CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14237|Reply: 37

[Jenayah] Luar biasa, tentara Malaysia pukul isteri sampai acu pisau dekat depan rumah di Melaka

  [Copy link]
Post time 30-12-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular sejak Khamis memaparkan perbuatan lelaki dipercayai anggota tentera yang didakwa memukul isterinya.

[VIDEO] Ramai panas hati tengok tentera pukul isteri sampai acu pisau dekat depan rumah di Melaka
Jumaat, 29 Dis 2023

TULAR satu kejadian dipercayai melibatkan seorang anggota tentera yang bertindak memukul isterinya di hadapan sebuah rumah.

Insiden dirakam dalam satu klip berdurasi 32 saat yang tular sejak Jumaat itu difahamkan berlaku di kuartes sebuah kem tentera dekat Sungai Udang, Melaka.

Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki yang memakai pakaian seragam Tentera Darat Malaysia (TDM) dilihat pada awalnya menyuruh seorang wanita dipercayai isterinya untuk masuk ke dalam sebuah rumah.

Bagaimanapun, wanita terbabit didapati enggan menuruti arahan berkenaan sambil turut didengar berulang kali menyatakan dirinya sedang mengalami kesakitan.

Ekoran daripada itu, lelaki berkenaan dilihat naik berang sebelum bertindak memukul wanita berkenaan beberapa kali.

Malah, lelaki tersebut juga didakwa turut menggunakan senjata ketika insiden terbabit.

"Panas hati tengok video askar pukul bini depan jiran. Siap acu pisau," tulis ciapan di Laman X oleh akaun @MALAYSIAVIRALLL yang berkongsikan video tersebut pada Jumaat.


Di dalam video berkenaan, lelaki tersebut juga didengar memberi ancaman kepada wanita tersebut.

Menerusi klip sama, turut kedengaran satu suara lain dipercayai jiran pasangan tersebut yang bertanyakan mengenai situasi berlaku.

Sementara, dalam satu video berasingan terkini yang turut tular mengenai kejadian tersebut, dua individu dipercayai jiran dilihat berada di hadapan rumah dan cuba menenangkan lelaki berkenaan.

Namun, berdasarkan klip berdurasi 33 saat itu, lelaki terbabit kemudiannya dilihat bertindak lebih agresif apabila turut mengambil senjata dipercayai pisau dari dalam rumah dan pergi menuju ke arah isterinya yang masih berada di luar kediaman.

Malah, dia juga didengar sekali lagi memberikan ancaman kepada wanita berkenaan kerana masih tidak menuruti arahannya.

Lebih mengejutkan, perbuatan tersebut dilakukan ketika wanita terbabit dipercayai sedang bersama anak kecil yang turut kedengaran menangis di dalam video itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan lelaki berkenaan yang dilihat mencemarkan imej pasukan keselamatan berkenaan.

Ketika dihubungi Majoriti, wakil Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan pihaknya akan meneliti mengenai video tular berkenaan. — Majoriti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2023 10:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 10:12 AM | Show all posts
Kita tengok je lah kangg komen lebih2 bini tu balik peluk laki tu juga..lupakan kisah lama katanya..kang buat penat je netizen btekak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2023 10:16 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2023 10:17 AM | Show all posts
Aneh juga ya, istri berusia 38 tahun dan suami 25 tahun dipanggil "abang"?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2023 10:21 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ramai betina sangap dhgn abg uniform atau laki rempit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 10:33 AM | Show all posts
Friska replied at 30-12-2023 10:17 AM
Aneh juga ya, istri berusia 38 tahun dan suami 25 tahun dipanggil "abang"?

jadi harus bagaimana perkataan itu diguna? semestinya mau ikut peraturan kamu ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2023 01:36 PM | Show all posts
Tentara macam apa ini?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:21 PM | Show all posts
Semoga akak ni tak berubah hati. Selamatkan lah diri. Selamatkan lah anak. You are better off dari diperlakukan macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
For new year 2024 akak ni dah boleh file cerai. Keganasan rumahtangga, kalau stay nanti jadi macam akak yang pregnant sampai bed ridden tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat sgt mkn jeruk udang (buduh,cicalo)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 30-12-2023 10:32 AM
Bukan ramai betina sangap dhgn abg uniform atau laki rempit ke?

Mmg ramai.... Dri xensem terus jd ensem saring uniform
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
abg pakai short tu mesti tgh berlenggeng depan tv takdan nak sarung kain berlari keluar dgr riuh rendah org kelahi

askar ni dah nape baran nau
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan la dapat laki spesis camni…apa la punca sampai jadi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tu marah kenapa...cuma aku rasa annoying dgr cara perempuan tu ckp x nak2..lelaki tu suruh masuk dlm rumah ke apa tapi dia x nak..sempat dia rakam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 30-12-2023 03:21 PM
Semoga akak ni tak berubah hati. Selamatkan lah diri. Selamatkan lah anak. You are better off dari d ...

Gatey burit kawen budak mude..  Mendapat la.  Sora dah la macam zantan..  Celah mana askar ni berselere pon aku tak tau.  Tu pasal cakap mak taknak ikot.  Nak sangat kawen dengan jande kertu..  Bodow punye mat terap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu janda hilang
BF muda beza 8 tahun

Kalini bini tua
Laki muda banyak tahun juga

Kawen muda tu tak salah
Tapi kalau setakat nak jadi punching bag
Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:59 PM | Show all posts
buat report polis domestic violence
hujung2 balik rumah ulit laki
ulang2 sampai teruk pengsan koma tak sedar diri
laki bebas lepas
hukuman di malaysia..hmmm

askar2 veteran pun ramai juga yang panas baran
mari datang tanya pasal pencen
disuruh kita naikkan pencen dia pun ada
sambil tinggi suara
mcm2 perangai keluar bila tertekan dan terdesak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesetengah perempuan hadap dan bangga sgt dpt kawin dgn jantan muda dari umur depa..euwww....last2 kena tanggung,  kena pukul.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.083652 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list