CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14315|Reply: 65

[Jenayah] Plot twist: Bekas isteri dedah tikam Nurman dengan gunting

  [Copy link]
Post time 25-1-2024 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Bekas isteri dedah tikam Nurman dengan gunting

Oleh Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my


Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan lapan individu yang dikaitkan dengan kes bunuh pemandu e-hailing, Nurman Bakaratu, 61, termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam. FOTO RAHEMANG Taiming


Tawau: Prosiding perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing, Nurman Bakaratu, 61, di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dikejutkan dengan keterangan saksi utama pendakwaan yang juga bekas isteri mangsa, Nurimah Juli, 35.

Saksi ke-23 membuat pengakuan di dalam mahkamah bahawa dia yang membunuh Nurman di Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, kira-,kira jam 8 malam, pada 13 Januari tahun lalu.


Semasa pemeriksaan utama itu, Nurimah memberitahu dia menikam mangsa dengan gunting yang diambil dari begnya ketika bergaduh dengan bekas suaminya itu.

Menurutnya, kejadian berlaku di dalam kereta Myvi dan tiada sesiapa di lokasi kejadian ketika itu kecuali mereka berdua.


Terdahulu, Nurimah memberitahu mahkamah bahawa Nurman berniat mahu rujuk semula (nikah) dengannya.

"Pada 13 Januari 2023, arwah (Nurman) menyatakan hasrat untuk rujuk semula ketika kami menginap di sebuah hotel di pusat Bandar di sini kira-kira jam 3 petang.

"Malah arwah sudah membuat persiapan ringkas dengan membawa saya keluar membeli baju nikah dan cincin untuk majlis itu," katanya.

Menurutnya, selepas mendaftar keluar hotel kira-kira jam 7 malam, dia membawa bekas suaminya itu ke sebuah ladang kelapa sawit bagi membincangkan hal pernikahan mereka.

Bagaimanapun katanya, sepanjang perjalanan ke ladang kelapa sawit berlaku pertengkaran antara mereka sehingga Nurman bertindak menamparmya

"Pada masa itu saya tidak pasti apa tujuan sebenar ke ladang itu, tetapi bila dia kerap mendesak menyatakan hasrat untuk nikah semula menyebabkan kami bergaduh di dalam kereta.

"Lepas sampai di satu kawasan pokok kayu besar, arwah terus tampar saya di muka, saya panas dan cuba lawan balik.

"Dia kata saya tau kau tidak juga mau nikah sama saya balik bah, saya tau juga bah" katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman.

Selepas itu, Nurimah berkata ketika berpatah balik (di kawasan Jalan mati) Nurman sekali lagi memukulnya menggunakan tangan menyebabkan dia gagal mengawal emosi sebelum bertindak mengambil gunting yang ada dalam beg lalu menikamnya.

Pendedahan itu membawa kepada pembebasan bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam daripada pertuduhan membunuh Nurman.

Hakim Mahkamah Tinggi Tawau Datuk Duncan Sikodol dalam keputusannya membebaskan semua lapan tertuduh daripada pertuduhan itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memberitahu pihaknya tidak akan meneruskan pendakwaan terhadap semua tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Ia berikutan perkembangan terbaharu membabitkan kes itu dalam perbicaraan masuk hari ke lapan hari ini.

Pada 7 Julai lalu, Mat Zaki, 58, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan kes bunuh pemandu e-hailing itu.

Mengikut pertuduhan, Mat Zaki dituduh bersubahat dengan John Kennedy Sanggah membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, Tawau antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 8 Februari sebelum itu, Mat Zaki turut dakwa bersubahat dengan enam tertuduh lain iaitu Rosdi Rastam, 44; Denis Anit, 44; Fabian Rungam, 43; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd Azlan Sakaran, 39; dan Vivien Fabian, 34, membunuh Nurman di tempat dan waktu yang sama.

Terdahulu dalam prosiding harui ini, peguam Datuk Ansari Abdullah mewakili Rosdi (tertuduh pertama) memohon mahkamah membebaskan dan melepaskan anak guamnya selepas kesemua 23 saksi pendakwaan dipanggil dan mereka sudah dalam tahanan genap setahun.

Peguam Datuk Ram Singh juga memohon perkara yang sama terhadap anak guamnya, Mat Zaki, John, Vivien, Khairul Azman dan Mohd Azlan.

Peguam Luke Ressa Balang dan peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin turut memohon perkara sama terhadap anak guamnya masing-masing, Dennis Ak Enit dan Fabian Ak Rungan.

Mahkamah kemudian memerintahkan semua tertuduh dilepas dan dibebaskan dan tarikh perbicaraan dibatalkan.

Sementara itu, suasana di dalam dan luar mahkamah bertukar riuh dalam tangisan kegembiraan di kalangan keluarga tertuduh dan peguam.

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/01/1054164/bekas-isteri-dedah-tikam-nurman-dengan-gunting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2024 07:54 AM | Show all posts
Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting

Bernama
Januari 25, 2024 12:56 MYT


Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka. - Gambar hiasan

TAWAU: Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di ladang kelapa sawit pada malam 13 Jan tahun lepas.

Nurimah Juli, 35, berkata pada hari berkenaan lebih kurang pukul 7 malam, beliau dan Nurman pergi ke ladang kelapa sawit menaiki kereta Myvi berwarna putih yang dipandu arwah, yang terletak 25 minit daripada sebuah hotel di sini untuk berbincang mengenai pernikahan semula mereka.

