CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5281|Reply: 15

[Tempatan] Rita tempelak guru toksik, 'Nak jadi cikgu atau mak cik bawang?'

[Copy link]
Post time 28-12-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-12-2023 03:38 PM

PELAKON Rita Rudaini ‘naik hantu’ apabila dituduh merampas hak golongan kurang berkemampuan atau B40 dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan yang ditanggung kerajaan.

Lebih membuatkan pelakon berusia 47 tahun itu berang adalah tuduhan berbaur fitnah itu datang daripada individu bergelar guru.

“Dahulu, guru ini umpama lilin yang berkorban apa sahaja untuk memastikan murid-muridnya mendapatkan ilmu.

“Sekarang, ada segelintir guru umpama racun, asid dan toksik. Lebih suka mengumpat dan memfitnah pelajar serta ibu bapa daripada mengajar.

“Tahu-tahu hujung bulan cucuk duit di mesin pengeluaran wang. Sangat jijik!” katanya dalam InstaStory hari ini.

Tambahnya yang popular menerusi filem Mami Jarum, perkara tersebut dilalui anaknya selepas bertukar daripada sekolah swasta ke sekolah kerajaan.

“Beginilah nasib, dari sekolah swasta ke sekolah biasa. Difitnah ambil kuota B40 pula. Pemfitnah pula cikgu. Tidak layak digelar pendidik, sangat perangai.

“Mentaliti golongan ini ialah setiap kali individu dari keluarga T20 masuk sekolah tersebut, dituduh ambil hak B40 atau guna kroni.

“Kenapa, adakah semua anak-anak keluarga T20 bodoh? Mereka ini memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah. Buanglah mentaliti kolot!” selarnya.

Dia juga menyelar sikap segelintir guru yang suka menjadi tepi kain orang tetapi tidak selari dengan imej seorang Muslim.

“Cikgu buka sahajalah tudung daripada terus memfitnah saya.

“Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya? Hendak menjadi guru atau mak cik bawang?,” kata tanpa memberikan perincian nama sekolah dan guru yang dimaksudkan.

Dramatis kelahiran Perlis itu bagaimanapun sentiasa yakin dengan rezeki yang diberikan Tuhan dan tidak gentar sekiranya terus dipinggirkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Sabar saya ada had, tidak kacau orang tetapi orang jangan ganggu pula.

“Jangan lupa bahawa saya tidak pernah takut hilang pekerjaan kerana saya pernah tiada tawaran berlakon dan dipinggirkan selama tiga tahun kerana tidak ambil vaksin.

“Itu bukan penamat hidup sebab saya percaya bahawa rezeki, harta dan pangkat semuanya daripada Allah,” tuturnya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols bukan nak sebelahkan acik rita ni.
Tp sesetengah cikgu mmg toksik ya.
Iols mmg tk nak rapat2 sgt dgn cikgu2 sekolah ni..
abis cite kita dicanang di sekolah.
Nak lak ada jenis kepochi tgk income parents..

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm ni pun ramai Rita oiii..

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I bc komen2 post dia ni

Ada org tegur pas rita meroyan ni nnt ank mesti kne palau ngan cikgu kt sekolah
Pastu ada org bls rita dah tukarkn sekolah ank dia
Tp i tgk ig dia, ank tu masih lg sekolah mrsm sg besar tu? Sbb dia dok puji2 pengetua tu minta dpt stay smpi ank dia spm.
Jd yg ngumpat dia tu cikgu mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 02:26 PM | Show all posts
Aiyo mak macam ni lah selalu gaduh dengan cikgu dalam group wassap.. Last2 cikgu tutup komen, sebab taknak jadi gaduh.. Suruh anak bawak kertas manilakad, itu ini dah tu mak nya meroyan mana sy nak cari bla bla blaaaa.. Budak darjah 6 pun nak kena pesan ye, dulu tak bawak barang cikgu suruh kena denda.. Skrg jgn ye, meroyan mak ko.. Iols klu cikgu denda ok lagi, jangan dera dah lah.. Sampai ketuk kepala guna buku teks tu i rasa bukan nak mengajar tapi kurang ajar dah tu.. Yg ni mmg patut mak mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 02:27 PM | Show all posts
ada anak artis lain pun sekolah sbp or mrsm juga kan
kalau anak dia tak layak
kenapa diterima masuk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-12-2023 12:36 PM
I bc komen2 post dia ni

Ada org tegur pas rita meroyan ni nnt ank mesti kne palau ngan cikgu kt sek ...

Sekolah sebelum ni
Yang video awal tahun

Pastu anak dia cuti panjang
Sebab patah tangan

Tup2 tukar sekolah
Dedua MRSM juga

Macik tak hafal nama sekolah nye
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul je apa Rita ni cakap

Korang takde kawan cikgu ke
Macik ramai kawan cikgu
Status wasap tu
Ibarat diari harian

Mengeluh pasal student semedang
Belum lagi tangkap gambau kasut koyak pelajar
Caption
“Parents yang tak peduli”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 28-12-2023 03:03 PM
Sekolah sebelum ni
Yang video awal tahun


Oooo dah lama la tukar sskolah nya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 10:49 PM | Show all posts
benda kecil cmni pun kecoh kt tenet
manala org laki tahan bini mulut cmni

pi la saman fitnah kt cikgu tu, kan lagi bagus
selesai masalah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 11:29 PM | Show all posts
batmana replied at 28-12-2023 10:49 PM
benda kecil cmni pun kecoh kt tenet
manala org laki tahan bini mulut cmni

saman pitenah mahal..ujung2 jd cm siti noordiana
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I love rita. Go rita go
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kagum semangat juang rita. Mohon jd politician
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah luar bandar ni lagi sedih..cikgu2 tunggu pencen jer ngajar budak.
Masuk kelas duduk,suruh budak keluarkan buku latihan.takde nak ajar langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:36 AM | Show all posts
hang ajaq la sendiri....takkan setakat naik hantu je kot. Ke memang bodow...?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo turut meninggalkan JDT selepas lama berkhidmat.


Mmmm...ex laki dia dh nk blah dari JDT ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.289189 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list