CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6252|Reply: 0

[Jenayah] Sarjan Polis disiasat Polis Atas Dakwaan Merogol Pelajar Perempuan Bawah Umur di Hadapan Balai Polis diPerak

[Copy link]
Post time 25-1-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by B40tastePosh at 25-1-2024 04:35 PM


Gambar Hiasan Polis Sedang Menyiasat

Seri Iskandar: Sarjan polis sedang disiasat selepas didakwa merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun di dalam kereta sebanyak dua kali, masing-masing di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah, pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Perbuatan terkutuk suspek berusia 42 tahun itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya, baru-baru ini.


Sumber berkata, polis sudah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk dirakam keterangan masing-masing mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).


"Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa.

Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes terbabit pada 20 Januari lalu.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital.


"Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa," katanya.

Disiarkan pada: Januari 24, 2024 @ 12:31am

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050849 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list