"Saya ajak arwah Nurman pergi ke ladang itu dan dia tanya 'apa dan siapa ada di sana. Saya kata kau nak nikah sangat dengan saya dan dia cakap ya, saya betul-betul mau nikah sama kau. Saya terus bawa dia ke ladang dan sepanjang perjalanan kami bertengkar kerana dia cakap dia tidak nampak siapa wali saya (untuk bernikah).

Saya guna Google maps untuk pergi ke sana dan kami tiba di ladang kelapa sawit itu kira-kira 8 malam. Semasa masuk ke simpang ladang kelapa sawit, saya memilih sendiri jalan sebelah kiri dan berhenti di situ. Ketika itu arwah marah pada saya dan kata 'kau mau main-main sahaja'. saya cuba tekan maps tetapi tidak dapat, saya pindah dari tempat duduk sebelah pemandu ke belakang pemandu," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Nurimah berkata apabila sampai ke satu tempat berpokok besar, dia ditampar oleh bekas suaminya di muka dan dia naik berang dan cuba melawan balik Nurman.

"Dia kata kau ini menipu saja sama saya. Kau tidak mau nikah sama saya dan arwah meminta mereka patah balik kerana di situ jalan mati.

Selepas itu, dia cuba pusing balik dan waktu itu dia pukul saya dengan tangan kirinya. Kemudian saya tidak dapat kawal emosi dan terus ambil gunting dalam beg saya dan menikamnya. Tiada sesiapa berada di situ," katanya.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata demikian semasa hari kelapan perbicaraan kes bunuh Nurman, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.

Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula didakwa dengan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Disoal TPR Rohaiza, apakah tujuan saksi membawa arwah ke ladang kelapa sawit, Nurimah menjawab, "Pada masa itu saya tidak pasti apa tujuan sebenar saya tetapi dia mendesak mahu menikah dan minta wali keluarga, jadi saya tidak tahu buat apa dan kami bergaduh dalam kereta".

Kepada soalan Rohaiza, saksi berkata pada 12 Jan 2023, arwah ada menghubungi dan meminta untuk berjumpa bagi memulangkan telefon yang dirampas arwah pada 9 Jan di sebuah kelab di Lahad Datu.

"Dia juga merayu ingin merujuk balik dengan saya dan minta untuk bernikah dengan saya. Saya setuju dan cadangkan kami pergi ke Tawau. Kami tiba di Tawau pada 12 Jan dan keesokannya, arwah mengajak saya membeli baju dan cincin nikah," katanya yang sebelum ini bernikah dengan Nurman pada 2017 sebelum bercerai pada 2021.

Disoal TPR Rohaiza mengenai hubungan saksi itu dengan Nurman selepas bercerai, wanita itu menjawab "hubungan kami memang tidak baik dan selepas bercerai, Nurman masih mengekorinya di mana sahaja saya bekerja".

Mat Zaki bersama tujuh lelaki itu hari ini dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan masing-masing selepas pendakwaan memaklumkan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh selepas mendengar keterangan Nurimah yang mengaku membunuh Nurman.

https://www.astroawani.com/berit ... ngan-gunting-455552



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hot stuff sangat ke nurimah ni?


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak bincang pasal perkahwinan kat ladang kelapa sawit? Seswatuu sgtt
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:16 PM | Show all posts
Gila. It doesn’t make sense nak bincang hal kawin kat ladang sawit. But da confess. So innalillah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x follow. Kalau yg kena tuduh nk bunuh, nk bunuh sbb apa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-1-2024 08:05 PM
Hot stuff sangat ke nurimah ni?

Dorang berebut nurimah ni ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dah berendek kt hotel boleh lak korang gaduh dlm kete lps tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Laporan PM betul ke mati kena gunting?
Jgn nurimah kena ugut suh paksa ngaku bunuh laki dah la
Ntahlaa jd skrg ni nurimah sorang je la yg bersalah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
G hotel tu main dulu ke ape... Pastu bru P ladang sawit nk bincang pasal kawen... Pening laa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 25-1-2024 08:54 PM
emera replied at 25-1-2024 08:33 PM
Aku x follow. Kalau yg kena tuduh nk bunuh, nk bunuh sbb apa??


Dia skandal ngn bini org tu kan? Ke iols salah org

Btw mesti kecewa gilaa la pendakwa raya nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow!
Nak bincang pasal kawin pergi la cafe ke park ke
Ini ke ladang sawit apoo!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 25-1-2024 08:46 PM

aiyoooo dah cer ke masa kejadian
pening baca mula2 nak memahamkan story
terbuka la aib dah menginap kat otel baru nak bincang menikah semula
elok2 ada bilik dah kenapa nak bincang kat ladanggg....aigooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagikan 47 kes sekadar dnaa
Hmmm...

Plot twist drama tamil
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jika tawau, biasa ramai bugis
tapi jika kt belah p.timur sabah
memg ramai lawa2 tpi tiada dokumen
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hrp betul la kak mah ni yg buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..plot twistnya kes.
Anti klimeks betol!
Was hoping org besar pulis yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr hotel ke ladang sawit
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
LAWA BETOL KA NURIMAH NI NOOKKKKK
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
KA MOKA PELIPIN JAAAHHH?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
misspokoyo replied at 25-1-2024 12:34 PM
Dorang berebut nurimah ni ke

Tu yang aku konfius bila baca balik berita.

Bukan acik VIVIEN tu ka punca?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.068928 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list