View: 10414|Reply: 22
|
[Jenayah]
"Another Stupid" - Mengata Ketua Bodoh, Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan bodoh bodoh.
PEMAIN bola sepak wanita kebangsaan, Intan Sarah bakal dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara memuat naik ciapan mengherdik ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon semasa perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan pada Khamis lalu.
Dalam ciapan itu, Intan secara terbuka mengutuk pemilihan pemain oleh Pan-gon dengan melabelnya ia pertukaran yang bodoh.
Tindakan bekas pemain New York Dutch Lions FC itu mendapat kecaman daripada ramai pihak selepas pemain pilihan Pan-gon, Romel Morales berjaya menjadi wira Harimau Malaya untuk mengikat kedudukan 3-3 menentang Korea Selatan.
Memetik laporan Berita Harian, FAM akan memanggil Intan Sarah susulan tindakan pemain itu mengkritik jurulatih Pan- gon secara terbuka menerusi platform X.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan Intan Sarah yang lebih dikenali sebagai Intan Serah itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu apatah lagi dengan statusnya sebagai pemain kebangsaan.
"Kita akan panggil Intan Sarah dan menilai kenyataan yang beliau masukkan di media sosial itu. Kita tengok dulu (untuk sebarang tindakan) kenyataan itu.
"Kita sentiasa mengingatkan pemain supaya sentiasa berhati-hati dalam memberi kenyataan," katanya.
Menerusi ciapan yang sudahpun dipadam, Intan menciap 'another stupid sub from' KPG (Kim Pan-gon) masukkanlah Pawi (Safawi Rasid)' selepas Pan-gon mengeluarkan penyerang utama, Darren Lok dan memasukkan Romel Morales.
Namun begitu, Intan mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf atas ciapan yang dilakukannya itu sambil berkongsi fotonya bersama Pan-gon.
"Ia adalah saat emosi mengawal saya di mana ciapan itu dilakukan ketika perlawanan, saya minta maaf atas apa yang saya katakan.
"Tetapi saya akui salah saya dan saya hormat semua orang terutamanya pemain dan jurulatih KPG. Selamat maju jaya dan buat yang terbaik untuk perlawanan seterusnya," jelas Intan. |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 27-1-2024 05:06 PM
Comel jugak sheols.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hapuskan segala jenis sukan di Msia! |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hiasan tak menahan
Intan serah ni ada berlakon gak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Buang je terus..
Main bola pun ke laut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia cakap pemilihan substitution tu yang stupid, bukan jurulatih tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tiber teringat kat akak sarah 82..ok x she..terus hilang |
|
|
|
|
|
|
|
terpaling pandai dan laju nak komen
|
|
|
|
|
|
|
|
it was based on heat of the moment, hati tgh dub dab dub dab masa tue.. dia pun dah minta maap.. biarkan jelahh
FAM xde keje ke benda kecik camni pun nk highlight |
|
|
|
|
|
|
|
Why nak kena mintak maaf? Biasalah tu tengok bola memang la keluar bodoh bangang semua Let people enjoy the game. |
|
|
|
|
|
|
|
sphinx replied at 28-1-2024 09:42 AM
it was based on heat of the moment, hati tgh dub dab dub dab masa tue.. dia pun dah minta maap.. bia ...
Pan gone mintak maap biar berpuluh kali pada tiap kali kalah adaler haruuummmmmm...bila rakyat marhaen mintak maaf ,boleh...TAPI not before you served disciplinary action...
Macam hanat kheunz? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-1-2024 05:51 PM
Tu pun kena tindakan disiplin ka?
Antara kod etika sebagai pemain kebangsaan...
Ko apo tahu?
Mengajar pun selalu mengular..melingering....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|