CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21378|Reply: 7

[Jenayah] Konflik Palestin-Israel: Utara Gaza kembali dibom... Bila lah nak dengar israhel pulak kena bom

  [Copy link]
Post time 17-1-2024 10:35 PM | Show all posts |Read mode


BANDAR GAZA – Tentera Israel kembali menyerang utara Semenanjung Gaza selepas meninggalkan kawasan itu yang didakwa sebagai langkah untuk mengurangkan operasi ketenteraan pada minggu lalu, lapor akhbar Daily Sabah.

Letupan besar dilihat di utara Gaza selepas dua minggu Rejim Zionis mengundurkan pasukan tenteranya sebagai sebahagian daripada peralihan kepada operasi yang lebih kecil dan bersasar.

Bunyi tembakan yang kuat merentasi sempadan dilaporkan kedengaran sepanjang malam. Pada waktu pagi, sistem pertahanan Kubah Besi menembak jatuh roket yang dilancarkan oleh pasukan pejuang Palestin.

Israel kemudian mendakwa bahawa tenteranya membunuh berpuluh-puluh pejuang Palestin dalam pertempuran di Beit Lahiya, utara Gaza.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, askar Israel telah membunuh 154 orang awam dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah korban perang itu kini mencecah 24,284 orang dengan beribu-ribua mayat dikhuatiri hilang di bawah runtuhan.

Seorang bapa kepada tiga anak, Abu Khaled, 43, berkata: “Kami hampir bercadang untuk pulang ke rumah kami di Nazla, timur Jabalia.

“Pagi ini, mereka yang tinggal berdekatan memberitahu kami bahawa kereta kebal telah dikerah ke sana.

“Bunyi pengeboman dari kereta kebal dan pesawat tidak berhenti sepanjang malam. Ia mengingatkan kami pada hari pertama pencerobohan darat.

“Saya hanya akan percaya kereta kebal telah dibawa keluar apabila perjanjian gencatan senjata diumumkan,” katanya. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 10:42 PM | Show all posts
tak dengar mende?lebanon ada je bom israel tu ..belah2 haifa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpai skrg bini dgn anak nadir selamat lg. Ritu bekampung kt rafah nadir kata. Cuma aku pelik pehall nadir x import bawa masuk sini bini dgn anak2 tu. Knowing nama nadir for sure mlysia bg vip lane utk bini dia slmtkn diri mai sini. Tp nadir xbuat. Gigil nk dpt gelaran bini mati syahid ke caner? Onglen rilek dh lama lari mai sini cthnya ain dan suami.
Air mata aku dh kering sbb dh trllu lama menda ni terjdi. 100hri lebih dh. Boikot still on... kepci metdi pepsi coke dh lama xbeli. Kopi stabak aku ganti dgn gigi. Ayam kepci xda ganti lg ,mb pun xsedap lgsg. Brger metdi pun blum jumpa yg sedap. Its ok ketepikan dulu napsu sndiri... pkir nasib dorg kt sana lagi penting.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 02:39 AM | Show all posts
Kata Russia nak tolong
apa cerita

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 06:22 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 18-1-2024 06:26 AM
TOPwind replied at 18-1-2024 02:39 AM
Kata Russia nak tolong
apa cerita

Rusia backed up Iran

Rusia bagi Iran teknologi hypersonic missile dan mgkn nuklear jugak..

Iran plak backed up Hezbollah, Houthis (provide missile)

Rusia jugak ada tempatkan S300 anti aircraft missile di Syria (tolong Assad)

Rusia dah standby sukhoi equipped with hypersonic missile 1,000 km dr Yis real

Rusia akan settlekan Ukraine n NATO dulu..

lepas tu mgkn campurtangan kat Middle East

China standby utk direct confrontation dgn U.S kat Pasifik area





Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 08:20 AM | Show all posts
patutnya piala AFC semua negara Islam tarik diri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2024 05:12 PM | Show all posts
Simunggu replied at 18-1-2024 08:20 AM
patutnya piala AFC semua negara Islam tarik diri...

Palestine pun hantar team. So how?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 05:14 PM | Show all posts
Kalau Israel yang kena bom masih nak sokong gencatan senjata ka? tanya jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.057094 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list