oh.. ni mmg rasa nk komen. free rider ni pun bermacam level ye. ade yg mulut manis biasanya akan pilih geng2 perempuan yg rajin n selitkan diri dgn charm n kata2 yg sgt manis. yg ni x sakit hati sgt. i pernah tercampak ke group semua jantan n i seorg je perempuan. yg seekor makhluk ni tetiba volunteer nk buat cover depan je. i pulak kena buat almost semua content utk assmt tu. i dgn naive nya buat aja la asal elok kejadian. tup2 waktu nk hantar asmt si makhluk ni bawak cover assmt tulis nama2 yg lain kecuali nama i n dgn angkuhnya ckp dia terlupa nk tulis nama i. i terpaksa guna pen ja tulis kat cover depan sampai lecturer igt i yg free rider dlm group tu since yg lain semua jantan n i sorg perempuan n yg lain nama elok bertaip i seorg je nama handwritten. sejak dari hari tu i rela request buat individually dari bergroup dgn org mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah awal awal sem terkena satu group dengan free rider. Sakit hati. Sudahnya tukar group lain, dan happy. Sebab group tu jenis cepat buat assignment. Kalau tak sanggup, kita upah orang. Aman aman hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk sni sebab nk tgk cikgu herlok je....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah keje, ada bos sambung belajar PJJ gov sponsor semua tp assignment, tesis suruh staf buatkan. Dia cuma nak kertas sekeping tue jer & bergambo pegang scrol. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 10:57 PM | Show all posts
Free rider (aku panggil passenger) dlm grup ni punya perangai sama je
1. kaki ponteng kelas
2. bila datang kelas mulut masing2 jadi bisu.........nak tanya, share info atau berdiskusi jangan harap la
3. bukan setakat repot tak buat........aktivitipun tak nak involve. Nak kongsi modal buat aktiviti grup pun kedekut gila
4. kaki komplen...sikit2 komplen. komplen terus ke dekan atau Presiden
5. muka jenis "boring" takde seri.....rasa nak tempeleng je.
6. dlm kelas sibuk dengan handphone sampai aku halau keluar
7. bila buat presentation, baca powerpoint je (dah jadi kelas membaca dewasa)


5.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 25-12-2023 06:44 PM
oh.. ni mmg rasa nk komen. free rider ni pun bermacam level ye. ade yg mulut manis biasanya akan pil ...

Babi sgtkan..patutnya sis terus bgtau lecturer tuh...jgn dok pasif sgttt sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 25-12-2023 10:57 PM
Free rider (aku panggil passenger) dlm grup ni punya perangai sama je
1. kaki ponteng kelas
2. bila  ...


Agaknya sebab senang sgt masuk uni nih...dulu dulu ada prof komen dlm akhbar...yg disebabkan byk sgt ipta fan ipts kat mesia nih..itu yg buat byk byk org mengganggur dan tambah statistic...
Yela..masing dah grad..mana nya nak keje yg guna SPM or diploma...I am degree holder okeh...puiiii
Patutnya kena bykkan ipt tvet dan vokasional...ajar student berniaga / entrepreneur tuh dan skills...
Those Univ..let keep them 14 buah je..satu lagi..buat centralised exam oleh MPM...final exam 70% ..baru la boleh compare Univ mana yg hebat..mana yg manipulate gred pelajar...graduan yg first class pun baru boleh dpt yg betul betul pandai...ini SPM hancus..mai tang degree terus dpt CGPA 3.80...ko rasa??? Ini ipts ye..sbb diaorg tau majikan akan amvik dan shortlisted those graduan yg CGPA tinggi tinggi je...hujung hujung hampehhh..
Aii rela lagi ambik graduan yg ada degree CGPA 2.3 tapi SPM dia gempak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah pensyarah bg keje berkumpulan.. nak taknak mmg la kena buat jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2023 06:49 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 25-12-2023 09:26 PM
Masuk sni sebab nk tgk cikgu herlok je....

herlokkk



Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
@aechae pensyarah awak dulu ada herlok mcm ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.262147 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list