CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7861|Reply: 11

[Jenayah] "Dah Macam Petaling Street" - Menjual Minyak Wangi Tiruan, Ada Hogo Boos Dan Sauvace!

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular di platform X, seorang lelaki mendakwa di KLIA Terminal 2 kini ada peniaga yang menjual minyak wangi tiruan

Perkara tersebut mendapat perhatian daripada beberapa netizen yang agak kesal dan marah dengan maklumat berkenaan

"Kenapa jual dekat KLIA 2? Dah macam Petaling Street dah jual barang-barang imitation," tulisnya di kapsyen.

Tambahan lagi, terdapat pihak yang turut menyalahkan pihak pengurusan lapangan terbang kerana tidak menyemak produk dengan betul. Malah, ada juga yang tertarik dengan cara penamaan beberapa minyak wangi tersebut seperti "Hugo Boos".

Pengguna platform X juga membuat anggapan bahawa ini mungkin kedai diskaun yang menjual barang. Hal ini kerana, kedai bebas cukai rasmi kemungkinan besar undang-undangnya lebih ketat. Tetapi, menjual barangan tiruan adalah menjadi kesalahan dan melanggar undang-undang di Malaysia.

Terbaru, pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tampil beri maklum balas

Susulan itu, pihak pengurusan MAHB tampil menjelaskan bahawa mereka akan menyampaikan maklumat tersebut kepada Segi Astana Sdn. Bhd kerana pengurusan pusat membeli-belah KLIA 2 berada di bawah bidang kuasanya.

Tambahan lagi, MAHB juga mengucapkan terima kasih kepada para pengguna platform X kerana highlight isu ini.

"Thank you for highlighting this matter to us. We will extend this information to Segi Astana Sdn. Bhd. as the management of gateway@klia2 shopping mall falls under their jurisdiction. Thank you," balas Malaysia Airports di ruangan komen.

"Sepatutnya tak boleh. Biar barangan murah, tapi jangan jenis tiruan." - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 774.8K tontonan, 3.5K tanda suka dan 79 komen di platform X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2024 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2024 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2024 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2024 05:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia boleh la abang-Abangla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2024 05:49 PM | Show all posts
Hahaha pembuat brg pelesu memang kreatip buat nama





Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jadilah kan nak rasa2 dr takde ye tak
tp mcm mana boleh lepas tah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2024 11:36 AM | Show all posts
boikot barang tiruan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Klia2 mmg semak dgn kedai2.
Tp selamba bukak kedai jual barang tiruan kat airport mmg melampaula
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 12:20 PM | Show all posts
Skrg ni pun beli perfume kat shopping mall under branded item pun aku tak berapa nak percaya lagi. Beli Giorgo Armani versi oversea dgn local sgt berbeza bau & ketahanan dia. Ofkos la harga local lagi mahal sebab currency kita menjunam...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 03:38 PM | Show all posts
gila jual barang tiruan terang2 gitu.. aku ada nampak kat fb ada kedai handbag branded katanya personal shopper, tapi buka kedai jual beg coach, mk dalam satu kedai. setau aku takleh jual mcm tu kan? aku rasa cam china AAA je beg2 tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.064808 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list