CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39973|Reply: 18

[Jenayah] "Semua Mekdono Je" - Pakcik Janggut Serabai Perli Netizen Sebab Kecam Khairi Tiru Sambal Tapi Puji Khairulaming Tiru Prosperity Mekdi!

[Copy link]
Post time 30-12-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-Author at 30-12-2023 05:17 PM



Damian Mikhail menyindir peminat Khairul Aming sebagai hipokrit kerana mengecam sambal nyet Khairi.

Netizen sebelum ini benar benar bengang dengan tindakan seorang usahawan yang menghasilkan sambal nyet yang dianggap meniru produk Khairul Aming.

Tindakan seorang pengusaha sambal Nyet Khairi telah mengundang kemarahan segelintir netizen kerana menurut mereka dia telah menciplak Sambal Nyet Khairul Aming.

Malah pengeluar Sambal Nyet Khairi (SNK) turut mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong produk mereka.

“Anda menjadi dorongan yang penting bagi kami terus berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan kegemaran di kalangan masyarakat.

“Sila kongsikan keenakan tersebut bersama rakan rakan atau famili anda, ikhlas dari pasukan SNK”

Sambal dengan label Sambal Nyet Khairi yang dianggap meniru sambal nyet Khairul Aming itu malah telah mendapat sambutan luar biasa ketika dijual di platform atas talian.

Di Shopee sahaja sudah terjual lebih 800 unit dan lebih 2800 unit terjual di TikTok Shop.

Selain itu ada juga yang menyatakan mereka terbeli sambal itu kerana keliru dengan labelnya, ingatkan ianya sambal Nyet berapi ori Khairul Aming.

Netizen benar benar berharap agar pemilik Sambal Nyet Khairi ini tampil memberikan penjelasan tentang produknya. Dan mereka turut mengesyaki gambar Khairi pada risalah produk itu seperti janaan AI.

“Senang kerja macam ni, tak perlu kreativiti, cuma perlu meniru,” kata seorang netizen yang kegeraman.

Laman peminat Khairul Aming menulis: “Gila. Selamber je ek kau bang buat copy ori sambal nyet sebijik sejiban. Tinggal tukar nama Khairi je! Tak baik tauu bang, amik kesempatan. Tahu lah orang kita malas membaca. Tolonglah, bina dan cipta kekuatan diri sendiri.”

Mereka meminta pihak Khairi menghormati harta intelek usahawan yang lain.

Kemudian Khairul Aming sudah memberitahu bahawa pasukan guamannya sudah menghantar surat LOD daripada pihak SNK tentang perkara itu kerana yakin produk mereka sudah diciplak.

Perkara itu mendapat perhatian Damian Mikhail yang mempersoalkan kemarahan netizen ke atas Khairi pada masa yang sama menyokong tindakan Khairul Aming ketika dia meniru respi Prosperity McD baru baru ini.

Di mana ramai yang turut membuat resepi itu lebih lebih lagi ketika ini ramai yang masih memboikot McD. Resepi yang digelar McMing.

Damian Mikhail menulis tentang isu sambal nyet Khairi yang dikecam itu: “Netizen marah gila sambal Nyet Khairi tu tiru Khairul Aming. Tapi mereka puji McMing tiru Prosperity McD. Semua Mekdono [buat tak tau] je. Amacam… huhu.”

Post tersebut mengundang kecaman netizen. Mereka menyatakan bahawa Damian seorang yang tak faham konteks. Dalam situasi tersebut Damian harus tahu tentang meniru produk dengan berkongsi resepi.

elepas menerima banyak kecaman daripada netizen, Damian menyatakan dia cuma cuit gurau gurau sikit je.

“Korang jangan la marah aku wei. Cuit gurau gurau sikit pun dah terasa. Apa la netizen ni. Aku pun sokong Khairul Aming tau. Ciplak tu memang la salah, aku orang seni, aku tau la.”

Masih juga ramai yang bengang dengan Damian Mikhail yang dianggap menunggang isu untuk mencari publisiti murahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2023 05:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2023 05:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2023 05:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2023 05:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap...acik ni paham konsep tak?? Sekolah takkk?? Kalau setakat masak kat rumah tu lantak lah...ni siap but business copy ori selayaknya kena saman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bodo.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi nama kemain cam nama hero lakonan eron ajis masa muda.  
Muka tapi cam mintak dot dot dot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh jahat, KA bukan tiru burger prosperiti, dia merely respon komen yang mintak dia buat resepi prosperiti burger tuh, gila kau. Ada ka dia jual kasik komersil MCMing dia tu? Bodoh la korang!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 30-12-2023 09:15 AM

Aiks, sejak bila Damien keling tu tukar rupa dah seropa ayahanda rempit sebegini?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila sokong org ciplak..yg terang2 tiru design label, nama product..knp nk sebut NYET juga..dah la nama pun nk sama..label sama..warna sama..

Mmg x faham konsep bisnes ke apa dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke bisnes cina sbb kat fb sambal keri tu sebut nama mr wah benda tah

Pastu play victim plak, depa pun ada loyer ahh gituu
Ko nk jual sambal jual laa tp toksah sebijik2 tiru hingga buat org konpius
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Chimchar dan Universiti Kandang Monyet tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 30-12-2023 07:54 PM
Betul ke bisnes cina sbb kat fb sambal keri tu sebut nama mr wah benda tah

Pastu play victim plak,  ...

Baca yg packaging tulisan sambal kheri tu... Nampak sgt nak tarik melayu beli dgn ayat acah2 yislamik bagai...pic pun bertudung bersongkok..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia ni mcm x sekolah?? Bangang abadi to the max!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sama ya level ya mentaliti penyokong lanun nih. Betul2 sekufu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku perasan set2 bodo ni bila bagi statement bodo pastu orang kutuk kecam, terus tuduh orang lain pembaris. Konon dia buat lawak je, org ramai yg lurus xpaham bahasa.
Mcm ni la contohnya, padahal mmg nak hentam tanpa pikir, kena kecam dan2 nak cuit sikit katanyeee
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni pernah ada isu gak dulu tapi lupa apa. LOLLL percubaan untuk unsendukan diri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2023 07:46 PM | Show all posts
boikot damian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.105069 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list