CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66598|Reply: 360

Kisah Benar - SMS Dari Jin

  [Copy link]
Post time 24-2-2011 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 20-7-2012 09:44

Salam semua warga MPS dan peminat peminat alam mistik.

Bolehkah Iblis SMS ? pernahkah sesiapa yang menerima sms dari Iblis atau kuncu kuncunya?

berikut adalah sebuah kisah benar yg aku ambil dari blog Hj. Lokman seorang pengamal perubatan dari Al-Hidayah yang diceritakan sendiri oleh beliau.



Dalam tahun 2008, saya pernah mengubati seorang pesakit.  Di dalam coretan ini saya namakan sebagai Pesakit A. Pesakit A sudah berumahtangga.  Pesakit A ini telah lama menghidapi penyakit misteri, di mana kadang kala datang beberapa ekor iblis yang akan masuk ke dalam badan Pesakit A ini dan menguasai diri pesakit.  Semasa iblis menguasai pesakit itu, dia tidak akan sedar tetapi pesakit itu boleh membuat kerja seharian seperti memandu kereta, bertugas di tempat kerja, menjaga anak di rumah, bercakap di talipon  dan sebagainya termasuklah menghantar dan membalas SMS.  Iblis yang memasuki badan Pesakit A boleh membuat semua kerja-kerja harian pesakit itu tapi pesakit itu tidak menyedarinya.  Sukar untuk dipercayai tapi ia boleh berlaku.
Satu hari di bulan November 2008, pesakit A ini membuat temujanji untuk datang ke klinik saya bersama isterinya dan dia juga bercadang untuk turut membawa ibunya untuk berubat di klinik saya.  Ibu Pesakit A ini tinggal di tempat lain dan pada malam itu ibu pesakit A ini akan dibawa oleh kakak Pesakit A.  Temujanji telah dibuat dengan saya agar Pesakit A serta ibunya akan datang ke klinik saya selepas waktu isyak pada jam 9 malam.   Mereka bercadang untuk datang berasingan.  Pesakit A akan datang dari rumah dia bersama isterinya menaiki kereta Pesakit A.  Kakak Pesakit  A pula akan menghantar ibu Pesakit A ke klinik saya dengan menaiki kereta dia sendiri.
Malam itu saya menunggu kedatangan Pesakit A dan Ibu Pesakit A sehinggalah jam 12.30 malam.  Berulang-kali saya menalipon Pesakit A dan juga isteri Pesakit A untuk bertanya samada mereka akan datang atau tidak, tetapi panggilan talipon saya tidak diangkat.  Selain daripada menalipon, saya juga menghantar sms kepada talipon bimbit Pesakit A dan talipon bimbit isteri Pesakit A tetapi tidak ada jawapan dari kedua-duanya.  Kakak Pesakit A pun tidak sampai dan saya tidak mempunyai nombor taliponnya untuk dihubungi.  Keadaan ini memang pelik kerana kebiasaannya, Pesakit A akan membalas panggilan talipon saya.


Tiba-tiba jam12.45 malam, saya terima sms daripada talipon bimbit  Pesakit A.  Rupa-rupanya iblis telah menguasai diri dan badan Pesakit A awal-awal lagi dan melalui Pesakit A, iblis itu telah menghantar sms kepada saya.  Di bawah ini saya tuliskan sms yang saya terima dari iblis tersebut pada malam itu:


SMS DARI IBLIS YANG PERTAMA :
“Manusia busuk, aku telah berhasil menghalang mereka semua datang kerumah mu.  Aku bikin pingsan kakaknya yang membawa ibunya di jalanan.  Dan isterinya telah ku menterai agar menjadi capek pegel dan tidak lagi mampu untuk menggagahkan diri bangkit menentang aku dengan ancaman ayat ayat yang diturunkan oleh penguasa petala langit dan bumi.  Hingga ke saat ini isterinya tidak lagi mampu untuk membuka matanya yang telah aku menterai agar tidak mampu mengancamku.  Aku akan berusaha keras supaya kau capek dan bosan untuk ikut campur dalam segala apa yang telah aku usahakan dan menghadapi permainan ini.  Kau nantikan saja hasilnya nanti samada kau atau aku yang akan undur dan aku akan pastikan kau dan kawan dia seorang lagi tu akan jauh dari keluarga ini.  Kau belum mengenal aku dengan begitu dalam sekali.”



JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis! Aku cabar kau iblis datang ke rumah aku malam ini.  Dengan pertolongan Allah , aku akan musnahkan kau Iblis!”


SMS DARI IBLIS YANG KEDUA :
“Lancang mulutmu.  Aku sedikit pun tidak gentar padamu.  Patuhi lah peringatanku dan jangan ikut campur merawat dia dan keluarganya”.

JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis, kalau kau berani dan gagah, kau jawab bila aku talipon kau!”

SMS DARI IBLIS YANG KETIGA :
“Omong kosong, sebelum ini aku berdiam diri kerna aku ingin mengenal hatimu yang macam apa dan atas dasar apa kau membantu dia sekeras kerasnya.  Aku tidak akan izinkan kau berbicara dengan dia dari semalam hingga kesaat ini dan seterusnya.  Kau tidak akan tahu ketahui rencana permainanku. Kau harus memberi peringatan kepada isteri mu supaya jangan pernah lagi mendekati atau berhubungan dengan isteri dia.  Aku tidak akan mengizinkan.  Andai engkau tidak tunduk pada  perintahku, makanya aku akan terus terusan menyiksa dia dan keluarganya.  Aku akan kembalikan isterinya kepada ibunya.”

SMS DARI IBLIS YANG KE EMPAT :
“Engkau jangan ikut campur urusanku.  Guruku telah mengetahui segalanya.  Kau tidak akan bisa menewaskan kesaktian guruku.  Aku mendapat perintah dari guruku supaya memberikan kau peringatan keras makanya jangan kau cobak untuk menentang guru jika kau tidak mahu hidupmu diancam.”

JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Engkau dan guru kau pergi jahanam!  Dengan keizinan Allah, akan aku hancurkan engkau dan guru engkau!”

SMS DARI IBLIS YANG KE LIMA :
“Lancang mulut mu. Perguruan gerondong durjana tidak gampang untuk mampus dengan ancaman kalian yang mampus itu bukan dari kumpulan guru tapi dari kumpulan tolol kerana gurunya telah mampus dan mereka tidak dapat petunjuk.”

Beginilah dialog sms saya dengan iblis tersebut yang terdapat di dalam Pesakit A pada malam itu.  Pada keesokan harinya, saya mendapat  panggilan talipon dari Pesakit A yang memohon maaf sebab tidak dapat datang ke klinik saya pada malam tadi. Pesakit A memberitahu saya yang dia, isteri dan anak dia telah tertidur dari selepas magrib malam tadi sehinggalah ke pagi hari.  Pesakit A juga memberitahu bahawa kakaknya yang hendak membawa ibunya ke klinik saya pada malam tadi, telah pengsan semasa memandu kereta dalam perjalanan ke klinik saya.  Nasib baik kereta yang dipandu dapat diberhentikan di tepi jalan raya di bawah sebuah jejambat.  Ibu Pesakit A dapat menalipon abang Pesakit A untuk memberitahu hal yang telah berlaku.  Abang Pesakit A datang mencari mereka dan berjaya menemui tempat di mana kereta itu berhenti dan membawa mereka pulang ke rumah mereka.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2011 09:52 PM | Show all posts
Jadi apa yang diberitahu oleh iblis di dalam sms yang diterima pada jam 12.45 malam tadi adalah benar-benar berlaku.  Kejadian yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh iblis agar Pesakit A, isteri , ibu dan kakaknya gagal untuk datang ke klinik saya pada malam itu.  Iblis menggunakan badan Pesakit A pada malam itu untuk berkomunikasi dengan saya melalui sms talipon bimbit Pesakit A.  Tetapi yang anehnya, selepas iblis menghantar semua sms melalui talipon bimbit Pesakit A, semua pesanan sms yang dihantar kepada saya atau diterima dari saya telah dipadamkan dari talipon bimbit itu oleh iblis itu.  Bila saya tanya Pesakit A pada keesokan hari berkenaan pesanan sms tersebut, Pesakit A langsung tidak mengetahui tentang pesanan sms berkenaan dan salinan sms itu tidak ada di dalam talipon bimbit dia.

