CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8960|Reply: 17

[Jenayah] Remaja Israel enggan sertai tentera ke Gaza dipenjara. Kes pertama ni

  [Copy link]
Post time 29-12-2023 09:53 AM | Show all posts |Read mode



BAITULMAQDIS – Seorang remaja Israel telah dijatuhi hukuman penjara 30 hari selepas menolak perkhidmatan tentera dalam menentang serangan berterusan di Semenanjung Gaza.

Tal Mitnick, 18, dalam kenyataan yang dipetik oleh akhbar The Jerusalem Post berkata, dia enggan percaya bahawa lebih banyak keganasan akan menjamin keselamatan, oleh itu dia tidak mahu mengambil bahagian dalam perang membalas dendam.

“Dalam dunia yang penuh dengan kepentingan rasuah, keganasan dan peperangan adalah satu lagi cara untuk meningkatkan sokongan kepada kerajaan dan menlenyapkan kritikan.

“Kita mesti menyedari hakikat selepas beberapa minggu operasi darat di Gaza, pada penghujung hari – rundingan, perjanjian, membawa pulang tebusan. Ia sebenarnya tindakan ketenteraan yang menyebabkan mereka terbunuh.

“Kerana pembohongan jenayah bahawa ‘tiada orang awam yang tidak bersalah di Gaza,’ malah tebusan yang mengibarkan bendera putih sambil menjerit dalam bahasa Ibrani telah ditembak mati.

“Saya tidak mahu bayangkan berapa banyak kes serupa yang tidak disiasat kerana mangsa dilahirkan di sebelah pagar yang salah,” kata Tal Mitnick, 18, dalam satu kenyataan yang dipetik oleh akhbar The Jerusalem Post.

Remaja itu adalah warga Israel pertama yang dipenjarakan kerana penentangannya terhadap perang Gaza sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober lalu.

Dia dijangka dikenakan hukuman penjara bagi kes lain selepas dibebaskan, menurut kenyataan wakilnya.

Pada bulan Ogos, lebih 200 pelajar sekolah menengah Israel mengumumkan untuk menolak perkhidmatan ketenteraan, memetik pendudukan Israel ke atas tanah Palestin.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 21,110 rakyat Palestin telah terbunuh dan 55,243 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, manakala hampir 1,200 rakyat Israel dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas.

Serangan Israel telah menyebabkan Gaza hancur, dengan 60% infrastruktur enklaf itu rosak atau musnah dan hampir 2 juta orang kehilangan tempat tinggal akibat kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk. – Agensi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 10:02 AM | Show all posts
Yang pertama sejak recent konflik ni, tapi sebenarnya since 20 years ago dah ada rakyat dia yg kena penjara sebab tak mau masuk IDF perang dgn palestine ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-12-2023 10:02 AM
Yang pertama sejak recent konflik ni, tapi sebenarnya since 20 years ago dah ada rakyat dia yg kena  ...

So lepas kena hukuman penjara tu, dah bebas, diorang kena paksa masuk idf lagi ke camne? Ke bebas gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila paksa org gi perang..turun sendiri la setanyahu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak bujang setanyahu tu pun duk kat US. Bila org kecam suruh balik, baliklah dia jaga telefon ambulans. Setanyahu pun xnak anak dia mati katak mcm askar2 tiktok idf.


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-12-2023 10:02 AM
Yang pertama sejak recent konflik ni, tapi sebenarnya since 20 years ago dah ada rakyat dia yg kena  ...

Kalo aku jd yahudi pun aku malassss... Sah sah palestin tu semikin tak kuat lemah.. so no point nak bunuh org cam ni.. buang masa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-12-2023 10:34 AM
Anak bujang setanyahu tu pun duk kat US. Bila org kecam suruh balik, baliklah dia jaga telefon ambul ...

Sekar yahudi pun pemalass.. ade yg pakai bedak fondesyen semua tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 29-12-2023 10:25 AM
Gila paksa org gi perang..turun sendiri la setanyahu..

Yeppp.. dia ngarah aje.. bolehlaa.. pi angkat bom pistol mesingan tembak sendiriii.. ko tak geli ke tengok mayat berkecai semua tuu.. nak muntah oii busuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni pun dah ada yg kena penjara jugak kan atas sebab yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Habes hukuman penjara, apa jadi lepaih tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_white at 29-12-2023 04:44 AM
Buritan replied at 29-12-2023 03:45 AM
Sekar yahudi pun pemalass.. ade yg pakai bedak fondesyen semua tuu..


Sebab itu lah org gelar  askar isreal
askar pondan askar pampers

Kalo dia mampos dah siap2 pakai foundation terus masuk kubur je

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 29-12-2023 11:42 AM
Sebab itu lah org gelar  askar isreal
askar pondan askar pampers


Agaknya sezape jahh masuk sekar.  Pondan pun hokkay jnji tau bom.. tak kira bom sepital ke sekolah jnji bom.. ape ke jadah bom kubo.. takke bongok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:52 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 29-12-2023 12:59 PM
kotakbaju replied at 29-12-2023 10:24 AM
So lepas kena hukuman penjara tu, dah bebas, diorang kena paksa masuk idf lagi ke camne? Ke bebas  ...

Tak sure la pulak tapi dia ikut la sentence macam court marshall tu sebab kat sana kecuali you palestinian duduk kat israel, semua kena serve the military call.  Kalau lari, kira macam deserter la gitu.  Yg palestinian pula exempted ye la kan kalau dia paksa bunuh another palestinian, nanti lain pula jadi, silap2 berpaling tadah, kena bom semua reserves unit dia kang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru smlm tgok interview bdk ni dkt aljazeera.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:58 PM | Show all posts
iman_kasih replied at 29-12-2023 11:25 AM
Sebelum ni pun dah ada yg kena penjara jugak kan atas sebab yg sama

Iye, seingat I dari mula2 i start ikut la conflict ni dari 90s dah ada news orang dia kena penjara sebab refusing to serve the military service on basis of moral conscience. Dari dulu I ikut satu group ni called B'tselem dia akan post la kisah2 zalim dan kempen to end it.  Ni NGO Israeli Jews sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-12-2023 12:52 PM
Tak sure la pulak tapi dia ikut la sentence macam court marshall tu sebab kat sana kecuali you pale ...

Migdal bavel yg mix asal duk Malaysia bila balik kg mak dia join latihan ketenteraan juga.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen israel patut contohi netizen bani jawi ni ha

Panggil pendatang je dah lah, pastu kecam suruh balik negara asal.
nak jail jail pulak. Psycho yahudi penakut laknatullah ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 12:28 AM | Show all posts
Kita mesti menyedari hakikat selepas beberapa minggu operasi darat di Gaza, pada penghujung hari – rundingan, perjanjian, membawa pulang tebusan.

Naifnya ko dek. Kalau boleh runding dah lama korang aman. Belajarlah dari kata pepatah melayu 'benda boleh gaduh buat apa nak bincang'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066689 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list