CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16243|Reply: 39

[Tempatan] Bina lebih banyak PPR, bukan kondo

  [Copy link]
Post time 4-1-2024 10:52 AM | Show all posts |Read mode
SAUDARA PENGARANG,

PELIK bin ajaib masih banyak projek kondominium mewah sedang naik ketika Malaysia masih lagi heboh dengan isu rumah tak terjual.

Di Setapak, Wangsa Maju dan kawasan berdekatan penuh dengan projek kondominium mewah baharu. Sebaliknya berapa banyak projek Program Perumahan Rakyat (PPR) baharu dibina kerajaan berbanding menggalakkan syarikat swasta membina kondominium mewah yang berharga lebih RM400,000? Dengan harga sebegitu, ramai rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah sendiri.

Jika begini, nampaknya yang kaya kekal kaya kerana mereka mampu membeli tiga atau empat buah rumah dan menyewakan unit-unit rumah mereka kepada warga asing dari Korea dan Singapura. Bagi warga asing, setakat membayar sewa antara RM3,000 hingga RM4,000 tiada masalah.

Sedangkan orang Melayu yang menetap di Kuala Lumpur pula akan menyewa rumah sampai ke tua kerana tidak akan mampu membeli rumah ekoran harga hartanah yang tinggi dan tidak masuk akal. Kos sara hidup yang tinggi termasuk kos menyewa dan komitmen seperti bayaran ansuran kereta, bil air, elektrik, petrol dan barangan dapur perlu diutamakan.

Sebelum ini, Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terdahulu pernah mencadangkan untuk mengambil pakar perumahan Singapura bagi membantu menyelesaikan isu perumahan di negara ini tetapi ramai pula yang membangkang sedangkan semua tahu kerajaan Singapura mampu membina flat Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) kepada rakyat.

Sebaliknya Malaysia jauh berbeza, sentiasa bergantung kepada kemahuan pemaju. KPKT dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu perbanyakkan projek pembinaan PPR macam dulu-dulu supaya orang Melayu menetap di Kuala Lumpur masih ada harapan untuk membeli rumah sendiri.-UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah rakyat msia nak suasana kondo tp harga PPR. Ada jual x?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:07 AM | Show all posts
;kalau gi kl tu, sayup2 tengok kondo tinggi2 tingkap kecik2 banyak2.. maksudnya banyak unit la dibina utk setiap tingkat tu

kalau keluar sikit dari kl dapatla tengok condo2 dibina yang besar2 sikit tingkap. dan takla tinggi sayup menyapu langit

apa nak buat kl tanah mahal. itu je cara nak kaut untung
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:15 AM | Show all posts
singapore takde tanah tapi sgt kurang gelandangan...malaysia tanah luas tapi gelandangan merata-rata
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:28 AM | Show all posts
wakaf penang neh pon bagi tanah buat rumah untuk jual kat buyer islam, tapi harga sama ngan kondo besa. nak bantu sapa tah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bina banyak tapi mereka tak mau bayar sewa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
PPR.. sewa sratus pon tak nak bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk pemilik PPR yg sewa semula unit ikut harga kondo mcm mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 12:01 PM | Show all posts
Nak suruh bina PPR sebelah KLCC ka? Lepas tu liat membayar alasan tak mampu. Mencret mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 12:52 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-1-2024 12:01 PM
Nak suruh bina PPR sebelah KLCC ka? Lepas tu liat membayar alasan tak mampu. Mencret mampu?

Ko pun x mampu..harap duit cari tauke babi bayar
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:05 PM | Show all posts
sonic-bertaik replied at 4-1-2024 12:52 PM
Ko pun x mampu..harap duit cari tauke babi bayar

Aku ada condo with Suria KLCC being the nearest mall. Itu pun jadi standby in case aku ada urgent business belah pagi in KL malas nak hadap jam berebut lorong dengan marhaen macam ko. Di masa2 lain aku lebih selesa dgn banglo tepi tasik dgn jogging track on my door step. Weekend sesekali aku visit my seaside property untuk ubah angin.

Ko ada?


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:15 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-1-2024 01:05 PM
Aku ada condo with Suria KLCC being the nearest mall. Itu pun jadi standby in case aku ada urgent  ...

Butoh lah.....sembang macam apek2 kedai kopi ngaku ada kondo....puihhh. Setakat jadi barua cari forum tak kemana lah

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:26 PM | Show all posts
sonic-bertaik replied at 4-1-2024 01:15 PM
Butoh lah.....sembang macam apek2 kedai kopi ngaku ada kondo....puihhh. Setakat jadi barua cari fo ...

Terasa hina kan bila serkap jarang ternyata jauh tersasar. Bukan habit aku untuk meriak tapi orang dah tanya terpaksa lah aku buka sikit.

Nasihat aku jangan layan hati yang hasad nanti makin berdarah. Chill la. Get back to your usual nick show that you got balls. Boleh kan?

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:28 PM | Show all posts
sonic-bertaik replied at 4-1-2024 01:15 PM
Butoh lah.....sembang macam apek2 kedai kopi ngaku ada kondo....puihhh. Setakat jadi barua cari fo ...


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat lar PPR..maksimum tiga tingkat..x yah ada lif bagai semua tuh...ikut model UK sana tuh....buat kat luar pinggir kl tapi ada jaringan public transport  yg baik..
Ko buat ppr tinggi ringgit..Lepas Tu ada lif etc etc semua tu..ko infant diaorg boleh sepakat nak maintain ke lif semua tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 4-1-2024 11:49 AM
PPR.. sewa sratus pon tak nak bayar..

Kannn..menyirap je dengarr...payout Ambika tindalan mahkamah je utk deal spesis mcm nih...kat kl tuh sewa 600/700 pun dpt bilik je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 01:41 PM | Show all posts
Abahmung replied at 4-1-2024 11:15 AM
singapore takde tanah tapi sgt kurang gelandangan...malaysia tanah luas tapi gelandangan merata-rata

kohkoh.truth hurts khuens...apelah gomen singapork buat yg gomen Msia tak buat ye smpai bersepah2 homeless gelandangan kat KL ni.

wlaupun PM dorg cina tapi takde lak org melayu merempat kat sana.semuanya ada rumah

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:41 PM | Show all posts
wirazam replied at 4-1-2024 01:32 PM
Buat lar PPR..maksimum tiga tingkat..x yah ada lif bagai semua tuh...ikut model UK sana tuh....buat  ...

Kalau ko turun PD southbound amik jalan pantai sebelum pekan Lukut akan lalu satu taman perumahan with quality landed properties. Ko akan terkejut rupanya itu PPR.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:30 PM | Show all posts
pada i, yang betul buat medium cost condominium/apartment at least 850sqf yang cost bawah 300k..
tak payah buat ppr lagi dah..
ppr sedia ada tu patut check..
mana yang dah lama sangat duduk patut suruh beli rumah medium cost ni..
bagi mereka yang betul tak mampu pulak masuk ppr..
dah la duduk bertahun sewa tak bayar..
takkan la masih tak mampu tingkatkan ekonomi juga..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:36 PM | Show all posts
Kalaui buat PPR, low cost or even medium cost apartment pun tak bawak untung pada developer. PPR dengan low cost memang kalau buat akan juat at loss, kalau medium cost pulak, single digit punye margin.. Memang Developer taknak buat la.. unless kena paksa, or dapat something in return from Majlis atau gomen.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.304732 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list