Kisah yang saya ceritakan di atas adalah kisah benar dan pengajaran yang hendak saya sampaikan di sini adalah berkenaan pengaruh jahat dan dasyatnya kuasa iblis dan syaitan.  Iblis boleh mendorong kita untuk membuat apa sahaja tetapi yang boleh melawan pengaruh iblis itu adalah iman dan akal fikiran kita.  Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran untuk kita fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik.  Sekiranya iman kita kuat dan kita patuh akan perintah Allah SAW, insyaAllah kita kita dipelihara daripada pengaruh iblis dan syaitan.  Walau bagaimanapun kita jangan “under estimate” apa yang iblis boleh lakukan kepada kita.

Saya percaya banyak kes-kes pelik dan kes-kes misteri yang berlaku seperti kes pembunuhan beberapa beberapa orang ahli keluarga di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah kerana pengaruh iblis.   Olek kerana orang yang siuman tidak akan melakukan pembunuhan sedasyat itu.   Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan iblis telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.   Tetapi kadangkala bukan iblis yang boleh mendorong kita membuat maksiat dan dosa, tapi nafsu dalam diri boleh mempengaruh kita membuat benda-benda yang tidak baik.  Mengawal nafsu adalah salah satu dari dugaan kita.

credit to : Hj. Lokman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:11 PM | Show all posts
owh...nampaknya iblis itu adalah orang endon ya pak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:17 PM | Show all posts
yg tukang menghantar sihir tu org indon
so jin2 nya pun dari indon
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:26 PM | Show all posts
esok je la baca,ngantuk da....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:28 PM | Show all posts
ngantok x payah bukak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 11:00 PM | Show all posts
bagus2 thread ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 11:27 PM | Show all posts
sesiapa yang pernah terima sms dari jin, silalah paste sini sms darinya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 11:37 PM | Show all posts
jika iblis ni dihantar orng, ape tujuannye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 11:41 PM | Show all posts
jika iblis ni dihantar orng, ape tujuannye
Alf_Ramsey Post at 24-2-2011 23:37



    tujuannya nak binasakan manusia. pesakit nak gi berubat tp iblis tu masuk badan pesakit dan antar sms kat perawat tu bg warning.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 12:48 AM | Show all posts
Itu biasalah bila berkait kes sihir yang lama2. Ada satu kes tu sms dihantar kepada suami, sedangkan isteri ada sebelah, hp dalam beg tangan. Cek no hp daripada isterinya, ini lagi pelik. Yang kes Hj Lokman, jin guna badan si pesakit utk sms dalam keadaan tak sedar. Ada juga kes pesakit sedar tapi dibisikkan oleh jin krn jin ingin berbicara dgn perawat pun ada juga kes mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 12:50 AM | Show all posts
golongan jin ni mmg advance.. zaman moden ni semua medium jin guna utk ganggu manusia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 01:05 AM | Show all posts
nampknya jin skang dah kurang sabar tunggu malam untuk masuk dalam mimpi kasi warning atau tunggu kita tido dulu baru kaco.

siang siang pun bole aje guna sms......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 01:09 AM | Show all posts
Reply 12# skeezotone

Nampaknya begitulah...tapi ramai juga memperlekehkan bilamana dgr kisah begini. Sebut teknologi jin berkembang pun dah orang pelekeh. Ini krn mrk tak pernah masuk dalam bidang ini dan xpenah ambik tahu...itu yg jadi konflik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 01:46 AM | Show all posts
Reply  skeezotone

Nampaknya begitulah...tapi ramai juga memperlekehkan bilamana dgr kisah begini ...
te_peng Post at 25-2-2011 01:09



diorg tak tau yg jin ni pon ada teknologi diorg sendiri.. sistem kemasyarkatan pon diorg ada.. kita xleh berfikiran dangkal dlm hal2 ghaib ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 02:08 AM | Show all posts
betul betul..benda yang kita tak alami, kita tak nampak, bukan bererti tak ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 06:03 AM | Show all posts
mengikut kata barat, jin ni mempunyai teknologi yg advance, bleh tau segalanya dan boleh meberi segalanya, sebab tu dorg berani jual soul dorg pada jin (cth free mason, artis2 barat yg terkenal menjual soul merka , bleh cuba tgk filem ghost rider - lebih kurg camtu)

