CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9995|Reply: 1

[Tempatan] Air Asia didakwa lakukan diskriminasi harga, guna Android lebih murah

[Copy link]
Post time 24-1-2024 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-1-2024 01:00 PM

Baru-baru ini tular kejadian seorang individu membeli tiket penerbangan menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dikatakan menawarkan harga berbeza antara menggunakan peranti dengan sistem pengendalian Android dan iPhone (IOS).


Tertarik dengan perkara itu, seorang pengguna media sosial lantas mengambil langkah drastik dengan melakukan eksperimen terhadap pembelian tiket dalam talian dengan menggunakan tiga sistem pengendalian berbeza iaitu, Android, iPhone dan Windows.


Berdasarkan video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, perbezaan harga ketara ke atas caj bagasi melibatkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah, mampu membuatkan mata tercengang.


Hasil keputusan menunjukkan harga caj bagasi bagi sistem pengendalian Windows berharga RM35.20 sementara peranti Oppo dengan sistem pengendali Android (RM27.40) manakala iPhone (IOS) dan tablet Samsung (Android) memaparkan harga RM42.20.


Harga iPhone dipercayai lebih mahal dikatakan kerana Apple mengenakan caj tambahan Apps Store sebanyak 30 peratus, namun tidak dapat disahkan kesahihan andaian tersebut.


Keputusan tersebut secara tidak langsung menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna peranti iPhone yang dilihat ‘menafikan’ dakwaan harga mahal.

“Patutlah aku pakai iPhone barang asyik mahal,” kata MatMamu.


“Lepas ini, kena beli telefon Android kalau nak beli barang online,” kata SitiRos.


https://malaysiabangkit.com/2024/01/23/kantoi-harga-caj-bagasi-airasia-berbeza-pengguna-ios-mula-terfikir-untuk-berpaling-tadah/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 12:26 PM | Show all posts
Celaka betol.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054630 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list