CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29028|Reply: 0

[Jenayah] Kapal selam kantoi bawa bertan-tan dadah

  [Copy link]
Post time 22-1-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode



Bogota: Colombia dan Ecuador memintas dua kapal penyeludup dadah di Lautan Pasifik, hujung minggu lalu.

Kapal itu didapati sarat dengan bertan-tan muatan barangan seludup.

Tentera laut Colombia berkata, pihaknya merampas sebuah 'kapal selam narkotik' sepanjang kira-kira 15 meter, berhampiran pelabuhan Buenaventura. Sabtu lalu.

insiden itu, tentera laut Colombia turut menahan ketiga-tiga orang di dalamnya.

Turut ditemukan di dalam kapal selam itu, 795 kilogram (kg) kokain.

Sehari sebelumnya, angkatan bersenjata Ecuador berkata, mereka memintas satu kapal selam.

Kapal itu memuatkan kira-kira tiga tan kokain.

Dalam kejadian itu, tiga warga Colombia di dalam kapal selam berkenaan, ditangkap.

Colombia adalah pengeluar kokain terbesar di dunia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Colombia pada 2022 mencipta rekod baharu untuk pengeluaran kokain, dengan penanaman ramuan utamanya iaitu daun koka, meliputi kawasan lebih 230,000 hektar.

Walaupun tidak menghasilkan kokain sendiri, Ecuador menjadi salah satu hab pengangkutan utama untuk dadah itu ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, terutamanya dari Colombia.

Ecuador, baru-baru ini juga, terjerumus ke dalam rangkaian keganasan kumpulan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang didorong oleh aktiviti perdagangan dadah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074667 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list