jin ni bukanlah nk kira apa medium yg dia guna,  tp cara jin tu menguasai dan mempengaruhi manusia utk buat yg bukan2 mmg wujud, klo jinn taip sms pun nak heran, zaman nabi sulaiman dulu segala2 nya jin buat utk nabi sulaiman a.s. mmg itu kelebihan yg diberi pd mereka,  saya nak remind pengalaman saya hampir disihir melalui sms

sihir or jampi or bacaan2 utk tujuan tidak baik boleh berlaku bermcm2 cara, sy pernah belajar ttg ilmu ini mujurlah sy tahu klo tak sy dah terkena..
citernya ada sorg budak pompuan ni, dia marahkan sy kerana sy menolak cintanya, dia kata sy tolak kerana dia tak cantik, tp sebnarnya sy tak suka sikap dia, pastu kawan dia bg mesej2 marah dan maki hamun pada sy kerana buat dia sedih.. sy tanak jawab sbb malas nk besarkan cerita, tiba2 dlm sekitar kul 12 - 1 pgi sy tiba2 dpt msg dari budak ni, (the only msg) mestilah sy pelik, klo nak gaduh dr awl mesti dah bejela2 msg dia tp dia cuma hanta satu je, sy pun bukan n mula baca, msg tu mmg panjang dekat 3 pge la,

yg peliknya msg biasanya guna shot form tp ni dia taip peuh semua perkataan, saya baca sehingga ke baris kedua, ketika itu baru sy sedar yg ini bukanla sms tp ayat mantera yg dihantarkan kepada sy yang bila selesai di baca oleh sy maka terjadilah sihir itu kepada org yg membacanya...

sy tak igt isi kandungan memandangkan sy hanya baca sehingga baris kedua , tp wlopun 2 baris je sy baca dekat 3x ulang sbb tak fhm bahasa dia cam ada jawa2 skit dan takde kena mengena dgn isu yg tgh jadi tu, - lebih kurang camni - aku tahu mana asal usul kau, dalam hati tidak akan jadi .....dan waktu sy scroll ke bawah sikit kat situ mata saya dpt capture perkataan2 pelik yg berbunyi jawa . mujur sy pernah belajar dan sedar terus sy buang hp tu and cepat2 delete.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 06:11 AM | Show all posts
saya tanya guru sy bolehkah ayat sihir dihantar melalui telefon, jawabnya ada juga ayat2 tertentu yg boleh diaktifkan melalui pihak kedua... dan juga tidak, cthnya ayat pengasih rokok, jika penyihir meniup asap rokok kepada gadis sasaran dan jika kebetulan gadis itu menutup hidung kerana tidak sukakan bau rokok, peluang sihir itu menjadi sgt la kurang,

cth lagi, ayat pengasih mata, ketika ayat dibaca mata hendaklah bertentang dgn org yg hendak disihir, jika kebetulan gadis itu memakai spek mata or kanta sentuh, jin yg diarah melalui jampi td tidakkan berjaya masuk kerana faktor2 ketidaksengajaan yg berlaku kerana keizinan Tuhan. cth ayat pengasih jauh  (pengasih baik), gadis yg mahu disihir mestilah dapat dipandang tepat mata dlm waktu tertentu dan tidak dihalang oleh apa pun , jika tidak ayat itu tidak aktif.

suka sy kongsikan disini, ayat bacaan dari sihir ilmu hitam adalah merupakan ayat arahan kepada jin, syaitan utk melaksanakan tujuan tertentu tetapi si jin or syaitan itu menuntut pengorbanan ataupun upah yg mesti dibayar kepada mereka, dan keberjayaan ilmu itu hanya dengan izin Allah S.W.T.
ayat yg di gunakan dari ilmu putih, adalah ayat bacaan dari al quran yg mempunayi dzat dan rahsia utk memohon kekuatan dan pertolongan dari Allah bg membantu kita menghadapi sesuatu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 07:23 AM | Show all posts
jin asal dri donesia ni...hj lokman klu merawat pakaian dia jubah hitam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 07:27 AM | Show all posts
jin asal dri donesia ni...hj lokman klu merawat pakaian dia jubah hitam.
FARISZONE Post at 25-2-2011 07:23



    bro pernah berubat dgn dia ke? cuba story skit cara dan kaedah dia mengubat. aku pernah wat appointment nak bawak pesakit jumpa dia tp tak jadi sebab appointment dia 4 bulan. lama gila....coz ramai yg nak berubat dgn dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.088013 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list